Thursday 27 September 2012

EKSPLORASI EUROTRIP 2, 4 - 12 MAY 2012 France, Switzerland Dan Italy

(KLIA to Paris, France May 04, 2012)
4 - 12 May 2012, merupakan satu tarikh "keramat" bagi penulis.  Satu lagi catatan drama kembara penulis yang boleh "difilemkan" bagi melengkapkan lagi sejarah pendek kehidupan penulis di muka bumi ini.   Tanpa dirancang, keputusan untuk mengikuti rombongan kembara ke bumi europe di buat seminggu sebelum berlepas.  Itu pun setelah diberitahu terdapat satu kekosongan yang boleh diisi.  Tanpa membuang masa, penulis terus melihat tiket penerbang ke Charles De Gaulle Airport, France.  Alhamdullilah, masih ada kekosongan dan kebetulan Malaysia Airlines System (MAS) memberi potongan harga yang menarik untuk pergi dan balik.  Akhirnya pada 4 May 2012 bermulalah perjalanan penulis meniti altitude dan longtitude ke France seperti yang dirancang.  Seramai lebih kurang 18 peserta menyertai kembara yang panjang ini bagi meneroka bumi France, Switzerland dan utara Italy.

Perjalanan yang mengambil masa 12 jam begitu meletihkan.  Namun gambaran yang diberikan tentang keindahan bumi europe sedikit sebanyak menghilangkan rasa kebosanan, yang ada hanyalah perasaan tidak sabar untuk menatap setiap sudut bumi eropah.  Apa tah lagi seminggu sebelum berangkat ke eropah banyak buku dan makkumat yang berkaitan yang di explore melalui internet sudah disimpan dengan rapi di dalam kotak minda penulis.  Sampai sahaja di Charles De Gaulle Airport, France, kami terpaksa menaiki shuttle ke main terminal dan kemudian berjalan kaki untuk memasuki kawasan pemeriksaan Imigresen.  Kami tidak menggunakan laluan utama terminal disebabkan oleh kerja-kerja pembaikpulih dan pembesaran kawasan terminal.  Setelah selesai melalui kawasan pemeriksaan Imigresen, kami terus keluar untuk mendapatkan bus terminal yang membawa kami ke Hotel F1.  Walaupun kami sampai di Paris pada waktu tengah hari namun cuaca di Paris ketika itu sejuk dan dingin.  Walau pun panas terik namun ia tidak sempat untuk menjamah kulit kami disebabkan cuaca sejuk mendominasi cuaca di Paris.



(Hari pertama menjejakan kaki di Paris International Airport)

Benar kata orang, bila kita pergi ke tempat orang semuanya cantik... longkang pun cantik dan tong sampah pun cantik.  Ala maklumlah segala-galanya berbeza.  Begitu juga bila mereka ke tempat kita dan melihat suasana yang berlainan dengan apa yang ada di tempat mereka.  Semuanya juga cantik, sungai Klang yang kotor juga mereka anggap menarik.  Itu lah tanggapan saya sebagai penulis.  Tenggoklah karektor dan kerenah kami ketika di tempat asing, penanda peraturan lalu lintas pun "jadi"... kami jadikan sebagai dekorasi untuk kami menangkap gambar... hehehehe memang lucu.





(the Château de Versailles palace)
Destinasi kami selepas kami meletakkan barang di hotel adalah satu kawasan istana lama iaitu "the Château de Versailles".  Sepanjang di Paris, kami hanya menggunakan pengangkutan awam iaitu keretapi.  Ianya lebih murah iaitu dengan mengambil pas harian, cepat dan juga efektif. Difahamkan bahawa istana lama ini pada asalnya merupakan kawasan persingahan raja Perancis suatu ketika dahulu ketika berburu namun ia dijadikan Istana kekal dan kemudian dijadikan pusat pentadbiran kerajaan suatu ketika dahulu.  Di belakang istana tersebut terdapat satu taman yang cukup luas dan cantik.  Ia juga dikatakan dikekalkan sejak dari pemerintahan di-raja sehingga kini.

(Main Entrance the Château de Versailles)
Yang menariknya ketika kami berada diluar pintu masuk istana terdapat warga Prancis (saya kira mereka pendatang asing dari Nigeria) yang sebuk menjadi "ulat" menjual cenderahati.  Apabila mereka melihat kumpulan kami mereka terus menawarkan barangan mereka kepada kami dengan menggunakan Bahasa Malaysia seperti "selendang", "murah-murah", "10 Ringgit" dan beberapa perkataan yang lain.  Ini menunjukkankan bahawa selama ini mereka kerap menerima kehadiran pelancong dari Malaysia, Indonesia dan Berunai sehingga mereka boleh menuturkan beberapa perkataan di dalam bahasa Melayu.  Betapa mewahnya rakyat Malaysia melancong sehingga dikenali diseluruh dunia.  Malah ketika lawatan pertama penulis ke Paris pada 2010 dahulu, terdapat seorang warga Perancis keturunan Nigeria yang fasih bertutur di dalam bahasa melayu.  Menurutnya, dia pernah tinggal selama 5 tahun di Sabah.  Sebagai rakyat Malaysia, penulis cukup berbangga kerana ditengah-tengah kota Paris yang maju ini masih ada warga asing yang boleh bertutur di dalam bahasa melayu dengan baik.  Namun hakikatnya kita sebagai rakyat Malaysia begitu tidak bersungguh-sungguh mempelajari serta bertutur dengan baik di dalam bahasa kebangsaan ini dan lebih selesa bertutur di dalam bahasa Inggeris walaupun dengan rakan sebangsa sendiri.  Sedangkan di bumi Perancis, German, Netherland dan semua negara di eropah, kebanyakan mereka lebih suka bertutur di dalam bahasa mereka ketika berjumpa dengan kita... kita pun belasah je la dalam bahasa Malaysia.  Itu lebih baik bagi mereka.

(Mengambil peluang bergambar dihadapan Istana)
Kunjungan tidak akan bermakna jika tidak dirakam dengan baik.  Ia bagi membuktikan "we were there" and "I was here".  Kami pun bergambar beramai-ramai agar plot cerita ini dapat dikupas dikemudian hari.  Memandangkan banyak lagi tempat di kota Paris ini yang perlu diexplore, kami hanya menghabiskan masa lebih kurang 1 jam di sini dan kemudian kami bergegas ke tempat lain di tengah-tengah kota Paris.  Untuk bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan tidak la susah di kota Paris ini cuma kita terpaksa berpusu-pusu dan cepat menaiki keretapi memandangkan ramainya penduduk Paris. Jika terlambat masuk, keretapi akan bergerak dan jika tidak berhati-hati kita akan terpisah dengan rakan-rakan yang lain.  Sebab itu sebelum menaiki keretapi kami akan memaklumkan destinasi kami kepada semua ahli (maksudnya perhentian keberapa kita harus berhenti).  Ini bagi memudahkan ahli seandainya terpisah nanti dan sudah tentu kami akan menunggu di perhentian yang dijanjikan. 

6 May 2012, 8.00pagi waktu tempatan.  Perjalanan dari hotel ke selatan France pasti meletihkan.  Jarak di antara 566km dan mengambil masa lebih kurang 6 jam merupakan satu perjalanan yang pasti memenatkan terutama kepada abang-abang pemandu (hehehehehe).  namun sangkaan kami meleset, perjalanan yang jauh ini benar-benar mengujakan dan ramai di antara peserta yang tidak tidur pun bagi menjamah pemandangan bumi eropah yang mempunyai bentuk geograpinya yang seluas mata memandang.  Kurangnya bukit bukau dan hutan tebal, kurangnya semak samun seperti hutan tropika.  Yang ada... yang ada hanyalah hutan pokok pine yang bersih di dasarnya, yang ada hanyalah ladang tumbuhan sejenis tumbuhan yang dipanggil "camelina oil plants" yang diproses menjadi minyak masak. Sungguh cantik... bagaimana mereka terpegun melihat kehijauan sawah padi begitulah kita yang teruja melihat dataran kuning seluas mata memandang.  Pada mulanya kami tertanya-tanya pokok apakah yang begitu banyak ditanam dibumi eropah ini.  Rata-rata sepanjang perjalanan kami di bumi eropah hanya pokok ini sahaja yang kelihatan seperti mana kita melihat bumi jelapang padi di Kedah.  Setelah membuat sedikit kajian di internet baru kami tahu bahawa inilah pokok "Camelina" yang menjadi salah satu sumber tanaman utama di bumi eropah. Sebelum ini penulis pernah menjelajah bumi Frankfurt, Berlin, Hamburg (semua bandar-bandar utama di German), Amsterdam (Netherland) dan Brussel (Belgium), pokok-pokok ini juga yang mereka tanam.  Jika ia diamati dengan teliti bahawa bumi eropah ini sebenarnya seolah-olah dihamparkan dengan karpet atau permaidani yang besar yang berwarna warni.    

(Control "maco" sebelum dihalau oleh polis peronda lebuhraya)
Yang menjadi sesuatu kelucuan ketika lawatan kami ialah tentang kerenah peserta yang tidak sabar-sabar untuk merakamkan gambar berlatarbelakangkan pemandangan yang unik ini.  lalu, kami bersama dua gerombolan kenderaan MPV memberhentikan kenderaan kami di tepi highway bagi memenuhi permintaan para peserta kembara.  Sedang kami sebuk merakamkan gambar tiba-tiba kami didatangi oleh penguatkuasa lebuhraya dan meminta kami meneruskan perjalanan.  Ia merupkan satu kesalahan berhenti di lorong pandu masuk di sisi lebihraya kerana ia hanya untuk KECEMASAN sahaja.  Kami tidak dapat berhenti lama namun kami berpuashati kerana dapat merakamkan gambar yang diinginkan.  Topik kena halau menjadi topik yang melucukan di sepanjang perjalanan kami menuju ke selatan France.  Walau bagaimana pun kami tetap control "maco" bagi mempertahankan tindakan kami berhenti.  "Punyalah garang"  abang polis peronda lebuhraya tu apatah lagi mereka mengenakan kaca mata hitam ala-ala agen MIB... hehehehehe

(Inilah dia Lawyer yang asli dan isteri - En Shamir)
(Ni la ratu posing - Maziah - d hadapan home stay kami)















Di dalam krew kembara kami, ramai golongan profesional.  Ada kontraktor civil, ada GM dan yang paling bestnya ada dua orang Lawyer.  Satu Lawyer yang ada kelayakan dan satu lagi Lawyer yang tidak berkelayakan... sudah tentunya "Lawyer Buruk" seperti penulis ni.  Namun perjalanan tidak menjadi menarik jika tidak ada "Lawyer Buruk" yang cuba memeriahkan suasana.  Maklumlah pemandu yang merangkap ketua tour tak banyak cakap orangnya. Maka biarlah sepanjang perjalanan tersebut ada seseorang yang menjadi penghibur yang tak bergaji agar kebosanan perjalanan yang panjang terisi dengan hilai ketawa.

Sampai sahaja di Annecy France (Selatan France) kami terus ke pengginapan "Home Stay" kami yang cukup cantik dan menarik (buat kami sebagai pelancong).  Semua hiasan dalaman ala eropah apatah lagi kedudukan home stay kami yang benar-benar ditebing lembah di lereng bukit Tasik Annecy.  Kedudukan home stay kami benar-benar menghadap tasik Annecy yang cantik dan di hadapan rumah kami terdapat ladang terbiar yang ditumbuhi dengan bunga-bunga pelabagai warna.  Apatah lagi waktu kehadiran kami di bumi France ketika itu musim bunga (Spring).  Semua rumput begitu sebuk mengeluarkan bunga.  Terfikir juga di hati penulis "ni kalau kat Malaysia ni (rumput dan semak yang tak mengeluarkan bunga) dah lama kena racun atau ditebas".  Namun di eropah, tidak pelik kalau rumput di sana tidak dipotong kerana ia mengeluarkan bunga.  Lagi pun rumput di sana tidak panjang seperti di negara kita.  Amat sukar nak tenggok lalang di negara mereka.  Sampai sahaja di home stay, semua krew bukan sebuk memunggah barangan mereka untuk di bawa masuk ke dalam rumah.  Namun mereka sebuk posing kat halaman rumah termasuk ketua tour yang banyak kali berkunjung ke sini pun terikut rentak krew kembara yang lain iaitu "BERGAMBAR"... hahahahaha.

(Tak terlepas pandang Paksu Azman dan isteri Maksu Ana - d belakang adalah Tasik Annecy)
(Ni la orang kuat Tour Guide kami - Hj SAS dan Bro Ainul)
(Lagi.... "Ratu Posing" Filza dan Mazlina)
(Tak ketinggalan - penulis yg sedang bertafakur)
(Set pemandangan yang dirakam waktu tengah hari - cuasa waktu itu tidak begitu cantik untuk d rakam)

 
INSYALLAH JIKA ADA WAKTU SAYA AKAN MENULIS UNTUK HARI KE 2 KEMBARA KAMI (6hb May 2012) : Jika ada ejaan-ejaan dan ayat-ayat yang mengelirukan tu maafkan la yek... Salam ketemu lagi dalam episod seterusnya... kami hanya ingin berkongsi apa yang kami lalui...