Thursday, 12 November 2015

TURKEY : The Golden Steps Of Ottoman Empire


Explorasi : Turki
Tarikh 03 - 12 Oct 2015
Projek : Projek "Recce" ke bumi Turkey
Jumlah peserta : 8 orang semuanya


Assalamulaikum wbt dan Salam Sejahtera...
Ketika blog ini ditulis, AD baru sahaja menamatkan siri explorasi ke bumi empire keagongan kerajaan Othman.  Jika sepanjang pembacaan terdapat ejaan yang silap ... hehehehe pandai-pandai ler mengagak serta meneka...dan anggap ler juga AD mengalami sindrom kegemokkan jari kehkehkeh...larikkkkkkkk

Ni "Abg Long Kawasan" aka AD kat "Ephesus Kusadasi"

Ni lak AD kat Ankara "Mustafa Kamel Ataturk Muzium"

Udah lama AD tak share explorasi AD dalam blog ni... biasa lerrrr  ni bukan kerja hakiki AD, AD ada tugas hakiki yang lain yang nak diselesaikan.  Explorasi merupakan sesuatu yang menjadi "passion" AD jek.  Ada masa AD travel dan klu ada slot-slot yang membazir dalam calendar AD tu, AD akan isi dengan slot explorasi.  Ada yang tanya..."AD kata ni bukan kerja hakiki AD tapi saya tenggok setiap bulan AD ada explorasi trip.. banyak masa AD?" Hehehehehe... AD ni seorang corporate trainer, tugas AD bukan kerap atau hari-hari.  Jika mendapat undangan bagi talk jek AD sebuk...klu tak banyak masa duk dalam pejabat yang AD rekacipta sendiri dalam rumah AD.  Sekarang kan senang ... "Vitual Office"... hehehehe.

Berbalik dengan explorasi AD yang lepas iaitu TURKEY yang mendapat jolokan "The European Terrace".  Sesuatu yang unik about Turkey ialah...half of the country is in the Asian side and the other half in the European side.  Explorasi AD memakan masa lebih kurang 9 atau 10 hari bersama 8 "budak-budak terencat akal" (kepala gila-gila lerrr tapi belum gila lagi hahahaha) yang AD anggap macam adikberadik AD sendiri.  Love them all....

SPECIAL THANKS
Thanks buat Abg Din aka Kamarudiin wpun tidak mempunyai keupayaan kudrat fizikal yang sempurna namun kegigihannya AD dapat rasakan dalam explorasi tu.

Abang Kamarudin
Buat adinda Farrah Wahida yang comel lagi gebusss, walaupun ambil dan hilangkan kunci bilik dalam keadaan mamai dan buat AD selongkar satu apartment sehingga mengorek mcm tikus dalam tong sampah...akhirnya terjumpa dalam beg pakaiannya. You are so cute (dalam menepis dakwaan menghilangkan kunci   kehkehekhkeh)


Adinda Farrah Waheeda
Buat adinda  Noor Azita, yang sentiasa cargasss dan panas kerana pembawakan darah "Bugis"... Thanks kerana membuat explorasi ni hidup segar.  Satu pekara yang AD tak lupa tentang Azita ialah "Cinta Sabun Mandi" nya... kehkehkeh.  Betuah "jejaka yang pakai sabun mandi dia...so sweetttt.. Dia juga kekadang menjadi "Mbak Supir" gantian walaupun sering tersenggut-senggut kereta dibuatnya...kehkehkehkeh


Adinda Azita
Buat adik Dewi.  Wpun tak banyak cakap tetapi tetap fokus.  AD terperangkap dengan janji manisnya tuk tolong drive...yang akhirnya AD menjadi full time pak supir sepanjang explorasi... huahuaaaa sadisssss

Adinda Dewi Meranti
Buat rakan "hampir sebaya" My dear Asmawati... satu-satunya insan baik yang menjadi mangsa buli kaum sejenaisnya... kesian dia.

Asmawati Kamarudin
Buat adinda Emera aka Mera... kau memang nak kena ye?... sia-sia screen test sebelum g tuk jadi model photography tapi gaya tetap sama ... terpacak diri mcm nak nyanyi lagu "negaraku"...baik jadi tiang bendera...kehkehkehkeh larikkkkk

Adinda Emera aka Mera
Buat adindaku Insirah... emmm terpaksa jadi "misi" (nurse) sepanjang explorasi.  Banyak pahala tau.... AD doakan terus berjaya dalam kerjaya.  Pun begitu..kalau masih ingat, ingat pandangan serta motivasi murahan AD...kalau ia berguna... aplikasikan dalam kehidupan Insirah.

Adinda Inshirah
METHODOLOGI dan ITINERARY

AD selalu berkata kepada semua yang tanya itinerary kat AD...AD memang tak ada specific itinerary tuk dikongsi.  Semuanya dibuat dalam bentuk catatan ringkas.  Wpun nampak tak professional namun AD akur kerana AD bukan jenis suka nak dokumenkan dalam bentuk SOP dan ikut buku seperti orang lain.  Namun AD tahu apa yang AD lakukan dan lagi pun AD bukan travel agent yang nak susun itinerary yang selengkap mungkin bagi menyakinkan pelanggan.  AD hanyalah seorang pengembara atau explorer yang suka melihat sesuatu dari luar kotak pemikiran manusia dan mencari sesuatu yang bukan destinasi kelaziman.  Semuanya dicari dalam keadaan santai dan bukan tergesa-gesa hanya sekadar "Touch n Go" bagi melangsaikan tugasan. AD suka membawa mereka yang ikut AD sebagai sebuah keluarga besar dan menikmati suasana berbaloi dengan perbelanjaan yang dikeluarkan.   AD cuma hanya boleh berkongsi ke mana hala tujunya kembara explorers.  Setakat nak tahu tempat dan routes yang AD g, boleh aja. Apa yang ada di sana dan tempat yang dilawati pun AD akan kongsi.  Namun kalau nak tanya secara details hari pertama buat apa, makan apa, duk di mana,...hari ke 2 lak buat apa, bangkit pukul berapa, nak ke mana dan balik kul berapa...hehehehe tu tanya group lain lerrr.  TAPI JANJI AD...schedule perjalanan explorers akan terisi dan bermenafaat serta tidak mengecewakan kerana perjalanan explorers sering dihambat waktu dan bergantung juga dengan keadaaan.  Pun begitu AD dah susunatur mengikut cara AD yang tersendiri agar ia tampak kelainan dan apabila kembali nanti hanya memori yang terpahat dalam fikiran.  Ingat ...catatan seorang explorer berbeza dengan pelancong yang mengikat dirinya dengan peraturan dan jadual yang disusun agar mereka tampak seperti "diprogram" tanpa adanya kebebasan..mungkin kita berbeza namun sesuatu yang berbeza itulah yang kita cari...

Route explorasi MEC dan crews
Sepanjang perjalanan explorasi AD suka memandu dan AD sendiri akan mengetuai pemanduan itu...tak ada orang asing dalam explorasi AD.  Semuanya dikendalikan oleh crews dan peserta agar nampak nilai kekeluargaan itu.  Jika di tempat yang boleh memasak...kita masak sama-sama dan jika tidak...hanya kecekalan dan keterbiasaan seorang explorer yang boleh menyelamatkan diri sebagai survival (sediakan makanan sendiri) hehehehe, seronok kan? Setakat ni tak ada seorang pun yang ikut AD mati "kebulur"...

MASA DAN CARA AD..?

Ikut AD ni kekadang kena disiplin beb.  AD suka bangun pagi dan gerak pagi kalau destinasi tu jauh dari hotel.  Lepas solat subuh kena gerak.  Ada 3 tujuan, pertama nak elak kesesakan bila keluar dari bandar (klu duduk di bandar).  Ke dua lak nak santai lama di lokasi lawatan.  Kita datang dari jauh beb.  AD tak nak tergesa-gesa mcm sesetengah agen pelancongan beb.  Konsep "Touch n Go" ... AD nak semua peserta dan adikberadik enjoy the scenery dan puas di kawasan lawatan dan puas tangkap gambar pelabagai gaya wpun ala-ala "tiang bendera".  Bagi yang kreatif tu buat lerr gaya apa sekali pun termasuk lompat kijang terperanjat atau ala-ala mabuk ketum.  Boleh juga bergambar ala-ala tenggok bintang di siang hari.  Jangan risau beb kat sini kita-kita jek.  wpun kau orang control maco sebab usia atau kau tu model iklan tuala wanita..atau kau tu ada pangkat Dato'/Datin, atau kau ni ustazah atau ustaz...kat sini bergambar lerr ala-ala seolah-olah kita remaja.  Enjoy beb...tak ada org kenal kita kat sini.  This is your holiday and you deserve to do whatever you want to do.  Your special appearance would be remembered forever.  Just ignore what ever people out there say. This is our memory lane.  As long as kita berada di peradapan dan tertip kita.  Pak ustaz tak boleh tangkap gambar melompat ke? Boleh beb...lompat sambil tangan menadah tangan ke atas seperti berdoa...hehehehe.  Dato tak boleh tangkap gambar melompat mcm kijang terperanjat ke?... Jangan risau, title Dato tuk tak akan tercicir ke bawah... kita adikberadik beb...enjoy and release your sadness, stresses, pressures etc.  Balik nanti baru fikir balik pasal keje...hehehehe.  Dah ketiganya ialah kenapa AD suka awal pagi... kalau lerr perjalanan tu jauh at least kita boleh sampai awal dan rehat awal tuk perjalanan ke esok harinya.  Then, itu lerrr diary perjalanan kembara AD... siapa boleh ikut...ikut...klau tak leh match dengan cara AD... hehehehe mungkin kau org ada team lain yang sesuai dengan kau orang dan menjadikan kembara kau orang lebih bermakna...


Mereka subuh-subuh "Adam" pun dah berjaja beb...crew MEC sedang shopping roti tuk breakfast sebelum bertolak.. lemak ber cream beb.. ala-ala roti canai pun ada...hehehehe
ANTARA CABARAN DAN DUGAAN

TURKEY... explorasi ini merupakan explorasi yang pertama kalinya AD injak dan pijak d bumi Turkey.  Debaran kian terasa apabila menginjak kaki di Istanbul International Airport.  Semuanya tidak pasti... apa yang ada di kepala AD waktu tu...apa ler agaknya yang akan ditanya oleh mamat dalam kandang tu (Sapa lagi kalau tak pak Imigresen) bila sampai turn AD. AD tak kisah pasal pelepasan tu tapi dalam exlorasi ni AD yang menjadi "anchor" nya sudah pasti AD risau...apatah lagi ni negara yang baru pertama kali AD jejaki...hehehehe.  Alhamdullilah laluan mudah jek.. tanya g mana dan tujuan apa...hanya satu patah perkataan yang AD jawap "HOLIDAY"..

1) Kenderaan
Semua orang tahu AD suka explore dengan pemanduan sendiri.  Satu kebebasan yang AD cari... tak terikat dengan jadual langsung...berhenti mana yang nak berhenti dan melepak kat mana yang nak melepak.  Cuma Turkey ni tak ada kenderaan besar yang boleh disewa.  Semuanya kecik, kereta banyak lerrr dan ia akan menjadi sesuatu yang tidak ekonomikal dari segi costing yang cuba dirancang. Rezeki AD dapat MPV tuk 9 orang namun keadaannya tidak lerr terlalu memuaskan kerana ia kelihatan berumur melebihi 5 tahun dan keadaannya sedikit meragukan.  Kos sewa kereta di Turkey agak mahal berbanding negara-negara europe yang lain.  Namun apa pilihan yang AD..? AD teruskan juga explorasi itu demi survival explorasi adikberadik MEC.  Belasah jek laaaa...

Ni lerr "kenderaan ajaip" kami sepanjang explorasi.. banyak berjasa























2) Keadaan jalan dan Parking
Kau tahu tak... di turkey tak banyak highway namun itu bukan satu halangan sebab AD sendiri suka explore kawasan parameter kampung yang menjanjikan satu panorama yang cantik serta unik.  Cuma sepanjang explorasi, almost semua keadaan jalan di Turkey tidak begitu baik cuma kalau nak di bagi skala 1-10 AD cuma mampu bagi 4 atau 5.  Highway pulak sistemnya hampir sama dengan Malaysia cuma bezanya ia computer generated...no human control.  Tak ada org yang jaga booth toll beb..semuanya guna mcm "smart tag" kat kita ni.  Sama ada HGS atau OGS... cuba lerr berani langgar kalau tak ada smart tag ni...huhuhhuhu.  Bapak Polisi pasti akan menahan kau orang nanti...hahahaha.  Satu benda yang AD paling tak suka di Turkey ni khususnya di kebanyakan bandar utamanya ialah parking beb... khususnya buat AD yang bawa kereta mpv yang agak besar ni.  Kebanyakan hotel dia tak ada parking tuk pelanggan...tak tahu lerr kalau hotel-hotel yang besar dan mahal tu.  Tapi yang ala poket kering mcm kami ni... huhuhuhu boleh dikatakan semua kena parking kat tepi jalan.  Kalau ada pun parking di dalam bangunan (milik swasta)... mpv tak boleh masuk kerana ketinggian dan size mpv tidak ada dalam spec mereka ...cissss.. Berapa kali AD kena halau dengan pemilik primis kerana parking depan kedai mereka.  Kat Istanbul lak... hadoiiiii. First come first served basis parking free tu.  bayangkan depan hospital pun dia orang boleh parking sesuka hati ... ini kan pulak depan hotel budget dan sebagainya.  nak masuk lorong pun kalu tak berhati kering macam AD ni memang susah nak lepas.  Jalan muat-muat dua kereta jek tapi satu side dah dibuat parking dan tinggal satu side jek yang boleh dilalui oleh kereta.  Bayangkan ada kereta datang dari depan....kehkehkehkeh...sendiri mahu ingat lerrr.

3) Makan
Makan tak jadi masalah kat Turkey sbb rata-rata "beragama Islam" (atas kertas).  Ramai yang kata di sana dan in fact AD ada bertanya dengan orang Turkey tentang status negara Islam mereka. Mereka menjawap, sejak Mustafa Kamel Ataturk mengambil alih kuasa...dia telah menjadikan Turkey negara sekular.  Ramai yang Islam atas nama sahaja. Tiada tulisan jawi, tiada apa-apa kesan pun yang boleh ditinggalkan bagi menunjukkan Turkey sebuah negara Islam.  Malah di setiap kedai MESTI digantung gambar "wira" mereka tu (Mustafa Kamel) dan diwartakan kalau tak gantung gambar pemimpin sekular tu...akan ditangkap ikut peruntukan undang-undang mereka.  Sedangkan "mamat" tu dah lama tak ada...sejauh mana kebenarannya AD tak pasti.  Malahan di salah satu hotel tempat AD duduk tu owner dia orang Islam dan penjaga setia pejabatnya  (anak owner) juga muslim tetapi berkahwin dengan org Jepun.  Isterinya sehingga kini tidak memeluk agama Islam.  SO, jangan tanya AD la yek "tu macam mana?"  yang minum minuman keras juga melata di tepi jalan dan kedai-kedai pinggiran sungai.  Sesuatu yang tidak terjaga dan tak ada yang peduli kerananya.  bagi kita walaupun senang nak cari makanan di sana tapi siapa yang sanggup hari-hari meratah chicken wrap, kebab dan tah apa-apa lagi tah... semuanya kering dn tak sesuai dengan selera "jawa" mcm AD ni...hehehehe



4) Kejujuran Peniaga
AD rasa di mana-mana pun sama. Bila dia tenggok pelancong asing, tu le kesempatan mereka ada tuk ambil untung berlebihan.  Buat explorers naive mcm kami ni mungkin ia satu pengajaran.  Ramai sangat peniaga bernama "Mustapha" kat sana dan bila satu tidak "jujur" ia menjadikan kami fobia lak.  Mungkin mereka ni ikut perangai Mustapha Kamel Ataturk kot kehkehkehkeh.  Bayangkan Turkish Delight mereka jual dengan rega antara 10 - 15 lira satu kotak yang di bungkus dengan begitu cantik sekali.. bila dibuka ia tak seindah apa yang kita nampak dan tak se nilai dengan harga yang kita beli.  Semuanya gara-gara "Mustapha" kehkehkehkeh.  Bila kita g keluar kedai...ia dijual dengan harga 5 Lira sahaja sekotak malah penjaja jalanan ni boleh bagi free lagi satu kotak.  Bererti harga sekotak Turkish Delight sudah pasti di bawah 5 Lira kerana dengan menjual 5 Lira sekotak pun peniaga masih boleh mendapat untung heheheheh... terkadang sukar tuk menilai kejujuran peniaga di sini.  Apa boleh buat...ijap qabulnya sudah termenteri... peniaga sanggup menjual dan pembeli sanggup membeli...hehehehe.  Cuma sebagai pembeli kita terasa seperti tertipu kerana nilai barangan yang kita dapat tak setanding dengan nilai yang kita bayar beb... betul... secoit jek Turkish delight kat dalam kotak tu... hehehehe.  Nasib baik AD beli sikit jek... dan yang lain pun beli sikit jek...dan borong kat luar banyak,.... hahahahaha.  Anggap lerr tu rezeki si penjual.  lagi pun kami tak banyk masa nak g shopping kerana ke esok harinya kami harus bergerak lagi dengan pemanduan yang agak jauh...


Di pasar org kata banyak "setan" ... berurusniaga secara Islam adalah cara yang terbaik
5) Bahasa


Orang Turkey rata-rata tak faham bahasa Inggeris beb..letih nak cete dengan dia orang ni khususnya di luar bandar.  Kena tahan polis dan mintak dokumen serta tah apa dia marah-marah mintak sesuatu ... AD pun tak faham.  Apa yang AD buat bila kena tahan hanya sekadar mampu bagi salam bagi menunjukkan kami orang Islam (nak "halau setan" dalam kepala polis tu lerrr kehkehkehkeh).  Pas tu dia cakap bahasa turkey... AD cakap.. "No Turkey... English?" Dia jawap "no English...".. Ahhh sudahhhh... AD main agak-agak jek lah.... "license and passport?" (sbb tu jek pun yang dia nak ...serupa kat Msia).  "Yes.." dia jawap.... fuhhh lega... . Past tu dia mintak sesuatu lagi..."mampusss aku tak faham apa yang dia nak kali ni lerr labu-labu".. AD pun agak-agak lagi apa yang dia nak... "contract..?" (merujuk kpd kontrak sewa kereta)... "Yess contract" fuhhhh legaa...terror gek AD baca body language dia org yek... periksa punya perikasa...punya perikasa...kawan polis pun datang...dia bercerita berdua sambil membelek-belek dokumen... Apa yang AD faham kawan dia sebut "Malaziea" (merujuk org Malaysia lerr kot)... kawan dia muka mcm "good police"...dan yang tanya AD tu macam "Bad Police" (peranan yang sering ditunjukkan dalam film action movie hollywood)... Bila dia tggk passport Malaysia tu..dia pun lepaskan AD dan team yang lain... malah dokumen AD yang kalang kabut AD lipat d mintanya semula dan dia tolong lipat elok-elok... hehhehehe.  Bukan senang nak jadi explorer's Leader ni beb... mesti mempunyai semua ciri-ciri yang diperlukan termasuk tenang di dalam menghadapi situasi tegang dan boleh mengawal semua perangai pelabagai adikberadik yang ada...hehehehe

Bahasa menjadi masalah dalam komunikasi 

6) Jarak perjalanan
Wa cakap lu beb... jarak perjalanan dari satu tempat ke satu tempat begitu jauh beb.  Bayangkan AD memandu dari Istanbul International Airpot ke Cannakale destinasi pertama AD lebih kurang 300 km lebih.. jauh tak? Apa ...? biasa jek tuh...cissss kehkehkehkeh.  Tido di Cannakale best beb... bukan kerana hotel dia... bukan kerana makanan dia... tapi suasana beb.  River site yang happening cuma yang tak best nak cari parking susah tu jek.  Dari Cannakkale lak ke Kudasi lebih kurang 400km++.  Dari Kudasi ke Cappadocia lak 700km++.... letih beb 10jam drive jek tu.. sepanjang jalan lak hujan, tak berani nak bagi aweks2 yang ikut AD tu drive... bukan tak percaya beb cuma "seriau" jek... ehehehehe.  Dari Cappadocia ke Ankara dalam 300km++ dan dari Ankara ke Istanbul 400km++... haaa tenggok, tak mabuk ketum dibuatnya.  Jalan kalau semua highway tak pe beb...ni separa highways lerrr...dan jalan masuk kebun jangan cerita lerrr... apa lagi "lorong tikus", siapa berani beb... geng kita org jek... sekali tu masuk lorong tikus yang betul2 tak tak de umah orang...mcm nak masuk kebun nun jauh ke dalam... AD control maco jek sbb dah biasa merempit.  Tak tahu lerr yang lain-lain mcm mana...hahahaha

7) Rega minyak ...
Rega minyak beb?... Bersyukur Msia masih aman.  Minyak kat sini mcm nak terceret kita dibuatnya beb.  Satu liter disel 3.92L beb...larat kau?  Kalau nak tahu dalam RM kali jek lerr 1.6/7 ke...emmm tapi nak buat macam mana...explorasi mesti diteruskan tak kira mcm mana.  Sesuatu yang diluar jangkaan AD... tapi AD dah janji ni explorasi adikberadik ...apa-apa hal pun AD hadapi juga keperitannya.  Sebab tu semua kena "sayang" kat abg AD ni..."Abg Long Kawasan"... hehehehe



Ni bukan cobaan beb...ni realiti rega minyak di Turkey

TEMPAT-TEMPAT LAWATAN.

1) Cannakale

Ni destinasi pertama kami beb... ramai yang tanya kenapa tak g Bursa dan memilih Cannakale.  Bursa merupakan destinasi popular Travel Agent...Hehehehe, AD jawap "suka hati aku  laaa" (tak lah...AD tipu, tak jawap mcm tu pun).  Atas preference seseorang lerr.  AD tak mahu historical oriented sangat sbb AD bukan ahli sejarah beb dan dalam geng recce tu lak bukan semua suka sejarah beb... dia orang tu tahu nak merempit jek dan enjoy tahap "mabuk ketum" hahahaha.  Itu lerr klasiknya AD, dan klasiknya Malaysian Explorers Club (MEC).  Kami nak buat sesuatu yang kami suka dan bukan apa yang orang lain suka.  Kami benar-benar nak "merempit" kawasan yang orang jarang g sbb kami dah ada kajian kami sendiri.  Wpun melihat itinerary orang lain tu satu kelebihan namun ia kekadang tidak digunapakai kerana "kita antara dua darjat" kehkehkehkeh.  D Cannakale, tumpuan utama kami adalah "Trojan Horse" iaitu replika kuda yang digunakan untuk pembikinan filem TROY.  Kuda tu mmg real raplika tuk film tu beb... River side dia pun cantik beb...happening sepanjang sungai tu.  Nak makan apa pun ada...ice cream Turkish perhhhh berpintal-pintal lidah menjilatnya... vely-vely the nice maaaaa...huhuhuu.  Sepanjang lorong di Bandar Cannakale tu mcm Petaling Street... cakap jek nak shopping apa.  Ada makanan pelik tak? Hehehehe, tak de le pelik sangat ...kalu ada pun mereka jual kupang yang dah siap direbus dan makan bersama perahan air lemon...AD tak jamah, geng recce yang lain jamah.  Dia orang kata sodap sehingga menjilat jari...satu ekor...ekor ke kupang tuh hehehehe.  Satu ekor d jual dengan harga 1 Lira... belasah jek la...Kalu rajin tak jauh dari riverside tu ada ler Museum Tentera dan sebuah Istana lama...tang Istana tu tak buka waktu tu...kami redah jek Museum tu... free jek beb masuk.  Peralatan tentera lama banyak lerr dipamirkan disana termasuk le kapal selam zaman perang dunia ke berapa tah... huhuhhu.  AD tak baca pun nota yang disediakan tu semua... Lepak kat Canakkale sehari pun cukup beb. Kalau kau orang nak g, parking jek kereta kat hotel dan pastikan hotel dekat bandar tepi sungai tu...pas tu jalan kaki jek... merempit lerr sampai tercabut kepala lutut...hehehehe.


Ni kat Eceabat Port...hujung daratan sana nuh ialah Canakkale... belakang tu ferry kenderaan yang akan bawa kami
Ni lerr replika kuda yang digunakan dalam film TROY tu

Sapa yang lupa atau tak tahu... ni lerr filem TROY tu...nampak tak kuda kat belakang tu...sama lerr kuda yang ada di Cannakale

AD dan otai Abg Din...juga budak kecik Mera

Kalau kat Muo, Johor binatang ni dipanggil kupang...kat sini kupang ni dimakan dengan perahan limau...sehingga menjilat ibu jari kaki sedapnya...hehehe

2) Kusadasi 
Ramai yang komplen kat AD ha... "Abg AD, boleh tak kalau esok dan esok dan esok jangan gerak selepas subuh, letih lerrr setiap hari nak gerak awal pagi...".  Oh mengeluh ye... AD dah biasa bangun pagi dan gerak pagi dalam explorasi.  Cuba rujuk balik jarak antara satu lokasi ke satu lokasi perjalanan tu dalam "Antara Cabaran Dan Dugaan" kat atas...jauh tak? Jauh tuhhh... kalau nak bangun lambat dan gerak lambat boleh tapi jangan komplen kalau sekejap jek kat satu-satu kawasan lawatan tu.  Nak tido kat umah pun boleh tido...ni kita kat bumi asing beb... maximize masa yang ada supaya kita boleh lepak lama-lama kat kawasan lawatan.  Kalu dgn Travel Agent kata kau... 45 minit jek d baginya...pas tu lambat tinggal...kehkehkehkeh.  Tapi AD tak...kau santai lerr sampai terjelir lidah dan kau habiskan lerrr filem kodak 36 keping tu... berapa rolls kau nak tangkap gambar...haaaa lantak.... Kat Kusadasi kami cover dua kawasan lawatan yang utama iaitu di daerah Pamukkale yang terkenal dengan "Cotton Castle" dan juga kesan sejarah empayar roman iaitu "ephesus"... tempat apa tu AD..? ALa tolong lerr jangan tanya AD...kau type jek kat google search tu perkataan "ephesus Kusadasi" ... berjela-jela version cerita pasal "binatang" tu keluar... tak kuasa mak nak cerita nak hehehehe. Kalau kau bernasib baik, kau akan dapat versi-versi berbeza tentang cerita binatang tu...hahahaha.  Baca lah yek, jangan malas nak buat kajian.  Namun apa yang AD nak cerita ni tentang ketakjupan AD dengan kesan arkitektur mereka. Zaman kuno ada mesin tuk potong batu-batu marbel tu ke?...tak de kan?.  Macam mana mereka ukur ketepatan senibina tu dan mcm mana mereka susun dan plaster dengan simen bagi mengukuhkan binaan mereka.  Batu tak leh paku beb... mereka tak guna walau sebatang paku pun tuk menaikkan batu-batu tu semua...simen pun tak de beb...sekampit simen masa tu mahal..mereka tak guna simen hahahaha. Mcm mana mereka susun dan bentuk "Arc" tuk pintu menara mereka yek..?semua tu bermain dalam kepala... tak ya fikir lerr buat sakit otak jek..."seteress" nok pikir.



Ni lerr pusat peradapan ilmu kerajaan Roman di Turkey waktu tu... dipanggil Ephsus

Jangan tggk model orang yang ada dalam tu...tggk seni bina kesan peninggalan kerajaan Rome kehkehkehkeh


Aksi-aksi tak boleh blaaa... di Ephsus

3) Pamukkale
Orang kata kalau g Turkey tak g Pamukkale tak sah sebab kata mereka "Cotton Castle" ni cuma ada 2 jek d dunia.  Satu di Turkey dan satu lagi d Sumatera Indonesia.. org kata dan bukan AD kata hehehehe.  Cuma kalau kau orang nak g sini dengan sendiri dinasihatkan tido satu malam di Kusadasi dan satu malam di Pamukkale..tak lerr jauh sangat esoknya kalau nak g Cappadocia.  Selain daripada kesan sulfur yang membentuk seperti kolam-kolam ni beb...kat sebelah dia ada juga kesan tinggalan empayar roman.  Kesan runtuhan bangunan.  Pamukkale dulu pernah menjadi pusat pentadbiran kerajaan Rome beb... apa bila berlaku gempa bumi semua bangunan telah musnah dan runtuh...ramai lerr yang "tergolek dog".  Tu pun AD baca dari papn keterangan jek....hehehehe. Nak lebih-lebih search google lerrr juga...larikkkkkk.  Pas tu, bandar tu dah jadi padang jarak padang terkukur dan hanya dihuni oleh petani-petani untuk dijadikan ladang tanaman buah-buahan seperti pokok zaitun dan sebagainya.  Di zaman Mustapha Kamel Antaturk...tempat ni dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong yang terkenal sehingga hari ini... kau orang lerrr termasuk AD yang terkinja-kinja nak tenggok tempat ni...kehkehkehkeh apa macam, puas hati...



Ni Cotton Castle... org kata ada 2 jek di dunia...satu lagi ada d Sumatera, Indonesia

Ni Cover Album DVD Kumpulan "Tak boleh Bla"...kehkehkeh d Pamukkale


4) Cappadocia
Laaa. ni bandar manusia "zaman batu" beb.  Betullll... bila AD sampai di sini pekara yang AD fikirkan ialah "Adakah aku berada di zaman batu?".  Apa tak nye beb...semua bentuk mukabumi disini tajam-tajam dan lobang-lobang seperti ada makhluk yang tinggal di dalamnya.  Ni mcm umah "Pakcik Flintstone" ni...hehehehe. Ada crew kami lak yang masuk dalm underground City beb...dia kata ada 8 tingkat ke bawah tanah.  Perhhh AD dah terbayang dengan lorong-lorong tikus tu mesti badan AD tak lepas...dibuatnya tersepet kat dalam tu... mampusss sia-sia jek kehkehkehkeh.  Org kata dulu memang bangsa kaum yang tinggal kat Cappadocia ni mmg tinggal dalam gua-gua kat sini...dulu-dulu AD ada tenggok cerita ala-ala Arabian ...dah lupa lak tajuk cete dia apa...huhuhuhu.  Bila segerombolan manusia lalu kat kawasan tu...makhluk-makhluk yang tinggal di dalam gua tu mencanak-canak lari masuk gua keluar gua dan menyerang segerombolan org yang lalu tadi... perhhh mcm lanun dan barbarian lak cerita tu.  Bila dikenangkan AD lalu kawasan tu... terasa jek ada mata memerhati dari setiap gua-gua yang berlobang tuhhh... ngerinyaaaa...  Tapi best beb...ni baru dikatakan "Rare"...suasana yang rare...makanan yang rare... orang yang rare....  Kat sini tak dek lain lerrr.  Cappadocia tak boleh lari dari image "Hot Balloon" ... baru AD faham kenapa industri belon panas kat sini mmg menakjupkan terlajak laris.  Sebab apa beb?... sebab mukabumi yang cantik dan sun rise di subuh hari yang benar-benar menakjupkan.  Kami hampir jek jadi mcm orang "gila talak" beb sebab tak dapat fly mengikut jadual yang direncanakan... sbb apa, sebab cuaca tak mengizinkan...klu hujan lebat serta angin kuat memang tak leh fly.  Ni bukan nak naik flight beb...ni belon huhuhuhu.  Kalau flight sekali pun...klu cuaca teruk dan petir sambung menyambung...flight pasti delay.  Semua org dah bising beb... mahu jek dibakar company yang handle benda ni klu tak bagi fly gek...kehkehkehkeh.  So atas kecekapan dan kebaikan pemilik hotel tempat kami tinggal... mereka betul2 membantu kami tuk fly keesokkan harinya wpun diberitahu "flights" semua penuh (sebab kami tak book tuk keesokkan harinya).. Alhamdullilah...dipendekkan cerita...mereka berjaya tuk dapatkan flights tuk kami... kebetulan ada 6 peserta mana tah tarik diri... kalau AD dapat jumpa peserta tu...mahu AD cium2 tanda terima kasih...dan kebetulan juga kami ada 6 peserta juga yang akan fly...yang lain tak nak fly sbb seorang tu "OKU" dan seorang lagi .. memang tak nak naik...hehehe.  Berbaloi lerr kami bayo 120 euro...."berapa dalam RM AD?" ... Ala kau kira lerr sendiri... kali jek lerr dgn 4.8/9 waktu tu...hahahaha.

Ni AD tangkap dari "flight" AD

Ni pun sama AD tangkap pakai camera AD sendiri


Bukti AD dah sampai sini... ni bukan photoshop tau...hehehehe

Rasa kepuasan dan keunggulan...hehehehe

Ni yang AD kata ni...org dulu2 duk dalm gua...

Ni flight AD...flight kami antara yang terawal fly dan boleh tggk the most greatest views from top... kau hadooo?

Malam lak... nak cerita bab malam lak ni... hehehehe.  Pak ustaz/Mak Ustazah tak gemo acara ni sbb ada unsur-unsur keseksiaan dalam kegelekkan tarian.  Tapi AD hanya sekadar nak tahu dan nak tenggok traditional Turkish dance...ala g jek laa. AD jek seorang lelaki Malaya dan yang lain gadis-gadis Melayu terakhir...hehehehe.  Entrance fees memang agak mahal tapi ok laaa tu dapatkan experience yang kau orang tak leh dapat kat mana-mana.  Tak derr lerrr dalam katogeri kelucahan traditional show mereka...cuma ada lerrr satu tu jek yang agak seksi...tapi AD tak de nafsu lerr nak tenggok penari seksi tu sebab yang tergedik-gedik joget ala "Arabian sexy girl" tu dah tua beb...hehehehehe.  Yang lain purely traditional dance...yang ni "aweks-aweks" semua cun-cun dan "balaks-balaks" handsome-handsome beb.  Boleh lerr sesiapa nak tenggok buat pertama kalinya boleh g... ok jek.  Makanan semua disediakan...belasah jekkkk.  Sebelum g jangan nak mengada-ngada makan...



Ni aktiviti malam kami...Turkish cultural performance show
Ni pun sama.. "Sufi Dance"

5) Ankara
Tempat ni sebenarnya kawasan persinggahan jek sebelum kita nak balik ke Istanbul... sbb dari Cappadocia ke Istanbul jauh beb...dekat 800km ++.  jauh tuh. Mahu 12 jam kalau drive dengan keadaan jalan yang dah biasa kami lalu.  So kami singgah lerrr di Ankara atas dua sebab.  Pertama memang tak larat nak drive jauh dan yang ke 2 lak sebab salah seorang peserta kami nak jumpa anak saudara dia yang "mengaji" di Ankara sebagai Tafiz.  Namun penelitian kami di atas dua faktor yang kuat ni lerrr kami stay kat Ankara.  Benci betul drive kat Turkey ni lerrr...seperti yang AD sebut awal-awal tadi ialah masalah parking yang kalau kita boleh dapat ... boleh lerr sujud shukur kehkehkehkeh.  Alang-alang dah sampai di Ankara, kami mengambil keputusan tuk melawat Muzium Mustapha Kamel Ataturk... aja jek melepak kat sini.  Merempit dan terus merempit... "Apa yang ada kat situ AD?"...sekali lagi AD seru tuk "Iqra' " kehkehkehkeh. Tapi tak perr leer kat sini AD "sedekah: sikit cete Mutafa Kamel yang d laknat oleh Allah ni...sbb dia lerr Komander yang meruntuhkan atau menjatuhkan kerajaan Ottoman (Othman)..  Bila kerajaan Islam Othman dijatuhkan dengan bantuan Kerajaan Bersekutu...Mamat ni lerr yang jadi Presiden pertama Turkey... dan bila dia ambik alih apa yang dia buat...antara nya ialah:-

1) Wanita tak leh pakai hijap... klau nak pakai hijap juga mesti dengan pakai mini skirt :: lek elehhhh apa ler mamat ni kan..
2) Lelaki Turkey d kehendaki memakai topi dan tali leher mcm org barat
3) Wanita boleh menari-nari bersama lelaki dikhalayak ramai
4) Menggalakkan meminum arak secara terbuka :: sampai sekarang pun AD tggk ada alagi kesan tu... tak ada org halang pun...nasib baik kat Msia ada Majlis Agama Islam...oh bertuahnya negara ku Msia...hehehe
5) Mengarahkan Al Quran dicitak dalam bahasa Turkey :: ni memang sepatutnya dilakanat namanya...huhuhuhu
6) Menukar azan dalam bahasa Turkey :: Memang nak kena sula Mustafa ni...hehehehe
7) Mengambil arkitek2 dari barat tuk memodenkan Turkey yang pada hakikatnya d minta tuk memenuhkan Turkey dengan patung-patung.
8) Memisahkan urusan pentadbiran dengan agama :: Dah teruk Mustafa ni... ...apa lagi yang dia buat haaaa...cecete..
9) Agama Islam dibuang dari pelambagaan sebagai Agama Rasmi Turkey
10 ) Menyerang Islam secara terang-terangan
11) Mengubal udang-undang perkahwinan Islam kepada undang-undang perkahwinan berdaftar barat
12) Menukar Masjid Ayasopia kepada Muzium dan sebahagian lagi masjid ditukar menjadi gereja
13) Menutup masjid dan melarang dari solat berjemaah :: Mustapha ni Islam ke bukan yek...sula dia lagi sekali lagi baru tahu...hehehhe
14) Menghapuskan banyak undang-undang Islam dan diganti dengan undang-undang sekular
15) Tulisan arab dilarang sama sekali - hanya tulisan turky sahaja dibenarkan :: Sampai sekarang kot...
16) Kalendar Islam dihapuskan dan diganti dengan kalendar barat
17) Menganggap dirinya Tuhan sama mcm Firaun -

~Sumber internet~


Ni lerr wajah Mustafa Kamel Ataturk - "Bapa" yang meruntuhkan Kerajaan Othman dan membena Turkey Moden
Apa yang berlaku dan diceritakan oleh masyarakat umum di saat-sat terakhir kematiannya .
1) Mendapat sakit kulit seluruh badan sehingga ke kaki
2) Sakit jantung dan darah tinggi
3) Merasa panas sepanjang masa 24 jam - sehingga dia mengarahkan Bomba menyiram rumahnya dan mengarahkan tentera meletakkan ketulan ais dalam selimutnya.  Namun dia tetap merasa bahang panas juga sehingga dia terjerit-jerit dan kedengaran seluruh istananya. Diceritakan juga dia mengarahkan tenteranya menghantar dia ke tengah-tengah lautan dengan harapan akan hilang rasa panasnya namun tak berkesan.  Pada 26 Sept 1938 Mustafa Kamal pengsan 48jam akibat kepanasan dan apabila sedar dia hilang ingatan.  Pada 9 Nov 1938 dia pengsan lagi 36jam dan akhirnya meninggal dunia.

Ni lerr kubur Mustafa Kamel Ataturk tu...yg dikatakan mayat tak diterima dek tanah.  Dalam kotak marbel tu la kot mayat dia disimpan... Wallahualam..

Sejarah umum memberitahu ketika kematiannya tidak ada seorang pun yang memandikan, mengkafankan atau menyolatkan jenazahnya lalu diawetkan 9 hari 9 malam.  Akhirnya adiknya meminta para alim ulamak memandikan serta mengkafankannya.  Ketika hendak dikebumikan, jenazahnya tidak boleh dimasukkan keliang lahat.  Setelah beberapa kali mencuba dan tidak berjaya, sekali lagi mayatnya diawetkan lagi sekali dan dimasukan ke dalam muzium yang diberi nama "Etnagrafi" di Ankara selama 15 tahun sehingga tahun 1953.  Selepas itu kerajaan Turkey mengambil keputusan untuk mengkebumikannya secara tertip dan teratur seperti umat Islam yang lain.  Peristiwa yang sama berlaku lagi, mayatnya tetap tidak diterima bumi lalu mayatnya disemadikan di atas bumi dan dibawa ke satu bukit lalu mayatnya diselitkan dicelah-celah batu mar-mar seberat 44 ton....perhhh berpeluh AD baca dari internet dan AD kongsi di sini.  Kalu cerita ini bercanggah dgn realiti sebenar...anggap ler ia sebagai metos.  Dan kalau benar, jadikanlah ia sebagai satu iktibar.  kalau ada tokok tambah ...AD minta maaf sebab AD tak tahu versi mana yang betul...hehehehehe (juga sumber internet)

6) Istanbul
Yeyyy... akhirnya kami dan crew recce yang lain dah sampai Istanbul. Kat Istanbul kami duk umah rakyat Malaysia yang kawin dengan org Turkey... nama dalam fb dia "Yeni Dogan".  Org Gannu beb.  Dia ada sebuah apartment yang hanya disewakan kepada "orang sebangsa" sahaja iaitu orang Islam dari Malaysia, Berunai, Singapura dan Indonesia.  Orang Islam dari benua lain wpun Pak Arab ...dia tak kasi.  Mungkin Yeni ada alasan tersendiri...hehehehe.  Apartment homestay yang selesa wpun tak mewah.  Tapi serba serbi cukup dan kalau kau g merempit ke Istanbul dan menggunakan pengangkutan awam...AD memang rekomen duk umah Yeni ni.  Dekat dengan tram tuk g ke semua tempat-tempat menarik di sana.  Kalau kau naik/sewa kete...hehhehehe, jangan harap nak dapat parking mcm kau duduk kat kawasan taman perumahan kat Msia ni.  Kat Msia pun kau berebut parking kalau duk kat apartment atau flat rumah PPRT.   Tapi kat sana beb...bukan jek parking berebut... jalan nak masuk pun bererbut...bukan kat umah Yeni jek...kat seluruh bandar utama di Turkey... hanya orang yang berhati kering dan mempunyai lesen kete "beso" mcm AD jek mampu masuk jalan tuh...kehkehkehkeh.  Yeni banyak membantu kami beb...dia pun ada buka kedai souvenir jual baju T dan barang-barang lain seperti key chain, fridge magnet, tudung dan mcm-mcm lagi lerrr.



Ni ler kedai Yeni Dogan (berhijap penuh no. 4 dari kanan) bersama suami Turky nye si Abdullah (no.3 dari kanan)
Kat Istanbul kami tak lama beb.  Dua hari penuh jek atau dengan kata lain 3 malam 2 hari.  Dari apartment Yeni, kami rehatkan kereta sewa beb sebab mcm AD kata tadi parking susah nak dapat. Dah dapat baik punya parking, kami naik tram sepanjang berada di Istanbul.  Ala naik tram satu line jek dah boleh cover semua destinasi yang kami dah rancang...huhuhuhu.


Ni lerr station d mana kami tinggal.. d apartment Yeni Dogan.  Jalan kaki jek dari sini.  lebih kurang 100 meter, tak jauh cuma panjat bukit jek.  Betul-betul kedudukan belakang hospital...shhhhhh jangan bising, doktor ramai tinggal kat apartment ni.. mereka keje 24 beb.  Pastikan cukup tido...huhuhuhu

Blue Mosque
Ni lerr masjid yang dok sebuk-sebuk orang cakap ni beb.  Kat sini masuk free jek dan pelawat tak kira agama dan bangsa boleh masuk tenggok seni bina Islam.  Tapi kena tutup aurat lerr beb.  Yang tutup aurat jek dibenarkan masuk dan kalau terdedah sana-sini pihak pengurusan masjid akan bagi kain tuk cover bahagian yang terdedah.  Bagi umat Islam boleh buat solat sunat kalau berhajat lerrr.  Sayu beb masuk masjid ni, tersergam indah dan cantik semua senibinanya.



Blue Mosque, Istanbul Turkey - ni kat bahagian terbuka lawatan - Bahagian belakang AD selepas partition tu adalah bahagian solat tuk umat Islam
Blue Mosque - Dari luar

Blue Mosque - Dari Kejauhan
 Ayasofia (Hagia Sofia)
Pada awalnya sebuah gereja kemudian di tukar menjadi masjid ketika kerajaan Othman, bila Mustafa Kamel berjaya meruntuhkannya kerajaan Islam Othman dan menjadikan negara Turkey kpd Turkey moden, masjid ini ia dijadikan dijadikan muzium sehingga kini.  Nak tahu selanjutnya baca jek lerr sendiri kat sini...panjang lebar dia org membebel kat sini hahahahaha.  (https://en.wikipedia.org/wiki/Hagia_Sophia) . Masuk sini kena bayo beb... nothing is free nowdays.  Kalau tak silap dalam 30 Lira... mahal dak.? mahal kan ?... kali lerr dengan 1.6 waktu tu. Tak perr bukan selalu g... tggk lerr dan nak feel apa yang ada kat dalam... memang betul, banyak lukisan spiritual kristianiti ada dalam tu dan dan masih dikekalkan walupun kerajaan Othman waktu tu dah tukar ia jadi masjid.  Dalam tu juga banyak kalimah-kalimah suci Al-Quran yang terukir di setiap sudut dinding dan yang yang AD masih ingat ialah nama-nama Allah dalam Asma Ul Husna... kat keliling beb.  Dalam tu juga diletakkan banyak peninggalan kerajaan Othman termasuk panji-panji perang dan pakaian bala tenteranya.  Yang AD kagum ialah sampaikan topi tentera yang diperbuat dari besi juga diukir dengan kalimah Allah serta nama-Nya.  Subhanallah...


Masa AD datang Hagia Sofia (Ayasofia) masih dalam pembaikpulihan
Topi tentera kerajaan Ottoman
Mana lagi nak gi yek...huhuhuhu.  Apa lagi merempit ke ...
GRAND BAZAR and SPICY BAZAR (known as EGYPT BAZAR)
Ni koje orang pempuan beb...nak "nyoping" jek..alang-alang dah terkepung di kalangan mereka terpaksa lerr AD ikut gek.  Dari Hagia Sophia ni boleh walking distance jek tapi fizikal kena kuat lerrr sbb jalan dia menaik bukit gek hehehehe.  Dalam xpdc ni abg. Din yang kami risau tapi dia nak ikut gek.  Dia sebenarnya pernah kena "slip disc" juga "accident".  So dah banyak besi dalam kaki dia tuh... d tambah pulak dengan faktor usia.  Namun semangat dia cukup kental. AD dah nasihatkan dia supaya balik apartment kalau tak larat namun dia masih nak ikut.  Apa tah lagi kawan dia kirim sesuatu  (sejenis tea) dari dia.  Tak perr lerr demi nak memenuhi hajat dia, AD biarkan dia ikut dan minta dia jalan pelahan-pelahan.  Di kedua-dua bazar tu manusia mcm "ulat nangka" beb dan akhirnya abg. Din tewas juga.  AD hantar dia ke station tram paling hampir dan memberi sedikit panduan serta kekuatan motivasi untuk dia balik ke apartment. AD minta dia whatapps AD kalau ada masalah atau setelah dia berjaya sampai ke apartment... YESSS he did it.

Di Grand Bazar dan Egypt Bazar (sebab peniaga di dominasi org Mesir kot...ye lerrr tu... klu kat Msia di dominasi oleh orang Bangla hehehehe) memang penuh denga pelanggan/pelancong beb...mcm ulat nangka.  Jangankan pelancong tempatan dan luar negara...org Msia pun penuh beb...Siapa kata kejatuhan nilai RM menjadikan org Msia tak nak melancong.  Org Msia kaya raya beb (aminnnn).  Sikit pun tak terjejas... cuma bila orang mcm AD ni mintak sikit tambahan lagi tuk menampung kos kejatuhan RM dia orang bising... sedangkan kos awalan sudah tentu beranjak naik akibat kejatuhan RM ni apa tah lagi semua kos AD bayar dalam bentuk nilai matawang mereka (tak kira lerr kat mana-mana sekali pun kita gi...sama ada Turkey atau eropah.  Nilai matawang RM memang jatuh teruk waktu ni beb. Nasib baik team recce ni semua spoting beb dan memahami... mereka faham sbb mereka dah biasa explore dan travel... mereka ok semua beb.   Tapi tuk kegunaan sendiri rakyat Msia memang banyak duit beb.  Kat sini jek ramai sungguh AD jumpa rakyat Msia.  Malah peniaga di sini ramai yang boleh bertutur Bahasa Melayu (Melayu Msia/Indonesia) sbb ramai yang kawin orang Msia/Indonesia hehehehe.  Boleh lerrr "bargain" harga dengan mereka hahahaha.  AD..? emmmmm jadi body guard jek laaa...tak nyoping pun sbb AD taka ada benda nak beli...hehehehe.








Ni perkarangan Egypt Bazar....  mcm ala-ala Petaling Street lerrr

Mana lagi kami g yek... hehehehe
HARD ROCK CAFE
Ni lagi satu hal.... pengembara tegar dan followers tegar HRC mmg kena layan...kalau tak dilayan majuk nanti.  Cari dalam google HRC nampak mcm senang jek.  Ia lerrr atas map bukan susah, ukur pakai jari pun mcm dekat jek.  Ala sekali tiup jek sampai dah. Hehehehe tu lerr yang AD cakap tu...terkadang tggk org lain merancang mcm senang jek, mintak ubah sana dan mintak tukar sini...tapi actual apa yang berlaku tak sama dengan apa yang dirancang.  Memang nampak dekat HRC tu tapi tak tahu lak dia nye "skala" bentuk mukabumi mcm mana kehkehkehkeh.  Memang tak jauh dari station tram yang kita berhenti tu, melintas jalan terus menghala ke HRC...TAPI dari station tramp tu nak sampai ke HRC punya lerr seksa.... AD boleh katakan kan bahwa HRC tu atas bukit nuh...nak naik  menghala ke HRC dengan kecuraman jalan 30 - 40 darjah mendaki tuh.... bertangga-tangga lak tuh.  AD pasti ada jalan lain tetapi memandangkan kita tak tahu dan tak nak bertukar-tukar tram...kita naik satu line jek.  Memang dekat dan pintas...cuma nak sampai tu ada 2 perubahan fizikal berlaku iaitu kepala lutut hampir tercabut dan lidah kalu ada tali pengukur pasti kepanjangan lidah dah berubah kehkehkehkeh.  Namun apa-apa pun we did it.  Kebetulan pulak malam tu ada rusuhan dan AD secara peribadi bertanya kepada pekerja HRC tu apa yang belaku? Mereka jawap, "dekat Ankara" ada letupan oleh puak yang tidak berpuas hati (ni politik lerrr ni)..maka rusuhan sampai ke Istanbul oleh parti yang tak berpuas hati.  Rusuhan depan mata beb...FRU punya lerr ramai nasib baik kita tak dirembatnya sekali...so, pekerja HRC nasihatkan kami tuk segera balik ke apartment apabila selesai membeli.


Akhirnya d hadapan HRC Istanbul, Turkey
HALF ASIA, HALF EUROPE
Ni pun Yeni Dogan yang bagi tahu beb.. Istanbul ni ada satu bahagian kalau kita menyeberang kita akan sampai di bahagian Asia dan Istanbul lak di bahagian Europe.  So, dia cadangkan naik lerrr feri pagi-pagi dan sarapan di Asia dan balik nanti makan tengahari di bahagian Europe....perhhhh bestkan boleh makan di dua benua yang berbeza.  So, kita cuba follow gek lerr advice Yeni tuh... jommm tggk apa yang kami buat...hehehehe.


Baru nak sampai ke pelabuhan Uskudar... ni bahagian Asia... touch down kat sini semata-mata nak breakfast jek beb smbil naik feri...hehehehe

Ni lak jembatan penghubung antara benua Eropah dan Asia di Istanbul... Sebelah kiri tu belah europah dan sebelah selatan tu belah Asia.  

Nampak tak gambar jembatan kat atas tu.. Bawah jembatan tu semua restoran berasaskan ikan.  Org kata kalau nak makan masakan Turkey ala nelayan gi lerr tempat ni.  Rega not bad mahal tapi orang kata nak rasa gi jek laaaa....



Ni semua muka tengah lapo...tunggu order tak sampai

Biasa lerrr Malaysian... sebelum makan ambik gambo apa yang ada atas meja...pas tu update fb...larikkk

Last sekali bila dah penat ronda sebelum balik umah kami mengidamkan makanan yang panas-panas berkuah.  Sepanjang berada di Turkey, kami tak habis-habis dihidangkan dengan kebab, chicken wrap dan entah apa-apa lagi lerrr..."Tak kuasa I" semua tu kering dan tak berkuah... I miss Malaysian foods ... sebelum me landing kan badan tuk hari terkhir sebelum balik ke esokkan harinya , kami berusaha juga cari makanan ala-ala Msia.  Tup-tup teringat si Abdullah (suami Yeni Dogan) akan masakan kaum Urgur muslim dari China...perhhh sure berkuah dan panas-panas nye... apa lagi, treasure hunt lerrr...alhamdullilah jumpa beb... masing-masing mcm lanun tak jumpa darat bila tggk makanan tu... heheheheh...jom tenggok apa yang kami makan...

Ni lerr makanan yang memang dicari-cari.... kehkehkeheh

Haaaa ni ler makanan yang kita carik... dah berabad lamanya kami mencari makanan mcm ni kat Turkey...tak jumpa beb. Last2 dah nak balik Msia baru jumpa... apa lagi.  Mcm lanun dah kenyang lerrr masing-masing bila keluar dari restoran tu.... Yo...yo ya hooo, kami semua penyamun...lalalalala.  Balik sambil menjinjing hasil "samun" (nyoping) yang berbondong-bondong banyaknya...maklum lerrr esok nak balik Msia dah... hehehehe.


KATA-KATA PENUTUP
Buat semua adikberadik MEC, Abg Duta selaku ketua recce memohon maaf banyak-banyak kalau kembara ni banyak kekurangan dan kelemahan.  Khususnya buat Abg Din, AD dah buat yang termampu tuk membantu abg Din merempit ikut kemampuan abg Din.  Buat yang lain-lain Abg AD dah tunaikan tanggungjawap abg AD tuk bawa gi dan balik dengan selamat.  Jaga mcm adikberadik abg AD sendiri... kalau ada permintaan yang tak tertunai tu...ya ampon ya...

Sebenarnya banyak lagi yang AD nak kongsi...namun semuanya terlalu banyak untuk dikenang dan dikongsi... AD kongsi apa yang patut jek laaa....Semoga kita ketemu lagi dalam explorasi yang lain dan terhanggat dipasaran...huhuhuhuu

Assalamualikum wbt.

"Ala kita kan Adikberadik"

~Abg Duta aka AD~











Sunday, 13 September 2015

EXPLORASI BUKAN UNTUK MENGUKUR UKURLILIT DUNIA

MUKADIMAH

SATU PEKARA yang AD nak kongsi dan ia juga mungkin boleh diperbincangkan dengan panjang lebar berserta alasan-alasannya.  Namun dalam semua persoalan yang memerlukan akal untuk berfikir jawapan tetap berpaksikan "it depends..." jawapannya tetap terawang-awang dan bergantung kepada seseorang.  Ia jawapan yang di anggap "selamat" untuk mengelakkan pergeseran pendapat serta bermuncung-muncungan demi menegakkan alasan masing-masing.  Jangankan pergi jauh, untuk mendapatkan kata sepakat dengan adikberadik dalam rumah tentang destinasi pelancongan juga membawa pertikaian apa tah lagi untuk mengjustifikasinya hehehehe.  Jangankan hal besar... nak dapat kata sepakat menentukan tarikh perkahwinan pun terkadang ada masalah apatah lagi menyentuh duit hantaran...larikkkk.  Perancangan biarlah teratur dan mencapai matalamat semua adikberadik yang mengikuti explorasi ini...




EXPLORASI DENGAN PECUTAN
AD sering ditanya oleh bakal para peserta akan explorasi yang mempunyai "ukurlilit" perjalanan yang cukup jauh dalam masa terhad.  Contohnya 8-10 hari namun diminta untuk explore 6 hingga 8 negara.  Dari France ke London - Netherland-Belgium-German-masuk ke negara-negara Balkan-Austria-Switzerland-Italy dan akhirnya kembali ke Paris France.  Ia merupakan satu jadual perlumbaan 1000 meter yang habis dibelasahnya satu pusingan padang.  Tentu meletihkan huhhuuhuhuhu.  Mungkin kita tak sempat nak melihat persekitaran apabila membuat pecutan dalam larian.  Yang kita dapat hanyalah sebuah rekod larian dan elemen kepenatan.  Kita tak sempat untuk melihat sekeliling dengan tenang kerana matalamat untuk mencapai di garisan penamat di dalam masa yang diberikan.  Apa yang kita dapat adalah "rekod" larian dan kenikmatan untuk melihat persekitaran terpaksa dikorbankan.

It takes some hours to explore - why rush : Mezquita Cordoba Spain
SECARA PERIBADI AD memang tak suka explore dalam keadaan tergesa-gesa.  Kerana "dah sampai dan buang duit tambang banyak-banyak kenapa tak merempit ke semua negara tuh" bagi AD itu bukan alasan serta keputusan yang bijak dan bukan juga satu alasan yang boleh dijadikan justifikasi kukuh untuk mencapai matalamat bagi menghalalkan cara.  Namun mereka yang membuat pelaburan tersebut pasti mempunyai alasan tersendiri. Ye lah...duit mereka sendiri... mereka mempunyai hajat dan objektif peribadi tersendiri.. mereka mempunyai tenaga sendiri, kenapa peduli?  Cuma AD rasa sangsi apakah matalamat explorasi mereka.  Nak cipta rekod explorasi dan dicatatkan dalam travelog peribadi dengan mengatakan "aku dah sampai kesemua negara tu" atau hanya untuk menunjukkan kepada yang lain "hey I was here".  Sedangkan aksi sebenar dalam gambar yang dirakam tidak seindah yang dipaparkan.  AD ada seorang rakan yang sedemikian... namun hakikatnya dia tidak dapat dan mempu memperjelaskan di dalam helaian kertas dan tulisan... semuanya "hilang".  Yang ada hanya lah memori keletihan yang amat sangat.


"I was Here" - Then what? have you covered everything? : Berlin German

SEPANJANG explorasi AD, AD sering menjadi pemandu kepada adikberadik dalam MEC (Malaysian Explorers Club). Pemanduan dalam kelajuan yang dibenarkan dan terkadang terkucil juga serta tak terlepas dari rekod pernah kena saman kehkehkehkeh.  Jarak kelajuan MPV yang pandu bukan sederas kereta api laju di China/Jepun/German/France/UK dan sebagainya.  Hanya dalam kitaran 100 - 130KM/HOUR.  Dan jarak dari satu tempat ke satu tempat tarikan atau homestay atau hotel memerlukan perjalanan antara 3-6jam.  Sudah pasti penat beb.  Para meter lawatan pulak hanya 2 atau 3 buah negara sahaja dalam masa 7 atau 8 hari. Itu pun dah cukup membebankan apa tah lagi pemanduan mengelilingi 7 atau 8 negara yang disebutkan tadi.

BERAPA LAMA nak menghayati keindahan serta beronok-ronokkan ditempat lawatan sebenar berbanding dengan masa yang dihabiskan dalam perjalanan.  Pengalaman AD ketika d dalam pemanduan. Boleh dikatakan penumpang akan "merasa lebih keletihan" dari pemandu kehkehkehkeh.  Malah pemandu tak sempat berdengkur tapi penumpang lebih kuat dengkurannya.  AD tak perlu buka radio kerana kesan radio yang sedia ada dah cukup klasik buat AD.  Mereka separuh mati kerana akal mereka dan roh mereka sebahagiannya dah terbang ke mana-mana.  Bila dianggarkan betul-betul selama 8H7M tu, pelaburan mereka habis dibayar untuk membayar kepenatan dan tidur disepanjang perjalanan.  Hanya 1 atau 2 hari sahaja digunakan atau dimenafaatkan sebenar-benarnya ketika sampai di detinasi lawatan.  Itu pun dalam kedaan tergesa-gesa even tak sampai pun satu jam kemudian bergerak semula ke destinasi baru.  Sepanjang perjalanan kita hanya mampu sama ada melihat pokok bergerak atau melihat kereta yang bergerak ... bergantung dengan mainan imejinasi akal.  Hakikatnya semuanya serupa kecuali jemaah yang berada di dalam kereta pandai membuat "lawak seram" huhuhuhuu.  Kalau mempunyai jemaah di dalam kereta yang beraksi seperti kekasih yang baru bertengkar maka perjalanan itu seolah-olah seperti perjalanan mengiringi jenazah...senyap dan sunyi.

JALAN atau HIGHWAY di europe keadaannya tak sama seperti highway di Malaysia.  Dalam hal ni AD puji highway kita yang cukup cantik dengan disediakan banyak kemudahan di RnR.  Berbaloi lerr kita bayo toll mahal-mahal..  Kalau di europe semuanya berbeza.  Sebaut jek macam RnR... hanya sebuah petrol pump dan mini market sahaja yang menjual barangan yang cukup asas.  Makanan...emmm tenggok jek la dan kalau bernasib baik jumpa lerr makanan yang kedudukannya bersebelahan dengan makanan berperisa babi...larikkkk.  Tu pun berhenti sekadar nak mensucikan diri dari najis di dalam perut atau melaksanakan solat jamak bagi memenuhi tanggungjawap diri sebagai muslim.  Selebihnya terkejar-kejar untuk sampai ke destinasi seboleh-bolehnya sebelummatahari tenggelam.  Cukup padat dan penat...


Exit Highways To Chamonix France

EXPLORASI DENGAN SANTAI

AD dah terbiasa dengan method perjalanan AD yang mempunyai para meter yang pendek tapi "details".  Pun begitu AD akui ia bukan lerr sesuatu explorasi yang terbaik.    Ibarat berjalan di dalam lingkungan 100 meter di dalam taman sambil berlenggang lengguk.  Pasti mendamaikan dan banyak ruang.  Boleh melihat keadaan sekeliling dengan jangka waktu yang tidak "memaksa" sama sekali.  Ambil lerrr seberapa banyak waktu yang boleh untuk berguling-guling di atas padang dan tukar ler seberapa banyak memory card camera yang kau orang suka.  Buat lerr selfie dan panjat lerr mana-mana tiang yang kau rasa selamat untuk dipanjat dan lompat le setinggi mana yang boleh bagai "Kijang mabuk ketum" agar memori yang nak dirakam boleh ditunjukkan kepada 7 keturunan sbb itu lerr harga yang telah dibayar.

EXPLORASI MEC mempunyai latarbelakang umur dan jantina yang berbeza dan bukan mudah nak menyesuaikan dengan selera mereka semua.  Dari bab keperluan amal ibadah, makan, tidur hinggalah ke soal-soal shopping.  Jika kita berjalan, kita hanya ingat diri kita dan rakan-rakan namun golongan otai ni ni akan ingat anak dan cucu segala bagai.  Ye...keperluan berbeza dan bergerk dengan cara berbeza dengan tenaga berbeza.  Bagaimana lah rasanya jika golongan ini mengikuti explorasi yang begitu "rushing" dan tergesa-gesa agaknya.  Kalau golongan muda pun tidak mampu mengikut rentak dan gaya apa tah lagi golongan yang jalan "slow motion" ni... pasti ia memerlukan kesabaran yang amat tinggi.  Namun AD dah biasa semuanya dan hanya memberi mereka masa dan waktu untuk berjimba mengikut keselesaan mereka.  Yang muda dan remaja ... gi ler ke mana-mana yang dia suka asalkan kembali ke tempat yang dijanjikan.


Otai - Ini ler masanya mereka menghidupkan memori lama
APA YANG SEBENARNYA dicanang tidak menepati kehendak semasa.  Setiap dari perjalanan kita mempunyai cereka tersendiri.  Jangan menjanjikan pengalaman dan jangan janjikan di dalam perjalanan itu satu peradapan seandainya rancangan yang diatur tidak mampu memberi pengajaran sebaiknya.  Satu-satu perjalanan berkumpulan mempunyai visi dan misi yang berbeza dari perjalanan perseorangan.  Menafaatkanlah perjalanan itu bukan dari segi jarak waktu dan bukan juga dari jarak ukurlilit kawasan.  Tapi, menafaatkanlah ia agar kita lebih mengerti dan memahami daripada menjadikan akal kita berkerja tanpa ada nikmatnya (keletihan)

AD bukanlah seorang explorer yang terbaik namun ingin menjadi terbaik dalam penghayatan kembara sebenar...

"Ala kita kan Adikberadik"

~Abg Duta~






Friday, 11 September 2015

BANYAK BERJALAN LUAS PENGENGETAHUAN

BANYAK BERJALAN

Banyak berjalan...
Banyak berjalan bererti sel-sel otak juga akan turut berjalan beb.  Kesemua pancaindera juga akan berkerja.  Message yang disampaikan ke pancaindera akan dianalisa oleh otak dan akan berkerjasama dengan hati bagi pekara-pekara yang berkait dengan jiwa, roh dan emosi.  AD ni bukan terror nak ber blog-blog ni dan tak pandai juga untuk menulis dengan gaya penulisan seorang wartawan journalist mahu pun penulis cerpen atau novel... Nak santai-santai boleh ler... cuma message yang AD nak sampaikan adalah soal tamadun serta peradapan juga nilai sikap (ATTITUDE) bangsa.  Pun tak de lerr AD nak mempertikaikan soal itu semua dan memperlekehkan bangsa dan negara sendiri...BANGSA MALAYSIA dan NEGARA MALAYSIA... namun hakikat sebenar harus ditelan jika kita inginkan kebenaran.  Tak semua pekara yang dibawa oleh barat tu elok beb...banyak cacat celanya... orang kata benda yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk itu jadikan sempadan.

Banyak berjalan....
Kat negara europe ni rata-rata negara dia amat bersih beb.  Tak tahu pendidikan apa yang dia orang dapat sehingga setiap masyarakat negara dia orang amat menyayangi landskap kebersihan dan menganggap bahawa halaman rumah dan landskap kejiranan harus bersih dan cantik.  Dari kawasan bandar sampai lerrr ke kampung yang berada di "outskirt".  Pun tak dinafikan bukan semua penduduknya "malaikat" yang sentiasa patuh... ada juga soal kekotoran namun peratus kekotoran itu boleh diukur dengan angka yang sungguh kecil.  Jarang kita lihat plastik-plastik bungkusan, potong/puntung rokok, tin minuman atau apa sahaja lerr yang bergelar sampah ditepi-tepi jalan.  Cuba kita bandingkan lak negara kita hehehehe.  Tepi hutan atau jalan yang jarang dilalui oleh kita pun terkadang boleh terjumpa putung rokok dan bekas bungkusan tea tarik.  Apa tah lagi tempat tumpuan hehehehe.MENGAPA yek?

Banyak berjalan....
Negara europe pun banyak kereta beb... sesetengah jalan dia lagi kecik dari jalan-jalan kampung d Msia.  kalau masuk Paris, Brussel, Amsterdam, Frankfurt, Berlin, Madrid juga kebanyakkan kawasan outskirt dan negara-negara europe,  memang padat dengan kereta.  Jangan kata lak sistem pengangkutan dia orang "mabeles". Betul... memang "mabeles" taoi sesuai juga dengan kepadatan penduduk mereka.  Juga kenderaan di  bandar masih kekal banyak .  Yang menghairankan AD... sukar nak tenggok kenderaan mereka yang memotong di laluan kecemasan bila jem teruk.  Nak tenggok sikap orang Msia memotong di laluan kecemasan, tenggok masa jem di highways ketika musim perayaan atau masa "x-siden"... "kompom" beb...lane kecemasan menjadi mangsa pemandu-pemandu tak beradap dan kurang mendapat pendedahan sivik.  Kalau x-siden lak...tak tahu apa sebabnya lalauan traffic pelahan kat Msia sedangkan x-seden tu berlaku di bahagian jalan yang bertentangan. Kat europe..? kau tak nampak bila berlaku x-siden jem berjam-jam beb.  Laluan tetap lancar wpun agak pelahan.  Kat europe?... kau tak akan nampak mereka memotong atau menggunakan laluan kecemasan beb, ... beratur ler sepanjang jalan dengan sabar walaupun hati panas.  Satu contoh yang baik beb.... Suatu ketika musim hujan renyai, AD memandu di German.  Ada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi melalui jalan yang sama.  Traffic Light lebih kurang 50 meter di hadapan dan mereka ni tetap beratur sehingga lampu bertukar hijau.  Nampak macam orang bodoh beb sbb kita di Malaysia dah terbiasa penunggang motor ni pasti mencelok untuk pergi di barisan hadap.  Sebahagian juga mencelok sehingga kena pada cermin kereta kita.  Kat sana AD tak nampak mereka mencelok... tetap beratur seperti kereta juga. MENGAPA yek?

Banyak berjalan...
Orang-orang eropah boleh dikatakan baik-baik walaupun agak kelihatan seperti selfish.  Mengapa AD katakan selfish...sbb mereka jarang bersembang seperti kita.  Mereka dengan dunia mereka dan mereka dgn keluarga mereka.  Kehidupan kejiranan juga (bersembang-sembang) seperti tidak ada.  Sebab itu AD suka ke out skirt sikit tuk melihat cara hidup kejiranan mereka.  Kalau di bandar tak nampak sangat sebab manusia sering mundar-mandir berjalan laju.  Di mana-mana kota kalau kita g, kita akan tenggok species mereka ni jalan laju.  Mereka fokus dan tidak berlenggang kangkung.  Berbeza dengan orang Msia.  Kita kat sini dah biasa lenggang kangkung kalu berjalan beb.  Budaya ini juga kita bawa bila ke negara mereka.  AD sering membawa kumpulan yang AD gelarkan "Adikberadik" ini dalam explorasi AD dan AD juga sering terserempak dengan rakyat Msia dari kumpulan lain di bandar-bandar besar seperti Berlin, Paris, Amsterdam, London, Hamburg, Madrid dan lain-lain.  Bila mereka pergi dikhalayak ramai seperti street tu shopping...penuh satu jalan dia cover beb sambil buat window shopping.  Jalan pelan-pelan sambil menghalang laluan.  Kalau kat Msia ok sebab rentak dan cara berjalanan ke atas semua rakyat Msia mempunyai momentum yang sama beb.  Kat sana tak boleh...kalau nak jalan pelan-pelan, jalan lerr dalam bentuk berjajar atau barisan.  Mereka jalan laju beb...mungkin nak sampai ke destinasi cepat.  Tak caya g lerr ke pasar malam atau mana-mana shopping kompleks kat Msia ni.  Juga cuba pergi pulak ke negara2 dia org ni...selalu jek kena langgar dari belakang...kehkehkehkeh.  Kat kampung lak, senyap sunyi beb...langsung "mati", kat bandar / pekan lak kalu musim bunga kul 6.00ptg dah gelap.  Malam-malam pun sama.  Tak ada orang mundar mandir mcm kat Msia.  Kedai dah banyak tutup kecuali pub dan coffee house.  Kaki "nongak" boleh lerr masuk pub hehehehe.  Kalau kat Msia, 24 jam beb... Mamak selagi boleh buat duit dia akan buka...kalau lerr jam tu ada 36 jam sehari dan bukan 24 jam seharai...dia akan buka.  Namun yang peliknya negara mereka tetap memperolehi pendapatan seisi rumah yang masih tinggi dari negara kita.  MENGAPA yek...?



Friday, 23 January 2015

CAMERA, PHOTOGRAPHY, EXPLORASI DAN TRAVELLING



ASSALAMULAIKUM dan salam sejahtera,

DAH TERLALU LAMA rasanya AD tak menulis dalam blog ni.  AD tak le terror sangat bab nak buat blog ni tapi setakat nak merapu boleh le apa tah lagi pengalaman serta catatan memori dalam otak AD ni lama kelamaan kian lemah... mcm bateri hand phone le... kalau dah lama kian kurang powernya.  Sebelum AD lupa semua tu, baik apa yang AD catat dalam buku kecil AD, AD "publish" kan kat sini.  Tuk tatapan AD dan juga mereka yang sudi membaca kehkehkehkeh.  

Tinggal kenangan...Alfateha
AD memang minat dengan photography namun dahulu kamera menggunakan operasi manual dan filem berbentuk "roll filem".  Bukan macam sekarang semua digital.  Susah sangat nak memahami kaitan antara "Aperture, ISO, Shutter"... tu yang pening sikit tu bagi orang yang buta teknikal mcm AD ni kehkehkeh.  Namun explorasi percutian dengan kamera sebenarnya tidak boleh dipisahkan kerana kedua-duanya saling memerlukan.  Lalu AD memberanikan diri berguru dengan "Pak Wan" (Allahyarham Ridzuan), otai yang tak asing lagi dalam dunia photography.  Pak Wan memang legend beb... dia guru yang mengajar tak suka "short cut".  Habis dibelasahnya kita untuk memahami fungsi cahaya.  "Kalau kita tak faham fungsi cahaya, kita akan buta seperti mata...gelap jek.  Kamera pun mcm tu...klu kita nak rakam dan nampak gambar yang cantik, kita kena faham fungsi cahaya" Katanya.... Bermula le AD belajar cahaya dari sebatang lilin dari Pak Wan.  Memang jenuh ler dengo dia membebel tapi kau pasti puas hati beb, cara dia memang klasik tapi kau akan faham sampai bila-bila.  Dia treat kau macam ajar anak-anak dia. Cara pemikirannya tak sama macam guru-guru photography sekarang apatah lagi dia tu dah lama jadi "journalist Photographer'.  Terima kasih Pak Wa...Al Fateha..


AD tak le legend sangat bab photography ni tapi apa yang AD belajar dan konngsi ni adalah tips yang sama seperti tips photographers legend yang lain bagi.  Namun AD hanya fokus kepada travelling photography kerana ia berkait rapat dengan minat AD tuk explore bumi Allah ni.  Diperturunkan 10 asas tips yang berguna (ianya lebih) oleh travellers photographers yang sempat AD baca:-

1) BANGUN AWAL (Get up Early)

Early morning blue sky @ Lake Annecy France
Ni adalah satu rukun asas tuk mendapatkan moment yang menarik disebabkan pencahayaan dan suhu dalam keadaan yang amat sempurna.  Seelok-eloknya satu jam selepas matahari terbit dan satu jam sebelum matahari terbenam.  Satu kondisi yang amat cantik.  Tapi kalau org macam AD ni...belasah jek cuma tak le dapat gambar yang menarik seperti photographers professional tu beb.  Kalau nak tunggu waktu yang dicadangkan tu... moment di antaranya kita terlepas kehkehkehkeh.






2) BUAT SEDIKIT RUJUKAN (Do research)


Neuschwanstein Castle, Bavaria German

"Don't leave to chance and learn as much as you can about the place you are about to travel.  The more you know, the more "intelligent" your images will be"

Banyak tempat yang kita kerangka nak g, sepatutnya dari umah lagi kita dah visualize apa yang kita nak tangkap kecuali tu tempat pertama kita nak g...klu first time, kita tak tahu le keadaannya macam mana.  Tempat ni sebagai contoh...waktu ambik adalah first time sampai...jadi nak cari angle tak tahu dari mana...so, belasah jek la kehkehkehkeh











3) KEMAHIRAN KAMERA (Learn your Craft)

"Don't waste your expensive travelling time on learning how to operate your new camera, lens or flash...do it at home"


Relax la beb..AD "action" jek tu...kehkehkeh
Relax la beb...kalau kau benar-benar minat moment atau kenangan travel yang kau nak sangat dikenang dan dirakam...buat betul-betul la beb.  Sebab kau bukan selalu nak pergi tempat tu, banyak lagi tempat yang kau nak gi. Rakam apa yang kau nak rakam. Apa tah lagi kalau kau berhajat nak buat "Travel Log" kau sendiri.  Pasti kau nak letak gambar yang cantik-cantik.  Bukan macam AD... suka-suka jek.  Ni buat blog pun sebab AD nak inspire orang lain travel dan tangkap gambar kehkehkehkeh. AD ni suka motivate org jek namun AD juga perlu bermotivasi nak buat benda yang sama supaya org yang termotivasi melihat "mentor" bergerak seiring dengan apa yang dia kata...

Jangan buang masa belajar nak tggk "setting" kamera waktu travelling... buang masa beb. Pengalaman AD le bila explore dan travel ni...mamat-mamat dan minah-minah ni selalu tanya bila time nak ambik gambar..."AD kalau kat sini, nak guna Aperture ("f" atau sesetengahnya "A") berapa, ISO berapa, dan shutter berapa...hehehehe, mana AD tahu kehkehkeh.  Sebab tu AD suruh iqra' dan belajar sebab setiap gambar yang kita nak ambil "bacaan" berbeza mengikut pencahayaan kat situ dan fokus yang diambil.  Bacaan meter kamera pun tak sama walau pun AD ambil ditempat yang sama.. Setiap kamera ada setting tersendiri.  Mahu tak mabuk ketum dibuatnya kalau AD yang menjadi peminat Canon ni tggk mesin Sony atau Nikon atau lain2 mesin kamera...kehkehkeh.  Belajar ler dik.  Kalau kita tahu asas kamera...letak ler di tempat gelap macam mana pun...gambar pasti cun... klu tak cun...kita jek yang cun...hehehehe.  Kita akan jimat masa kalau skill camera kita bagus... bila sampai tempat tu snap jek... bagi yang malas lak... setting Auto menyelamatkan kita... nak cepat lagi handphone "bodoh" kita pun boleh menyelamatkan...namun kita tak dapat lerr gambar yang kita nak ikut ilusi minda kita...setakat ni Digital Camera (DSLR) still the best...belajo yek, kamera tak semestinya mahal...skill tu yg perlu mahal terutamanya cara komposisi yang kita ambil... Rugi beb, g jalan jauh-jauh dan banyak belanja...gambar semua blurrr dan tak menarik..

Yang paling best, g belajar dengan photographer dan travel dengan photographers...dia akan ajar secara tidak formal dan kita akan belajar secara tidak formal dengan menggunakan 6 pancaindera kita...tenggok mcm mana professional photographers handle things.

4) "PORT" BAIKkkk PUNYA..(Choice the Right Lodging)


Dah tak de tempat tinggi lagi dah.. ni le yang mampu AD g..kehkehkeh

Kalau kau ada peluang ler beb, kau cuba pilih pengginapan / hotel ditempat yang paling tinggi untuk mendapatkan "bird eyes" sbb kalau kita duduk di tempat yang paling tinggi, view kita pun luas beb. Macam kau duduk di dalam "bilik termenung"... luas ke sempit pandang kau berbanding kau duduk di ruang tamu...macam-macam kau boleh tenggok kehkehkehkeh (perumpamaan boleh blaaaa).  Kalau kau tak de peluang duduk di hotel/pengginapan yg berada di kedudukan tinggi...kau cuba cari masa tuk gi ke kawasan tinggi... kau pasti mendapat kepuasan melihat tempat tu dari perspektif yang amat luas.  Percayalah moment kau akan lebih bererti dan menarik... Jangan ikut AD, nak bawa perut pun tak larat...hahahaha. menapak jek la kat mana yang mampu.



5) PERAMAH LE SIKIT (Say Hello and be human)




Awek ni pandai cakap melayu Indonesia beb..

Belajar le local nye language sikit-sikit khususnya greeting asas macam "Hello how are you, comment allez-vous (france), wie geht es dir (German), come stai (Italy), hoe gaat het met je (Dutch) dan sebagainya.  Ia akan menunjukkan satu penghargaan dan senyuman bagi mereka... relax la beb. Dia org pun mcm kita gek, peramah beb...mcm mat salleh tegur kita dalam bahasa melayu...kagum kan... dia org pun mcm tu.  Kalau kita peramah dengan dia org, banyak tips tempat menarik dipersekitaran yang dia orang boleh bagi dan kita pun boleh tangkap gambar dia org bersama kita.  Kalau kita nak tangkap gambar aweks kat situ, dia org pun suka... tapi semua ini tak le dipastikan berjaya...kena tenggok keadaan ler mcm org kita selalu sebut "Peramah biar bertempat" kehkehkehkeh.  Macam AD g Italy, guest house tu sambut kita dengan perkataan "Apa kabar dan selamat datang"... eleh, dua ayat tu pun dah cukup membuat kita tersenyum sedangkan dia pun gi google translate kehkehkehkeh.




6) EXPLORE PERSEKITARAN SERTA BUDAYA (Feel The Place)
"Photography is not only about visual inspiration. Try the local food, smell local markets and hear local music.  This will make you to better understand the stories about the place"

Beb, betul beb walaupun terkadang kita in hurry atau rushing... terutama yang ikut travel agency, yang ikut AD pun sama kehkehkehekeh cuma bezanya lebih santai dari travel agency lerrr sbb masa kita sendiri control.  Tapi yang ikut travel agency tu lagi sikit ada terkejar-kejar lerrr sebab apa...dia nak kejokan trip 6 negara 7, 8, 9, 10, 12 entah berapa negara tak pasti.  Apa yang dia nak kejokan AD pun tak tahu.  Tak pe la masing-masing nye cara...AD respect jek sbb you have your own ways and I have my own too... I respect yours.  Cuma kalau dgn Malaysian Explorers Club (MEC) ni...kita santai sbb stering (mcm ni kot ejaannya) kereta tu AD dan kita yang pegang...pandai-pandai ler kita nak set atau atur masa santai kita sendiri ikut mutual agreement kat sana... Jangan kalang kabut beb, rugi namun dalam masa yang sama jangan santai beb sebab perjalanan dari satu tempat ke satu tempat agak jauh...Klu terlalu santai nanti sampai ke destinasi seterusnya lewat malam.  Walau pun santai tapi "time" nak kena jaga beb sebab dengan cara ini sahaja keseluruhan trip akan success.

Cari alternative yang paling bagus agar kita tak melanggar hukum syariaat Islam khususnya bab2 makanan beb.  Wpun kebanyakan negara tu pengganutnya bukan muslim, namun kita ada pekara-pekara yang tertentu untuk menjadikan ia harus boleh dimakan. Namun kalau banyak sangat "was-was" tak yah le makan...kehkehkeh.  Kalau gi Italy, AD nak cuba pizza kali ni...pizza vegitarian lerrr. Yag lepas hanya tggk kekawan melantakkk jek.... hahahaha..  Jangan lupa tangkap landskap bangunan, cara hidup dia org, budaya dia orang dsb nye yekkkk.  Banyak benda yang kita boleh belajar dari dia orang terutamanya bab kebersihan umah dan persekitaran... 




















Look around make you understand

7) JANGAN HANGKUT "PETI AIS DAN DAPUR" (Travel Light)
"Don't take your entire house with you"

Relax la bro...walaupun too eager to hunt scenery and moments.  Do not bring your entire gears (camera gears) into your luggage.  AD selalu bawa tele zoom satu dan dah semestinya 70 x 200 with f2.8 hehehehe...ala tu je pun yang AD ada.  bawa prime lens satu, dan wide lens satu... kalau malas sangat bawa 3 in 1 jekkk cukup lerrr.  AD baru beli satu f3.5 - 5.6 18x135mm... rengan kan.  Bergantung dengan konsep photography apa yang kau nak ambik.  AD suka candid camera sebab tu bawa yang panjang tu...org tak sedo AD ambik... dosa tau tak mintak izin kehkehkehkehkeh.  Wide lens ni sbb AD suka ambik panorama landskap dan yg terbaru 18x135 tu sentiasa ada kat body... nampak kelibat jek zassssss... kehkehkehkeh.




8) JANGAN KALANG KELIBUT BEB (Don't try to get it all in once)


Tanya.. malu sesat jalan..
"Don't try to see everything on your limited time.  It is much smarter  to get better understanding about each place that you visit"
Relax la beb... take your time to see the moments from your own perspectives.  Don't be hurry dan jangan slow sangat...kompos betul-betul dan snap gambar betul-betul...kau akan dapat apa yang kau nak dan bila balik nanti kau akan inspire org lain dengan cerita dalam gambar kau...gambar kau sendiri akan bercerita...ko duk diam jek...kehkehkeh.








9) EXPLORE PELAHAN-PELAHAN (Travel slow)
Kalau kau ada pilihan, travel le dengan orang yang tak mahu kalang kelibut.  Kalu kau boleh travel seorang-seorang...gi laaa tapi kau mesti berhati cekal kehkehkehkeh.  Kalau pempuan lak (aku nasihatkan jek), jangan nak tergedik-gedik travel seorang.  Risiko tinggi beb... Ada org cakap dengan AD (traveller pempuan lerr ni).."Ala selama ni ok jek aku travel seorang-seorang"...tak tahu le dik non...terpulang lerrr. Nama pun nasihat kehkehkehkeh.... kau tak tahu apa yang ada dalam kepala setiap lelaki .... (tak semua la yek).  Kalau lah kau diberi kelebihan dan boleh membaca disetiap ruang cortex otak lelaki tu... kau pasti fikir dua kali sebelum kau cakap macam tu...(Jahat nye aku, bagi prasangka lak kat perempuan pada lelaki).  Yang bagusnya kalau trip tu trip ala "adikberadik/kawan-kawan/sepupu sepapat" dan sebagainya yang mana dalam group tu ada leader yang boleh diajak berbincang dan santai...itinerary boleh diubah mengikut keadaan dan keputusan boleh dibuat secara bersama asalkan parameter perubahan tu tak jauh dari plan asal... tu ok.  Luas sikit skop explorasi kita dan banyak moments boleh diambil.  Namun kalau kita ikut trip agencies yang dah disusunatur...kehkehkeh. Dapat berhenti satu tempat kemudian sempat tangkap gambar bawah tiang lampu jek la yang ada signboard tempat tu kehkehkehkeh...pas tu zassssssssssssssss.  Dengan AD dan MEC...kita sentiasa memberi ruang kepada pindaan yang mampu buat dan boleh buat...klu pindaan tu tersasar jauh susah sikit lerrr nak ikut

Nak moments lagi bagus...naik train/bus/teksi tapi masa susah nak atur sebab kena ikut masa dia org (train/bas/teksi).  Terkadang banyak masa terbuang kerana masa menunggu dan kos yang susah nak agak.  Silap hari bulan kos akan jadi berlipat kali ganda... sedangkan waktu cuti kita bukan banyak sangat dan kalu boleh kita nak menafaatkan secepat mungkin dan sebaik mungkin.  Ikut trip driving sendiri yang paling bagus...


10) JANGAN JADIKAN BANYAK ALASAN (Stop with the excuses)
Kalau nak dapat moments yang cantik dan kenangan yang banyak...berhenti dari memberi banyak alasan.  mana ada org nak kan sesuatu tanpa pelaburan awalan beb.  Kau nak minum pun kena ada effort tuk g dapur, ambil gelas dan tung air dalam gelas... tu belum lagi pegang gelas dan sumbat air tu dalam mulut kehkehkehekeh.  Kalau bagi banyak alasan seperti..."mana aku ada duit nak beli DSLR, mana ada org nak sponser aku travel, susah ler travel sbb aku tak biasa keluar Msia, aku takut lerr, mak tak bagi, tunang tak bagi, kucing tak bagi, teddy bear tak kasi aku gi" dan sebagainya.  Berhenti lerr dari bermimpi nak travel...baik buat keje lain yang kau suka dan kau jangan lak gedik-gedik jeleskan org yang g travel...AD pernah terbaca orang yang travel siapkan satu tabung khas tuk travel beb...  Travel ni bukan untuk orang kaya jek beb sekarang ni...tapi untuk orang yang tahu menghargai diri sendiri, nak reward diri sendiri serta impiannya walau "sesengkek" mana sekali pun dia... tetap dia tanamkan azam dengan merancang .... tak kira dengan cara macam mana sekali pun.  AD pernah bawa org seperti itu... insyallah AD jaga dia agar dia kembali ke Msia selepas ikut AD dengan keadaan tersenyum... Ala kita kan ADikberadik kehkehkehkeh.  Malah gambar-gambar yang AD tangkap tuk dia semua AD bagi dia...


Lain-lain tips...iqra' beb...banyak dan melambak dari majalah-majalah dan internet...pengetahuan hanya dihujung jari anda sahaja..

Wassalam, nanti AD kongsi cerita lain lak ye...





Thursday, 27 September 2012

EKSPLORASI EUROTRIP 2, 4 - 12 MAY 2012 France, Switzerland Dan Italy

(KLIA to Paris, France May 04, 2012)
4 - 12 May 2012, merupakan satu tarikh "keramat" bagi penulis.  Satu lagi catatan drama kembara penulis yang boleh "difilemkan" bagi melengkapkan lagi sejarah pendek kehidupan penulis di muka bumi ini.   Tanpa dirancang, keputusan untuk mengikuti rombongan kembara ke bumi europe di buat seminggu sebelum berlepas.  Itu pun setelah diberitahu terdapat satu kekosongan yang boleh diisi.  Tanpa membuang masa, penulis terus melihat tiket penerbang ke Charles De Gaulle Airport, France.  Alhamdullilah, masih ada kekosongan dan kebetulan Malaysia Airlines System (MAS) memberi potongan harga yang menarik untuk pergi dan balik.  Akhirnya pada 4 May 2012 bermulalah perjalanan penulis meniti altitude dan longtitude ke France seperti yang dirancang.  Seramai lebih kurang 18 peserta menyertai kembara yang panjang ini bagi meneroka bumi France, Switzerland dan utara Italy.

Perjalanan yang mengambil masa 12 jam begitu meletihkan.  Namun gambaran yang diberikan tentang keindahan bumi europe sedikit sebanyak menghilangkan rasa kebosanan, yang ada hanyalah perasaan tidak sabar untuk menatap setiap sudut bumi eropah.  Apa tah lagi seminggu sebelum berangkat ke eropah banyak buku dan makkumat yang berkaitan yang di explore melalui internet sudah disimpan dengan rapi di dalam kotak minda penulis.  Sampai sahaja di Charles De Gaulle Airport, France, kami terpaksa menaiki shuttle ke main terminal dan kemudian berjalan kaki untuk memasuki kawasan pemeriksaan Imigresen.  Kami tidak menggunakan laluan utama terminal disebabkan oleh kerja-kerja pembaikpulih dan pembesaran kawasan terminal.  Setelah selesai melalui kawasan pemeriksaan Imigresen, kami terus keluar untuk mendapatkan bus terminal yang membawa kami ke Hotel F1.  Walaupun kami sampai di Paris pada waktu tengah hari namun cuaca di Paris ketika itu sejuk dan dingin.  Walau pun panas terik namun ia tidak sempat untuk menjamah kulit kami disebabkan cuaca sejuk mendominasi cuaca di Paris.



(Hari pertama menjejakan kaki di Paris International Airport)

Benar kata orang, bila kita pergi ke tempat orang semuanya cantik... longkang pun cantik dan tong sampah pun cantik.  Ala maklumlah segala-galanya berbeza.  Begitu juga bila mereka ke tempat kita dan melihat suasana yang berlainan dengan apa yang ada di tempat mereka.  Semuanya juga cantik, sungai Klang yang kotor juga mereka anggap menarik.  Itu lah tanggapan saya sebagai penulis.  Tenggoklah karektor dan kerenah kami ketika di tempat asing, penanda peraturan lalu lintas pun "jadi"... kami jadikan sebagai dekorasi untuk kami menangkap gambar... hehehehe memang lucu.





(the Château de Versailles palace)
Destinasi kami selepas kami meletakkan barang di hotel adalah satu kawasan istana lama iaitu "the Château de Versailles".  Sepanjang di Paris, kami hanya menggunakan pengangkutan awam iaitu keretapi.  Ianya lebih murah iaitu dengan mengambil pas harian, cepat dan juga efektif. Difahamkan bahawa istana lama ini pada asalnya merupakan kawasan persingahan raja Perancis suatu ketika dahulu ketika berburu namun ia dijadikan Istana kekal dan kemudian dijadikan pusat pentadbiran kerajaan suatu ketika dahulu.  Di belakang istana tersebut terdapat satu taman yang cukup luas dan cantik.  Ia juga dikatakan dikekalkan sejak dari pemerintahan di-raja sehingga kini.

(Main Entrance the Château de Versailles)
Yang menariknya ketika kami berada diluar pintu masuk istana terdapat warga Prancis (saya kira mereka pendatang asing dari Nigeria) yang sebuk menjadi "ulat" menjual cenderahati.  Apabila mereka melihat kumpulan kami mereka terus menawarkan barangan mereka kepada kami dengan menggunakan Bahasa Malaysia seperti "selendang", "murah-murah", "10 Ringgit" dan beberapa perkataan yang lain.  Ini menunjukkankan bahawa selama ini mereka kerap menerima kehadiran pelancong dari Malaysia, Indonesia dan Berunai sehingga mereka boleh menuturkan beberapa perkataan di dalam bahasa Melayu.  Betapa mewahnya rakyat Malaysia melancong sehingga dikenali diseluruh dunia.  Malah ketika lawatan pertama penulis ke Paris pada 2010 dahulu, terdapat seorang warga Perancis keturunan Nigeria yang fasih bertutur di dalam bahasa melayu.  Menurutnya, dia pernah tinggal selama 5 tahun di Sabah.  Sebagai rakyat Malaysia, penulis cukup berbangga kerana ditengah-tengah kota Paris yang maju ini masih ada warga asing yang boleh bertutur di dalam bahasa melayu dengan baik.  Namun hakikatnya kita sebagai rakyat Malaysia begitu tidak bersungguh-sungguh mempelajari serta bertutur dengan baik di dalam bahasa kebangsaan ini dan lebih selesa bertutur di dalam bahasa Inggeris walaupun dengan rakan sebangsa sendiri.  Sedangkan di bumi Perancis, German, Netherland dan semua negara di eropah, kebanyakan mereka lebih suka bertutur di dalam bahasa mereka ketika berjumpa dengan kita... kita pun belasah je la dalam bahasa Malaysia.  Itu lebih baik bagi mereka.

(Mengambil peluang bergambar dihadapan Istana)
Kunjungan tidak akan bermakna jika tidak dirakam dengan baik.  Ia bagi membuktikan "we were there" and "I was here".  Kami pun bergambar beramai-ramai agar plot cerita ini dapat dikupas dikemudian hari.  Memandangkan banyak lagi tempat di kota Paris ini yang perlu diexplore, kami hanya menghabiskan masa lebih kurang 1 jam di sini dan kemudian kami bergegas ke tempat lain di tengah-tengah kota Paris.  Untuk bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan tidak la susah di kota Paris ini cuma kita terpaksa berpusu-pusu dan cepat menaiki keretapi memandangkan ramainya penduduk Paris. Jika terlambat masuk, keretapi akan bergerak dan jika tidak berhati-hati kita akan terpisah dengan rakan-rakan yang lain.  Sebab itu sebelum menaiki keretapi kami akan memaklumkan destinasi kami kepada semua ahli (maksudnya perhentian keberapa kita harus berhenti).  Ini bagi memudahkan ahli seandainya terpisah nanti dan sudah tentu kami akan menunggu di perhentian yang dijanjikan. 

6 May 2012, 8.00pagi waktu tempatan.  Perjalanan dari hotel ke selatan France pasti meletihkan.  Jarak di antara 566km dan mengambil masa lebih kurang 6 jam merupakan satu perjalanan yang pasti memenatkan terutama kepada abang-abang pemandu (hehehehehe).  namun sangkaan kami meleset, perjalanan yang jauh ini benar-benar mengujakan dan ramai di antara peserta yang tidak tidur pun bagi menjamah pemandangan bumi eropah yang mempunyai bentuk geograpinya yang seluas mata memandang.  Kurangnya bukit bukau dan hutan tebal, kurangnya semak samun seperti hutan tropika.  Yang ada... yang ada hanyalah hutan pokok pine yang bersih di dasarnya, yang ada hanyalah ladang tumbuhan sejenis tumbuhan yang dipanggil "camelina oil plants" yang diproses menjadi minyak masak. Sungguh cantik... bagaimana mereka terpegun melihat kehijauan sawah padi begitulah kita yang teruja melihat dataran kuning seluas mata memandang.  Pada mulanya kami tertanya-tanya pokok apakah yang begitu banyak ditanam dibumi eropah ini.  Rata-rata sepanjang perjalanan kami di bumi eropah hanya pokok ini sahaja yang kelihatan seperti mana kita melihat bumi jelapang padi di Kedah.  Setelah membuat sedikit kajian di internet baru kami tahu bahawa inilah pokok "Camelina" yang menjadi salah satu sumber tanaman utama di bumi eropah. Sebelum ini penulis pernah menjelajah bumi Frankfurt, Berlin, Hamburg (semua bandar-bandar utama di German), Amsterdam (Netherland) dan Brussel (Belgium), pokok-pokok ini juga yang mereka tanam.  Jika ia diamati dengan teliti bahawa bumi eropah ini sebenarnya seolah-olah dihamparkan dengan karpet atau permaidani yang besar yang berwarna warni.    

(Control "maco" sebelum dihalau oleh polis peronda lebuhraya)
Yang menjadi sesuatu kelucuan ketika lawatan kami ialah tentang kerenah peserta yang tidak sabar-sabar untuk merakamkan gambar berlatarbelakangkan pemandangan yang unik ini.  lalu, kami bersama dua gerombolan kenderaan MPV memberhentikan kenderaan kami di tepi highway bagi memenuhi permintaan para peserta kembara.  Sedang kami sebuk merakamkan gambar tiba-tiba kami didatangi oleh penguatkuasa lebuhraya dan meminta kami meneruskan perjalanan.  Ia merupkan satu kesalahan berhenti di lorong pandu masuk di sisi lebihraya kerana ia hanya untuk KECEMASAN sahaja.  Kami tidak dapat berhenti lama namun kami berpuashati kerana dapat merakamkan gambar yang diinginkan.  Topik kena halau menjadi topik yang melucukan di sepanjang perjalanan kami menuju ke selatan France.  Walau bagaimana pun kami tetap control "maco" bagi mempertahankan tindakan kami berhenti.  "Punyalah garang"  abang polis peronda lebuhraya tu apatah lagi mereka mengenakan kaca mata hitam ala-ala agen MIB... hehehehehe

(Inilah dia Lawyer yang asli dan isteri - En Shamir)
(Ni la ratu posing - Maziah - d hadapan home stay kami)















Di dalam krew kembara kami, ramai golongan profesional.  Ada kontraktor civil, ada GM dan yang paling bestnya ada dua orang Lawyer.  Satu Lawyer yang ada kelayakan dan satu lagi Lawyer yang tidak berkelayakan... sudah tentunya "Lawyer Buruk" seperti penulis ni.  Namun perjalanan tidak menjadi menarik jika tidak ada "Lawyer Buruk" yang cuba memeriahkan suasana.  Maklumlah pemandu yang merangkap ketua tour tak banyak cakap orangnya. Maka biarlah sepanjang perjalanan tersebut ada seseorang yang menjadi penghibur yang tak bergaji agar kebosanan perjalanan yang panjang terisi dengan hilai ketawa.

Sampai sahaja di Annecy France (Selatan France) kami terus ke pengginapan "Home Stay" kami yang cukup cantik dan menarik (buat kami sebagai pelancong).  Semua hiasan dalaman ala eropah apatah lagi kedudukan home stay kami yang benar-benar ditebing lembah di lereng bukit Tasik Annecy.  Kedudukan home stay kami benar-benar menghadap tasik Annecy yang cantik dan di hadapan rumah kami terdapat ladang terbiar yang ditumbuhi dengan bunga-bunga pelabagai warna.  Apatah lagi waktu kehadiran kami di bumi France ketika itu musim bunga (Spring).  Semua rumput begitu sebuk mengeluarkan bunga.  Terfikir juga di hati penulis "ni kalau kat Malaysia ni (rumput dan semak yang tak mengeluarkan bunga) dah lama kena racun atau ditebas".  Namun di eropah, tidak pelik kalau rumput di sana tidak dipotong kerana ia mengeluarkan bunga.  Lagi pun rumput di sana tidak panjang seperti di negara kita.  Amat sukar nak tenggok lalang di negara mereka.  Sampai sahaja di home stay, semua krew bukan sebuk memunggah barangan mereka untuk di bawa masuk ke dalam rumah.  Namun mereka sebuk posing kat halaman rumah termasuk ketua tour yang banyak kali berkunjung ke sini pun terikut rentak krew kembara yang lain iaitu "BERGAMBAR"... hahahahaha.

(Tak terlepas pandang Paksu Azman dan isteri Maksu Ana - d belakang adalah Tasik Annecy)
(Ni la orang kuat Tour Guide kami - Hj SAS dan Bro Ainul)
(Lagi.... "Ratu Posing" Filza dan Mazlina)
(Tak ketinggalan - penulis yg sedang bertafakur)
(Set pemandangan yang dirakam waktu tengah hari - cuasa waktu itu tidak begitu cantik untuk d rakam)

 
INSYALLAH JIKA ADA WAKTU SAYA AKAN MENULIS UNTUK HARI KE 2 KEMBARA KAMI (6hb May 2012) : Jika ada ejaan-ejaan dan ayat-ayat yang mengelirukan tu maafkan la yek... Salam ketemu lagi dalam episod seterusnya... kami hanya ingin berkongsi apa yang kami lalui...