Tuesday 17 November 2015

ANDALUSIA SPAIN and PORTUGAL : Tanya sama Hud-Hud

30 May - 09 June 2015
ANDALUSIA SPAIN and PORTUGAL

Next explorasi insyaAllah : 19 - 29 Oct 2016... nak join jom huhuhuhu

Dengan lafas Bissmillah..AD kongsikan sedikit coretan hasil explorasi AD yang lepas di bumi Andalusia Spain dan juga sempat terjah ibu negara Portugal Lisbon.

AD di hadapan Mezquita De Cordoba, SPAIN
ANDALUSIA ... bunyi mcm ala-ala Spanish Arabic.  Dengo nama tu pun dah mcm aman jek telingga...tenang jek.  Tu belum lagi gi tu...kalau gi lagi lerrr.  AD bukan ler begitu sentimental sangat bila merujuk atau dengo nama Andalusia tu tapi satu sikap AD ialah bila kita berkenan sesuatu tu AD pasti akan cari dan gi tuk dapatkan sesuatu yang AD nak tahu.  Tu baru namanya "explorers" hehehehehe.   Begitu juga bumi Andalusia ni.

AD nak kongsi lerr sesikit hasil kembara AD ke bumi Andalusia ni dan apa istimewanya .  Ni jangan lerr anggap satu penulisan travelog.  Anggap lerr ia sebagai satu bacaan rengan tuk melepaskan rasa stress sewaktu tengah sibuk-sibuk ni.  ANDALUSIA atau dalam sebutan Spanish "Andalucia" mengikut Wikipedia mengandungi 8 regional iaitu jajahan Almeria, Cadiz, Cordoba, Granada, Huelva, Jaen, Malaga dan Seville.  Mengikut definasi perkataan "Andalucia" bermaksud dari sebutan bahasa Spanish ialah Ande bererti "to walk" dan Lutier "easy".. to walk easy.  Ye tak ia tak pasti  sbb cuba tenggok dalam tenet.. belum jumpa satu maksud yang tepat pun...huhuhhuu.  Tak pe kita lupakan soal nama tu sebab AD sendiri pun bukannya terror pasal sejarah ni kehkehkehkeh.

VIDEO EXPLORASI ANDALUSIA
Untuk mendapatkan gambar yang cantik set pada video setting quality 720p HD






MAP EXPLORASI

Dulu kan...masa sekolah rendah dulu AD suka berangan nak jadi mcm pengembara Portugal seperti Alfonso De Albuquerque.  Kenal mamat ni pun sbb masa sekolah dulu belajo sejarah... kalau tak belajo sejarah tak ingat derrr.  Masa tu di kabo kan bahawa mamt ni berlayar dari Portugal sampai ke Tanah Melayu.  terfikir gek yek...jauh mamat ni belayar naik kapal layar.  Kalau kita naik kapal terbang yang transit tu pun naik kematu bontot kita dibuatnya.  Mahu lebih 15jam hehehehe.  Tak perrr lerrr tahu lerrr mamat tu mcm mana nak belayar.  Kalau ikutkan Dato Azhar pelayar negara lagi terror beb... naik kapal layar kecik jek...hehehehe.  Ni haaa AD siapkan route AD bersama 17 deligasi yang "berani mati" ikut AD ni haaa. Wpun baru first time AD jejakkan kaki ke Spain dan Portugal... mamat-mamat dan minah-minah ni semua berani ikut AD kehkehkehkeh.


Routes MEC ke bumi Spain dan Portugal

Dari Msia AD ke Madrid Spain...dari situ baru AD gerakkan deligasi AD ke selatan.   Jauh tu beb... ada gek yang mengeluh ni kang... turun dari flight terus jek drive... bontot tak habis kebas lagi, AD dah kerah terus gerak...biasa lerrr nama pun "EXPLORERS"..huhuhuhuhu.

PENGHARGAAN

Ni ha barisan ahli explorasi tuk xpdc kali ni.  Tak ramai beb 17 org jek tapi AD suka sebab senang nak kawal dan senang nak monitor.  Tapi dia orang ni semua best beb...spoting tahap mabuk ketum hehehehehe.




17 Deligasi MEC ke benua Andalusia Spain dan Portugal... AD tak dek sbb jadi tukang ambik gambo lerrr
Terima kasih buat Kak Zarina dan Abg Zainal suami isteri kerana terus memberi kepercayaan kepada AD dan MEC tuk menerajui explorasi ni dan juga terima kasih kerana banyak membantu ketika menemui jalan buntu hehehehe.  Buat Kak Wan dan Abe Wan... huhuhuuhu.  Terima kasih juga kerana sudi melayan Pak Supir khususnya Abe Wan.  Buat sahabat AD Muzaruddin dan Norma sekeluarga...terima kasih kerana sudi jadi pilot flight ke 2 walau pun tercalar sikit kapalterbang tu...tak per, tu semua pengalaman supaya lebih berhati-hati di kemudian hari kehkehkehkeh.  Buat Norsazila dan Rohani... sempoii beb dua aweks ni, terima kasih juga.  Buat Faizah dan Cikgu Fareeza (cikgu gek ni tau)...jeng, jeng jeng...I know what you didi last summer kehkehkehkeh larikkkkk.  Buat tiga orang cikgu otai ni...cikgu Saodah, Cikgu Wan Hanisa dan Cikgu Roslina... ni semua cikgu power ni...ada cikgu tawarikh (sejarah lerr kot...dulu2 d panggil Tawarikh)...cikgu...emmm entah  cikgu ajo apa lagi pun AD lupa.  Cikgu sain rumah tangga ada ke...? hehehehe.  Dan akhir sekali...penyokong tegar Yop kejo Yop...dan pengkaji sejarah Andalusia Li Ipoh... terima kasih gek sebab jadi peneman satu bilik sepanjang explorasi dan juga navigator wpun selalu tak leh harap kerana tido...hahahaha.. kekadang AD terasa tido dengan "musuh bolah sepak jek".  Nasib abik kat Spain...klu tido kat Msia satu bilik dan kebetulan lak mlm tu JDT lawan Perak... mahu AD kena terajang dari atas katil...kehkehkeh..


KLIA - MALAYSIA
30 May 2015
Macam biasa lerr beb... sebelum g kita buat warm up dulu kat sini dalam aksi bergambar.  AD mcm bias jadi tukang tangkap gambar sepenuh masa...lepas dia...dia.  Lepas dia...dia...gambu AD jek yang tak ada orang tangkap...sadiskan.  Belumpun sampai ke destinasi dah habis filem kodak 36 keping satu roll kehkehkehkeh.  Jenuh menunggu flight kat sini beb.  Sebahagian geng naik KLM ... KLIA -Amsterdam - Madrid dan sebahagian lagi merempit hop in hop on...ala melompat-lompat lerrr.  Dari KLIA-Singapore-Sitzerland-Spain...letih punggung.  Ada seorang tu lak KLIA-Paris-Madrid... AD and aweks-aweks ni lak naik British Airways...kebetulan lak British Airways dah buat penerbangan dari London ke KLIA di mana sebelum ni dihentikan kejap penerbangan terus tu.  Kebetulan gek ada sales lak tu dari Msia Ke Madrid cuma RM3000++... murah lerr tuh...hahahaha.  AD dan aweks-aweks ni buat penerbangan KLIA-London Heathrow-Madrid... jauh lerr gek... sempat lerrr main one two som dalam kapal terbang kehkehkehkeh.  Di mana ada AD ...di situ lerr ada aweks-aweks...atau terbalik...hahahahaha.  Lama beb AD fly...naik mabuk ketum dibuatnya tapi tak pe... steward dan stewardess boleh lerr di katakan cun-cun.  Masa book ticket jangan lupa beb... "Muslim Foods".


DI KLIA MALAYSIA : Dari kiri Faizah, Fareeza, Rohani, Sazila dan  Wan Hanisah
























Sorry lerrr... Nasi Lemak tak dak dalam British Airway ni...hahahaha
Madrid /Toledo
31 May 2015
Pagi lagi dah sampai kat sini.  Seperti dijanjikan semua ahli explorasi dan adikberadik mesti berkumpul kat sini.  Ada seorang mamat tu (Li Ipoh) dah lama berkampung kat sini dah...rasa-rasanya Mat Bangla dan Mat apa tah yang keje jadi cleaner kat airport ni sampai dah kenal dia ni hehehehe.  Lepas settle down ambik kereta dan beli data line tuk "bekalan" sepanjang explorasi ni kami terus merempit ke Toledo.  Biasa lerrr AD mmg tak suka buang masa dan kalau boleh nak memenafaatkan masa yang sedikit ni sebaik-baiknya.  Kalau nak tahu ni lerr kali pertama AD menjejakkan kaki di bumi Spain... bumi Andalusia/Andalucia yang orang kata suatu ketika dulu pernah dijajah hampir keseluruhannya oleh oleh tentera kepimpinan Tariq Bin Ziad... ala tu sejarahnya.  Macam AD kata lerr di mana-mana blog AD, AD ni bukan pengkaji sejarah tapi boleh lerrr layan kalau sekadar nak tahu...hahahaha.  Dari Madrid sebelum bermalam di Cordoba, AD dan team singgah di Toledo...tak dek apa kat sini cuma nak tenggok satu side tu jek yang orang kata pernah menjadi pusat pentadbiran Islam suatu ketika dulu di bahagian utara / tengah Spain.   Kat sini AD dan team singgah kat satu laluan baik punya celok tuk sesi berjimba dgn kamera sambil berlatarbelakangkan satu pemandangan bandar Toledo khususnya "Alcazar Of Toledo".  Bangunan tu sebenarnya dulu sebuah istana zaman kerajaan roman dalam abad ke 3.  masih berdiri kukuh sampai ke hari ini.


Kat belakang tu Toledo City Spain

Tak tahu mcm mana lagi nak tarik nafas... lebihan lemak tetap ketara...kehkehkeh

Ehem...ehem...ehem... mana lerr awek2 ni g...senyap jek yek
Habis berjimba di Toledo, kami terus merempit ke Cordoba di mana tempat pertama kami berkemah.  Hotel yang kami sewa tak derr ler beso sangat beb tapi selesa.   Biasa lerr tuk tido jek...nama pun budget nye explorasi.  Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan yang cantik beb. Spain bumi dia agak berbeza dengan negara-negara europe yang lain... bumi banyak bukit berbatu dan juga banyak pokok "wat tini wazaitun" hehehehe pokok zaitun ler tu kot... tapi unik beb.  Masa AD g waktu tu masik dalam mood Spring aka musim bunga.  Masih sejuk tu... sekejap-sekejap asyik nak terkencing jek....kalu ler boleh pakai pampes dah lama AD pakai...tapi emak AD pesan, jangan biasakan pakai pampes...nanti sampai ketua pakai pampes...kehkehkehkeh.

AD tenggok di Cordoba sama jek mcm Turkey.  Hotel budget ni susah nak dapat parking.  Bilik punya lerr banyak tapi parking tuk guess susah nak ada.  Kalau ada pun kena parking kat building lain... biasa lerrr tak reti-reti bayo...hahahaha.  Masa ni lerrr adikberadik yang lain belajo susun bagasi dalam MPV... tahu pun susah. Haaa lain kali kalu AD bagi tahu specifikasi beg ikut yek....hehehehe.  Ada yang koje dia memangku beg sepanjang jalan...kalau ada confirm keluar mengengkang.  Jauh tuh perjalanan nak pangku beg galas yang berat tuh..


Part time keje jadi porter bang...kehkehkeh
Macam biasa beb... perancangan awal semua dinasihatkan bawa "dapur" sendiri sebab kita tak tahu sepanjang jalan ada ke kedai makan halal.  Tapi kami memang dah pakat2 nak masak beb... malam tu dalam bilik yanag agak sederhana besar kami buka dapur sendiri beb...mcm biasa lerr bapak saudara AD yang bernama Brahim's dah bekalkan stok survaival AD... huhuhuhu terima kasih pakcik kerana membuat kerja kita bertambah mudah.  Ada lak yang dah tak larat sebab terlalu penat terus tido dan yang rajin g buat recce cari kebab.  AD...? hehehehe, kalau emak AD nampak AD waktu tu mahu menanggis...sepanjang hidup anak dia ni susah nak ke dapur...kehkehkeh.

Cordoba
01 Jun 2015
Bandar Cordoba tak lerr sesak beb.  Tempat hotel yang kami duk tu lenggang jek jalan dia.  So ari ni AD nak ke mana kau tahu?...tak tahu kan....? Hahahahaha.  Hari ni AD nak redah Mezquita atau Cordoba Mosque iaitu bangunan yang pernah menjadi masjid terbesar di Spain dan mungkin di europe ketika itu, ketika kekuasaan kerajaan Othman.  Berderau darah AD ketika menjejaki ke kawasan ini...apa tak nya.  Apabila melihat kesan senibina bangunan dan juga kesan peninggalan keilmuan pemerintahan para wali dan ulamak ketika itu, terasa diri ini cukup kerdil dan jauh tersempang mengikut arus kemodenan masa kini.  Jelas nampak bahawa minda kita banyak yang terjajah oleh teknologi maklumat sehinga kita mampu menjadi "hamba" teknologi.  Sedangkan orang dulu tanpa ada semua itu boleh embina empayar yang cukup kukuh dan tersusun.  Dapat membina peradapan tanpa bantuan tekonologi yang canggih lagi mampan.

Merenung jauh Mezquita atau Cordoba Mosque dari kejauhan

AD jejaki lagi laluan dan menyusuri laluan yang dibina merentasi sungai yang mengalir lesu namun nampak tenang dan tersisih dari kebisingan dan kebingitan kota Cordoba.  Ingin AD layari sendiri keagongan kisah Islam di bumi eropah seperti yang digambarkan dalam satu filem Indonesia yang bertajuk " 99 Cahaya Di Langit Eropah".  AD tonton filem itu bagi menguatkan lagi informasi serta mood AD ketika dalam siri pengembaraan itu.  Sekurang-kurangnya filem tersebut dapat membantu AD beremosi secara rasional ketika siri penjelajahan dilakukan.



Filem yang cukup berinformatif dan mempunyai jalan cerita yang cukup menarik
Betul beb..tak tipu... kalau kau gi ke Mezquita of Cordoba ni, kau akan dapat melihat kesan-kesan yang membuat jiwa kau terobek beb.  Suka pun ada ...duka pun ada.  Suka sebab boleh katakan keseluruhan dinding bangunan lama ni berukir "Ayat-Ayat Cinta-Nya" beb.



Dalam bangunan ni setelah keruntuhan kerajaan Othman, ia ditukar menjadi gereja. Namun pihak gereja sedikit pun tak menjejaskan atau meruntuhkan ukuran ayat-ayat suci malah dikekalkan sehingga hari ini.  Cuma sebelum memasuki bangunan ni pihak keselamatan tanya AD.

Security : Are you Muslim..?
AD : Yes I am...
Security : Once you already inside, you are not allowed to pray ya..
AD : Sure.. no problem

Nota: Mungkin sebelum ini ramai umat Islam yang melawat kawasan ni "solat sunat" dua rakaat dan mungkin juga ada yang solat fardu yang membuat pihak pengurusan kurang senang lalu mengeluarkan arahan larangan bersolat di dalam bangunan tersebut.

AD masuk seperti yang dijangka kat dalam tu luas beb dan terdapat satu sektor yang dipaggar dan disitulah senibina bangunan yang terdapat paling banyak ukuran-ukiran ayat suci Al Qurang pada dinding dan ukiran binaannya masih dikekalkan.  Di satu sektor lagi terdapat tempat sembahyang orang-orang Kristian di mana lambang-lambang spritual Kristianiti terpampang.  Semuanya dalam satu kawasan dalam bangunan.  Tak apa lerrr AD hanya nak tahu dan nak tenggok jek tentang apa yang ditulis dalam sejarah....hehehehehe.  Apa yang AD buat kat dalam tuhhh?.... Buat bodoh lerrr...AD sebukkan diri snap sana ...snap sini.....  Dalam tu memang dibiarkan kelam beb... bukan terang benderang...tak tahu kenapa.  Tu yang mencabar ilmu photography AD tu sbb merakam gambar dalam keadaan cahaya yang cukup minimum huhuhuhu.  Tak banyak gambar yang AD berjaya rakam apa tah lagi travel mcm AD ni, AD cuba meminimakan tuk membawa camera gears AD seperti "Flash light".


Ni kat dalam Mezquita Of Cordoba beb... kat dalam ni AD fail tangkap banyak gambar beb.  Tak bawah "flash light". Tak tahu dalam ni kelam jek.  Yang ni sbb AD guna software tuk terangkan.  Klu tak satu pun tak ada kenang-kenangan.
Kat bahagian luar Mezquita AD dah jadi mcm "papa razzi" beb...pantang jumpa angle baik punya celok...AD snap jek... memang cantik persekitaran bangunan kat sini beb... tak dapat AD bayangkan mcm mana lerrr cantiknya bangunan ini mula-mula dibina dulu.

Kat sini kita sempoi jek beb...lepak mana yg kami nak lepak sambil berkongsi makanan... "Ala kita kan Adikberadik" beb... kat sini pun kita boleh tggk view dgn cantik dan boleh skodeng dari jauh..

Ni lak ukiran bangunan Mezquita dari luar.  Semuanya terukir dengan ayat-ayat suci Al Quran.  Bangunan sekarang emmm hampehhhhh.  Nampak seninya beb...nak cete banyak tak tak tahu ler macam mana nak cete dengan perkataan.  Yang pasti ia cukup indah...




Sebenarnya kawasan ni luas beb...nak buat tracking satu hari tak cukup dan memang luas.  Sebelum kami balik ke hotel kami memberi laluan kepada peserta explorasi tu membuat aktiviti hop in hop off naik bas bertengkat tu...mengeliling point-point kawasan tarikan di bumi Cordoba.  Tapi AD tak join lerrr...mungkin next explorasi kot.  AD cuma melepak kat seberang dari bangunan Mezquita tu sambil menjamah ice cream Spain yang teramat lazatnya wpun ketika itu dingin sejuk...Aku peduli apa...hahahaha.

Pas tu kami cuba cover "Madinat Al-Zahara" iaitu tapak bandar pentadbiran kerajaan Islam Othman yang telah runtuh dan ia memang merupakan impian AD untuk menjejakkan kaki ke tempat itu setelah membaca sejarah keagongan pentadbiran yang ditinggalkannya. Hari ni hari Isnin...jejak punya jejak punya jejak tak jumpa.  Jumpa lerrr satu tempat tu bertulis Madinat Al-Zahara... tapi kosong jek dan yang ada cuma kawasan parking tempat kereta.  Pelik AD rasa sebab selama berexplorasi AD tak pernah mengalami suasana seperti ni.  Selalunya jumpa jek...kalu ni tak jumpa.  Sesat ke aku ni yek... tak pe, tggk GPS balik...dan ia tunjuk nuhhh atas bukit, redah lerr juga naik atas bukit.  Ada satu bangunan ala arabic sikit...ni la kot..? La bukan juga...hotel rupanya. Tanya orang kat atas bukit tu dia kata kat bawah...emmm turun lagi tapi tak perr lerr pemandangan atas bukit tu cantik beb.  Sampai kat bawah kami gi balik ke parking tadi dan sampai di pintu/gate rupa-rupanya bertulis "closed on Monday"...macam haremmmm kehkehkehkeh.  Lepak le kejap kat parking kereta tu ...apa lagi sambar DSLR AD ler tu menembak kat situ.  Rupa-rupanya kalau nak g ke kawasan tu memang betul lerr ke parking kereta tu...park kat situ nanti ada bas datang bawa ke tempat kawasan Madinat Al Zahara tu.  Hari Isnin memang tutup ...menci...menci...menci AD rasa... hehehehe.  Tak pe lerrr janji dah sampai...apa lagi jom berjimba dgn kamera lak...


Cakkkk... ni namanya gaya "A go go"...hehehehehe
Tak dapat gi ke tapak Madinat Al Zahara pun tak apa...janji jumpa pokok Lavender... kita tangkap gambo ala-ala hindustand lagi kehkehkehkeh

Levender yeyyyyyy
Granada
02 Jun 2015
AL Hambra bererti dalam bahasa Arab "Dinding Merah".  Kalau ke Granada tak singgah di Al Hambra ni ibarat makan sayur tak letak garam... tawar beb.   Seperti di Cordoba dengan Mezquita Mosquenya dan Granada juga senonim dengan Istana Al Hambranya.  Al Hambra dipenuhi dengan kesan legenda sejarah Islam dengan para wali dan ulamak yang mentadbirnya.  Setiap inci bangunan diukir dengan "Ayat-Ayat Cinta AL Kareem-Nya"...indah dan cantik.  Memang meremang bulu roma dan sesekali terasa sayu dan sebab melihat kesan peninggalan kerajaan Othman ni.  Nak ke sini dari Cordoba kena bangun sebelum subuh dan selepas subuh harus gerak beb sbb diberitahu bahawa nak masuk Al Hambra pagi sekali dan petang sekali.  Kalu kita miss pagi atau lewat... kita kena tunggu petang lak beb.  Letih lerr mcm ni... pasal apa yek?  Pasal Al Hambra tu luas dan besar lagi pun pihak pengurusan tak nak bagi sesak-sesak dalam tu dengan org sebab tu dia hadkan slot kemasukan.  Tiket pun terhad.  AD rushing lerr ke sana tapi tak sempat juga beb.  Adikberadik MEC hanya beberapa orang jek dapat slot pagi dan yang lain terpaksa gi slot petang termasuk AD lerrr...padan muka kehkehkeh.  Apa kita buat yek sementara tunggu minah-minah yang tinggalkan kita orang yg dapat sebelah petang ni....apa lagi..."soru lerrr" kehkehkehkeh


Soru time...makan berjemaah tu best beb...kat hotel masing2 masak, bila makan kita ramai-ramai jamah
























Granada ni satu tempat yang paling AD suka gi, pasal apa...pasal kat sini ramai awek-awek Spain beb.  Awek Spain kacuk Arab la. Macam AD lerrr Jawa Kacuk Belanda kehekhekehkehkeh.  Punya lerrr beratur panjang beb nak beli tiket.  Dia ada pakej-pakej dia gek kalau nak masuk sini tapi to be frank kalau nak cover satu hari memang tak masuk akal.  Istana ni besar beb dan banyak benda nak cover... sekurang-kurangnuya 2 hari kalau nak cover semua.  Malam pun boleh melawat tuk dapatkan night experience...tapi guna tour guide lerrr.  Kau orang tenggok sendiri lerr package2 dia ni kat bawah ni yek... ada kos sekali pun.  Tak lerr mahal sangat tapi pastikan kekuatan fizikal tk masuk Istana Al Hambra ni... huhuuu.


Pakej di Al Hambra d Spain
Di Al Hambra AD terpaksa memisahkan diri dari kekawan lain beb sebabnya AD nak cuba "cover" seluas boleh dan secepat boleh.  Memandangkan kami berada di sini hanya 1 hari, AD cuba utilize betul-betul masa yang ada tuk meneroki isi perut AL Hambra serta kisahnya.  AD nak cari gadis gambus kehkehkeh tapi tak jumpa.  Yang tinggal hanya sisa-sisa keturunannya.  AD tak ingat nama-nama sektor dalam Al Hambra namun memory AD masih kuat ketika melayarinya.  Banyak ruang dan istana di dalamnya.  Banyak sektor juga.  Tamannya seluas mata memandang... tu yang AD kata tu kalau nak cover satu hari memang tak cukup.

Malaga
03 Jun 2015
Malaga 

Berhenti sat la...tak larat lerrr idea tengah koyak ni
p/s : Kalau kau org tak nampak perkataan ~The End~ tu bererti cerita merapu AD ni belum habis beb... biasa lerrr bukan senang nak bersengkang mata nak habiskan cerita upin ipin ni... kalau ada idea jek baru menyengat...klu tak ayat tah apa2 hehehehe
































Thursday 12 November 2015

TURKEY : The Golden Steps Of Ottoman Empire


Explorasi : Turki
Tarikh 03 - 12 Oct 2015
Projek : Projek "Recce" ke bumi Turkey
Jumlah peserta : 8 orang semuanya


Assalamulaikum wbt dan Salam Sejahtera...
Ketika blog ini ditulis, AD baru sahaja menamatkan siri explorasi ke bumi empire keagongan kerajaan Othman.  Jika sepanjang pembacaan terdapat ejaan yang silap ... hehehehe pandai-pandai ler mengagak serta meneka...dan anggap ler juga AD mengalami sindrom kegemokkan jari kehkehkeh...larikkkkkkkk

Ni "Abg Long Kawasan" aka AD kat "Ephesus Kusadasi"

Ni lak AD kat Ankara "Mustafa Kamel Ataturk Muzium"

Udah lama AD tak share explorasi AD dalam blog ni... biasa lerrrr  ni bukan kerja hakiki AD, AD ada tugas hakiki yang lain yang nak diselesaikan.  Explorasi merupakan sesuatu yang menjadi "passion" AD jek.  Ada masa AD travel dan klu ada slot-slot yang membazir dalam calendar AD tu, AD akan isi dengan slot explorasi.  Ada yang tanya..."AD kata ni bukan kerja hakiki AD tapi saya tenggok setiap bulan AD ada explorasi trip.. banyak masa AD?" Hehehehehe... AD ni seorang corporate trainer, tugas AD bukan kerap atau hari-hari.  Jika mendapat undangan bagi talk jek AD sebuk...klu tak banyak masa duk dalam pejabat yang AD rekacipta sendiri dalam rumah AD.  Sekarang kan senang ... "Vitual Office"... hehehehe.

Berbalik dengan explorasi AD yang lepas iaitu TURKEY yang mendapat jolokan "The European Terrace".  Sesuatu yang unik about Turkey ialah...half of the country is in the Asian side and the other half in the European side.  Explorasi AD memakan masa lebih kurang 9 atau 10 hari bersama 8 "budak-budak terencat akal" (kepala gila-gila lerrr tapi belum gila lagi hahahaha) yang AD anggap macam adikberadik AD sendiri.  Love them all....

SPECIAL THANKS
Thanks buat Abg Din aka Kamarudiin wpun tidak mempunyai keupayaan kudrat fizikal yang sempurna namun kegigihannya AD dapat rasakan dalam explorasi tu.

Abang Kamarudin
Buat adinda Farrah Wahida yang comel lagi gebusss, walaupun ambil dan hilangkan kunci bilik dalam keadaan mamai dan buat AD selongkar satu apartment sehingga mengorek mcm tikus dalam tong sampah...akhirnya terjumpa dalam beg pakaiannya. You are so cute (dalam menepis dakwaan menghilangkan kunci   kehkehekhkeh)


Adinda Farrah Waheeda
Buat adinda  Noor Azita, yang sentiasa cargasss dan panas kerana pembawakan darah "Bugis"... Thanks kerana membuat explorasi ni hidup segar.  Satu pekara yang AD tak lupa tentang Azita ialah "Cinta Sabun Mandi" nya... kehkehkeh.  Betuah "jejaka yang pakai sabun mandi dia...so sweetttt.. Dia juga kekadang menjadi "Mbak Supir" gantian walaupun sering tersenggut-senggut kereta dibuatnya...kehkehkehkeh


Adinda Azita
Buat adik Dewi.  Wpun tak banyak cakap tetapi tetap fokus.  AD terperangkap dengan janji manisnya tuk tolong drive...yang akhirnya AD menjadi full time pak supir sepanjang explorasi... huahuaaaa sadisssss

Adinda Dewi Meranti
Buat rakan "hampir sebaya" My dear Asmawati... satu-satunya insan baik yang menjadi mangsa buli kaum sejenaisnya... kesian dia.

Asmawati Kamarudin
Buat adinda Emera aka Mera... kau memang nak kena ye?... sia-sia screen test sebelum g tuk jadi model photography tapi gaya tetap sama ... terpacak diri mcm nak nyanyi lagu "negaraku"...baik jadi tiang bendera...kehkehkehkeh larikkkkk

Adinda Emera aka Mera
Buat adindaku Insirah... emmm terpaksa jadi "misi" (nurse) sepanjang explorasi.  Banyak pahala tau.... AD doakan terus berjaya dalam kerjaya.  Pun begitu..kalau masih ingat, ingat pandangan serta motivasi murahan AD...kalau ia berguna... aplikasikan dalam kehidupan Insirah.

Adinda Inshirah
METHODOLOGI dan ITINERARY

AD selalu berkata kepada semua yang tanya itinerary kat AD...AD memang tak ada specific itinerary tuk dikongsi.  Semuanya dibuat dalam bentuk catatan ringkas.  Wpun nampak tak professional namun AD akur kerana AD bukan jenis suka nak dokumenkan dalam bentuk SOP dan ikut buku seperti orang lain.  Namun AD tahu apa yang AD lakukan dan lagi pun AD bukan travel agent yang nak susun itinerary yang selengkap mungkin bagi menyakinkan pelanggan.  AD hanyalah seorang pengembara atau explorer yang suka melihat sesuatu dari luar kotak pemikiran manusia dan mencari sesuatu yang bukan destinasi kelaziman.  Semuanya dicari dalam keadaan santai dan bukan tergesa-gesa hanya sekadar "Touch n Go" bagi melangsaikan tugasan. AD suka membawa mereka yang ikut AD sebagai sebuah keluarga besar dan menikmati suasana berbaloi dengan perbelanjaan yang dikeluarkan.   AD cuma hanya boleh berkongsi ke mana hala tujunya kembara explorers.  Setakat nak tahu tempat dan routes yang AD g, boleh aja. Apa yang ada di sana dan tempat yang dilawati pun AD akan kongsi.  Namun kalau nak tanya secara details hari pertama buat apa, makan apa, duk di mana,...hari ke 2 lak buat apa, bangkit pukul berapa, nak ke mana dan balik kul berapa...hehehehe tu tanya group lain lerrr.  TAPI JANJI AD...schedule perjalanan explorers akan terisi dan bermenafaat serta tidak mengecewakan kerana perjalanan explorers sering dihambat waktu dan bergantung juga dengan keadaaan.  Pun begitu AD dah susunatur mengikut cara AD yang tersendiri agar ia tampak kelainan dan apabila kembali nanti hanya memori yang terpahat dalam fikiran.  Ingat ...catatan seorang explorer berbeza dengan pelancong yang mengikat dirinya dengan peraturan dan jadual yang disusun agar mereka tampak seperti "diprogram" tanpa adanya kebebasan..mungkin kita berbeza namun sesuatu yang berbeza itulah yang kita cari...

Route explorasi MEC dan crews
Sepanjang perjalanan explorasi AD suka memandu dan AD sendiri akan mengetuai pemanduan itu...tak ada orang asing dalam explorasi AD.  Semuanya dikendalikan oleh crews dan peserta agar nampak nilai kekeluargaan itu.  Jika di tempat yang boleh memasak...kita masak sama-sama dan jika tidak...hanya kecekalan dan keterbiasaan seorang explorer yang boleh menyelamatkan diri sebagai survival (sediakan makanan sendiri) hehehehe, seronok kan? Setakat ni tak ada seorang pun yang ikut AD mati "kebulur"...

MASA DAN CARA AD..?

Ikut AD ni kekadang kena disiplin beb.  AD suka bangun pagi dan gerak pagi kalau destinasi tu jauh dari hotel.  Lepas solat subuh kena gerak.  Ada 3 tujuan, pertama nak elak kesesakan bila keluar dari bandar (klu duduk di bandar).  Ke dua lak nak santai lama di lokasi lawatan.  Kita datang dari jauh beb.  AD tak nak tergesa-gesa mcm sesetengah agen pelancongan beb.  Konsep "Touch n Go" ... AD nak semua peserta dan adikberadik enjoy the scenery dan puas di kawasan lawatan dan puas tangkap gambar pelabagai gaya wpun ala-ala "tiang bendera".  Bagi yang kreatif tu buat lerr gaya apa sekali pun termasuk lompat kijang terperanjat atau ala-ala mabuk ketum.  Boleh juga bergambar ala-ala tenggok bintang di siang hari.  Jangan risau beb kat sini kita-kita jek.  wpun kau orang control maco sebab usia atau kau tu model iklan tuala wanita..atau kau tu ada pangkat Dato'/Datin, atau kau ni ustazah atau ustaz...kat sini bergambar lerr ala-ala seolah-olah kita remaja.  Enjoy beb...tak ada org kenal kita kat sini.  This is your holiday and you deserve to do whatever you want to do.  Your special appearance would be remembered forever.  Just ignore what ever people out there say. This is our memory lane.  As long as kita berada di peradapan dan tertip kita.  Pak ustaz tak boleh tangkap gambar melompat ke? Boleh beb...lompat sambil tangan menadah tangan ke atas seperti berdoa...hehehehe.  Dato tak boleh tangkap gambar melompat mcm kijang terperanjat ke?... Jangan risau, title Dato tuk tak akan tercicir ke bawah... kita adikberadik beb...enjoy and release your sadness, stresses, pressures etc.  Balik nanti baru fikir balik pasal keje...hehehehe.  Dah ketiganya ialah kenapa AD suka awal pagi... kalau lerr perjalanan tu jauh at least kita boleh sampai awal dan rehat awal tuk perjalanan ke esok harinya.  Then, itu lerrr diary perjalanan kembara AD... siapa boleh ikut...ikut...klau tak leh match dengan cara AD... hehehehe mungkin kau org ada team lain yang sesuai dengan kau orang dan menjadikan kembara kau orang lebih bermakna...


Mereka subuh-subuh "Adam" pun dah berjaja beb...crew MEC sedang shopping roti tuk breakfast sebelum bertolak.. lemak ber cream beb.. ala-ala roti canai pun ada...hehehehe
ANTARA CABARAN DAN DUGAAN

TURKEY... explorasi ini merupakan explorasi yang pertama kalinya AD injak dan pijak d bumi Turkey.  Debaran kian terasa apabila menginjak kaki di Istanbul International Airport.  Semuanya tidak pasti... apa yang ada di kepala AD waktu tu...apa ler agaknya yang akan ditanya oleh mamat dalam kandang tu (Sapa lagi kalau tak pak Imigresen) bila sampai turn AD. AD tak kisah pasal pelepasan tu tapi dalam exlorasi ni AD yang menjadi "anchor" nya sudah pasti AD risau...apatah lagi ni negara yang baru pertama kali AD jejaki...hehehehe.  Alhamdullilah laluan mudah jek.. tanya g mana dan tujuan apa...hanya satu patah perkataan yang AD jawap "HOLIDAY"..

1) Kenderaan
Semua orang tahu AD suka explore dengan pemanduan sendiri.  Satu kebebasan yang AD cari... tak terikat dengan jadual langsung...berhenti mana yang nak berhenti dan melepak kat mana yang nak melepak.  Cuma Turkey ni tak ada kenderaan besar yang boleh disewa.  Semuanya kecik, kereta banyak lerrr dan ia akan menjadi sesuatu yang tidak ekonomikal dari segi costing yang cuba dirancang. Rezeki AD dapat MPV tuk 9 orang namun keadaannya tidak lerr terlalu memuaskan kerana ia kelihatan berumur melebihi 5 tahun dan keadaannya sedikit meragukan.  Kos sewa kereta di Turkey agak mahal berbanding negara-negara europe yang lain.  Namun apa pilihan yang AD..? AD teruskan juga explorasi itu demi survival explorasi adikberadik MEC.  Belasah jek laaaa...

Ni lerr "kenderaan ajaip" kami sepanjang explorasi.. banyak berjasa























2) Keadaan jalan dan Parking
Kau tahu tak... di turkey tak banyak highway namun itu bukan satu halangan sebab AD sendiri suka explore kawasan parameter kampung yang menjanjikan satu panorama yang cantik serta unik.  Cuma sepanjang explorasi, almost semua keadaan jalan di Turkey tidak begitu baik cuma kalau nak di bagi skala 1-10 AD cuma mampu bagi 4 atau 5.  Highway pulak sistemnya hampir sama dengan Malaysia cuma bezanya ia computer generated...no human control.  Tak ada org yang jaga booth toll beb..semuanya guna mcm "smart tag" kat kita ni.  Sama ada HGS atau OGS... cuba lerr berani langgar kalau tak ada smart tag ni...huhuhhuhu.  Bapak Polisi pasti akan menahan kau orang nanti...hahahaha.  Satu benda yang AD paling tak suka di Turkey ni khususnya di kebanyakan bandar utamanya ialah parking beb... khususnya buat AD yang bawa kereta mpv yang agak besar ni.  Kebanyakan hotel dia tak ada parking tuk pelanggan...tak tahu lerr kalau hotel-hotel yang besar dan mahal tu.  Tapi yang ala poket kering mcm kami ni... huhuhuhu boleh dikatakan semua kena parking kat tepi jalan.  Kalau ada pun parking di dalam bangunan (milik swasta)... mpv tak boleh masuk kerana ketinggian dan size mpv tidak ada dalam spec mereka ...cissss.. Berapa kali AD kena halau dengan pemilik primis kerana parking depan kedai mereka.  Kat Istanbul lak... hadoiiiii. First come first served basis parking free tu.  bayangkan depan hospital pun dia orang boleh parking sesuka hati ... ini kan pulak depan hotel budget dan sebagainya.  nak masuk lorong pun kalu tak berhati kering macam AD ni memang susah nak lepas.  Jalan muat-muat dua kereta jek tapi satu side dah dibuat parking dan tinggal satu side jek yang boleh dilalui oleh kereta.  Bayangkan ada kereta datang dari depan....kehkehkehkeh...sendiri mahu ingat lerrr.

3) Makan
Makan tak jadi masalah kat Turkey sbb rata-rata "beragama Islam" (atas kertas).  Ramai yang kata di sana dan in fact AD ada bertanya dengan orang Turkey tentang status negara Islam mereka. Mereka menjawap, sejak Mustafa Kamel Ataturk mengambil alih kuasa...dia telah menjadikan Turkey negara sekular.  Ramai yang Islam atas nama sahaja. Tiada tulisan jawi, tiada apa-apa kesan pun yang boleh ditinggalkan bagi menunjukkan Turkey sebuah negara Islam.  Malah di setiap kedai MESTI digantung gambar "wira" mereka tu (Mustafa Kamel) dan diwartakan kalau tak gantung gambar pemimpin sekular tu...akan ditangkap ikut peruntukan undang-undang mereka.  Sedangkan "mamat" tu dah lama tak ada...sejauh mana kebenarannya AD tak pasti.  Malahan di salah satu hotel tempat AD duduk tu owner dia orang Islam dan penjaga setia pejabatnya  (anak owner) juga muslim tetapi berkahwin dengan org Jepun.  Isterinya sehingga kini tidak memeluk agama Islam.  SO, jangan tanya AD la yek "tu macam mana?"  yang minum minuman keras juga melata di tepi jalan dan kedai-kedai pinggiran sungai.  Sesuatu yang tidak terjaga dan tak ada yang peduli kerananya.  bagi kita walaupun senang nak cari makanan di sana tapi siapa yang sanggup hari-hari meratah chicken wrap, kebab dan tah apa-apa lagi tah... semuanya kering dn tak sesuai dengan selera "jawa" mcm AD ni...hehehehe



4) Kejujuran Peniaga
AD rasa di mana-mana pun sama. Bila dia tenggok pelancong asing, tu le kesempatan mereka ada tuk ambil untung berlebihan.  Buat explorers naive mcm kami ni mungkin ia satu pengajaran.  Ramai sangat peniaga bernama "Mustapha" kat sana dan bila satu tidak "jujur" ia menjadikan kami fobia lak.  Mungkin mereka ni ikut perangai Mustapha Kamel Ataturk kot kehkehkehkeh.  Bayangkan Turkish Delight mereka jual dengan rega antara 10 - 15 lira satu kotak yang di bungkus dengan begitu cantik sekali.. bila dibuka ia tak seindah apa yang kita nampak dan tak se nilai dengan harga yang kita beli.  Semuanya gara-gara "Mustapha" kehkehkehkeh.  Bila kita g keluar kedai...ia dijual dengan harga 5 Lira sahaja sekotak malah penjaja jalanan ni boleh bagi free lagi satu kotak.  Bererti harga sekotak Turkish Delight sudah pasti di bawah 5 Lira kerana dengan menjual 5 Lira sekotak pun peniaga masih boleh mendapat untung heheheheh... terkadang sukar tuk menilai kejujuran peniaga di sini.  Apa boleh buat...ijap qabulnya sudah termenteri... peniaga sanggup menjual dan pembeli sanggup membeli...hehehehe.  Cuma sebagai pembeli kita terasa seperti tertipu kerana nilai barangan yang kita dapat tak setanding dengan nilai yang kita bayar beb... betul... secoit jek Turkish delight kat dalam kotak tu... hehehehe.  Nasib baik AD beli sikit jek... dan yang lain pun beli sikit jek...dan borong kat luar banyak,.... hahahahaha.  Anggap lerr tu rezeki si penjual.  lagi pun kami tak banyk masa nak g shopping kerana ke esok harinya kami harus bergerak lagi dengan pemanduan yang agak jauh...


Di pasar org kata banyak "setan" ... berurusniaga secara Islam adalah cara yang terbaik
5) Bahasa


Orang Turkey rata-rata tak faham bahasa Inggeris beb..letih nak cete dengan dia orang ni khususnya di luar bandar.  Kena tahan polis dan mintak dokumen serta tah apa dia marah-marah mintak sesuatu ... AD pun tak faham.  Apa yang AD buat bila kena tahan hanya sekadar mampu bagi salam bagi menunjukkan kami orang Islam (nak "halau setan" dalam kepala polis tu lerrr kehkehkehkeh).  Pas tu dia cakap bahasa turkey... AD cakap.. "No Turkey... English?" Dia jawap "no English...".. Ahhh sudahhhh... AD main agak-agak jek lah.... "license and passport?" (sbb tu jek pun yang dia nak ...serupa kat Msia).  "Yes.." dia jawap.... fuhhh lega... . Past tu dia mintak sesuatu lagi..."mampusss aku tak faham apa yang dia nak kali ni lerr labu-labu".. AD pun agak-agak lagi apa yang dia nak... "contract..?" (merujuk kpd kontrak sewa kereta)... "Yess contract" fuhhhh legaa...terror gek AD baca body language dia org yek... periksa punya perikasa...punya perikasa...kawan polis pun datang...dia bercerita berdua sambil membelek-belek dokumen... Apa yang AD faham kawan dia sebut "Malaziea" (merujuk org Malaysia lerr kot)... kawan dia muka mcm "good police"...dan yang tanya AD tu macam "Bad Police" (peranan yang sering ditunjukkan dalam film action movie hollywood)... Bila dia tggk passport Malaysia tu..dia pun lepaskan AD dan team yang lain... malah dokumen AD yang kalang kabut AD lipat d mintanya semula dan dia tolong lipat elok-elok... hehhehehe.  Bukan senang nak jadi explorer's Leader ni beb... mesti mempunyai semua ciri-ciri yang diperlukan termasuk tenang di dalam menghadapi situasi tegang dan boleh mengawal semua perangai pelabagai adikberadik yang ada...hehehehe

Bahasa menjadi masalah dalam komunikasi 

6) Jarak perjalanan
Wa cakap lu beb... jarak perjalanan dari satu tempat ke satu tempat begitu jauh beb.  Bayangkan AD memandu dari Istanbul International Airpot ke Cannakale destinasi pertama AD lebih kurang 300 km lebih.. jauh tak? Apa ...? biasa jek tuh...cissss kehkehkehkeh.  Tido di Cannakale best beb... bukan kerana hotel dia... bukan kerana makanan dia... tapi suasana beb.  River site yang happening cuma yang tak best nak cari parking susah tu jek.  Dari Cannakkale lak ke Kudasi lebih kurang 400km++.  Dari Kudasi ke Cappadocia lak 700km++.... letih beb 10jam drive jek tu.. sepanjang jalan lak hujan, tak berani nak bagi aweks2 yang ikut AD tu drive... bukan tak percaya beb cuma "seriau" jek... ehehehehe.  Dari Cappadocia ke Ankara dalam 300km++ dan dari Ankara ke Istanbul 400km++... haaa tenggok, tak mabuk ketum dibuatnya.  Jalan kalau semua highway tak pe beb...ni separa highways lerrr...dan jalan masuk kebun jangan cerita lerrr... apa lagi "lorong tikus", siapa berani beb... geng kita org jek... sekali tu masuk lorong tikus yang betul2 tak tak de umah orang...mcm nak masuk kebun nun jauh ke dalam... AD control maco jek sbb dah biasa merempit.  Tak tahu lerr yang lain-lain mcm mana...hahahaha

7) Rega minyak ...
Rega minyak beb?... Bersyukur Msia masih aman.  Minyak kat sini mcm nak terceret kita dibuatnya beb.  Satu liter disel 3.92L beb...larat kau?  Kalau nak tahu dalam RM kali jek lerr 1.6/7 ke...emmm tapi nak buat macam mana...explorasi mesti diteruskan tak kira mcm mana.  Sesuatu yang diluar jangkaan AD... tapi AD dah janji ni explorasi adikberadik ...apa-apa hal pun AD hadapi juga keperitannya.  Sebab tu semua kena "sayang" kat abg AD ni..."Abg Long Kawasan"... hehehehe



Ni bukan cobaan beb...ni realiti rega minyak di Turkey

TEMPAT-TEMPAT LAWATAN.

1) Cannakale

Ni destinasi pertama kami beb... ramai yang tanya kenapa tak g Bursa dan memilih Cannakale.  Bursa merupakan destinasi popular Travel Agent...Hehehehe, AD jawap "suka hati aku  laaa" (tak lah...AD tipu, tak jawap mcm tu pun).  Atas preference seseorang lerr.  AD tak mahu historical oriented sangat sbb AD bukan ahli sejarah beb dan dalam geng recce tu lak bukan semua suka sejarah beb... dia orang tu tahu nak merempit jek dan enjoy tahap "mabuk ketum" hahahaha.  Itu lerr klasiknya AD, dan klasiknya Malaysian Explorers Club (MEC).  Kami nak buat sesuatu yang kami suka dan bukan apa yang orang lain suka.  Kami benar-benar nak "merempit" kawasan yang orang jarang g sbb kami dah ada kajian kami sendiri.  Wpun melihat itinerary orang lain tu satu kelebihan namun ia kekadang tidak digunapakai kerana "kita antara dua darjat" kehkehkehkeh.  D Cannakale, tumpuan utama kami adalah "Trojan Horse" iaitu replika kuda yang digunakan untuk pembikinan filem TROY.  Kuda tu mmg real raplika tuk film tu beb... River side dia pun cantik beb...happening sepanjang sungai tu.  Nak makan apa pun ada...ice cream Turkish perhhhh berpintal-pintal lidah menjilatnya... vely-vely the nice maaaaa...huhuhuu.  Sepanjang lorong di Bandar Cannakale tu mcm Petaling Street... cakap jek nak shopping apa.  Ada makanan pelik tak? Hehehehe, tak de le pelik sangat ...kalu ada pun mereka jual kupang yang dah siap direbus dan makan bersama perahan air lemon...AD tak jamah, geng recce yang lain jamah.  Dia orang kata sodap sehingga menjilat jari...satu ekor...ekor ke kupang tuh hehehehe.  Satu ekor d jual dengan harga 1 Lira... belasah jek la...Kalu rajin tak jauh dari riverside tu ada ler Museum Tentera dan sebuah Istana lama...tang Istana tu tak buka waktu tu...kami redah jek Museum tu... free jek beb masuk.  Peralatan tentera lama banyak lerr dipamirkan disana termasuk le kapal selam zaman perang dunia ke berapa tah... huhuhhu.  AD tak baca pun nota yang disediakan tu semua... Lepak kat Canakkale sehari pun cukup beb. Kalau kau orang nak g, parking jek kereta kat hotel dan pastikan hotel dekat bandar tepi sungai tu...pas tu jalan kaki jek... merempit lerr sampai tercabut kepala lutut...hehehehe.


Ni kat Eceabat Port...hujung daratan sana nuh ialah Canakkale... belakang tu ferry kenderaan yang akan bawa kami
Ni lerr replika kuda yang digunakan dalam film TROY tu

Sapa yang lupa atau tak tahu... ni lerr filem TROY tu...nampak tak kuda kat belakang tu...sama lerr kuda yang ada di Cannakale

AD dan otai Abg Din...juga budak kecik Mera

Kalau kat Muo, Johor binatang ni dipanggil kupang...kat sini kupang ni dimakan dengan perahan limau...sehingga menjilat ibu jari kaki sedapnya...hehehe

2) Kusadasi 
Ramai yang komplen kat AD ha... "Abg AD, boleh tak kalau esok dan esok dan esok jangan gerak selepas subuh, letih lerrr setiap hari nak gerak awal pagi...".  Oh mengeluh ye... AD dah biasa bangun pagi dan gerak pagi dalam explorasi.  Cuba rujuk balik jarak antara satu lokasi ke satu lokasi perjalanan tu dalam "Antara Cabaran Dan Dugaan" kat atas...jauh tak? Jauh tuhhh... kalau nak bangun lambat dan gerak lambat boleh tapi jangan komplen kalau sekejap jek kat satu-satu kawasan lawatan tu.  Nak tido kat umah pun boleh tido...ni kita kat bumi asing beb... maximize masa yang ada supaya kita boleh lepak lama-lama kat kawasan lawatan.  Kalu dgn Travel Agent kata kau... 45 minit jek d baginya...pas tu lambat tinggal...kehkehkehkeh.  Tapi AD tak...kau santai lerr sampai terjelir lidah dan kau habiskan lerrr filem kodak 36 keping tu... berapa rolls kau nak tangkap gambar...haaaa lantak.... Kat Kusadasi kami cover dua kawasan lawatan yang utama iaitu di daerah Pamukkale yang terkenal dengan "Cotton Castle" dan juga kesan sejarah empayar roman iaitu "ephesus"... tempat apa tu AD..? ALa tolong lerr jangan tanya AD...kau type jek kat google search tu perkataan "ephesus Kusadasi" ... berjela-jela version cerita pasal "binatang" tu keluar... tak kuasa mak nak cerita nak hehehehe. Kalau kau bernasib baik, kau akan dapat versi-versi berbeza tentang cerita binatang tu...hahahaha.  Baca lah yek, jangan malas nak buat kajian.  Namun apa yang AD nak cerita ni tentang ketakjupan AD dengan kesan arkitektur mereka. Zaman kuno ada mesin tuk potong batu-batu marbel tu ke?...tak de kan?.  Macam mana mereka ukur ketepatan senibina tu dan mcm mana mereka susun dan plaster dengan simen bagi mengukuhkan binaan mereka.  Batu tak leh paku beb... mereka tak guna walau sebatang paku pun tuk menaikkan batu-batu tu semua...simen pun tak de beb...sekampit simen masa tu mahal..mereka tak guna simen hahahaha. Mcm mana mereka susun dan bentuk "Arc" tuk pintu menara mereka yek..?semua tu bermain dalam kepala... tak ya fikir lerr buat sakit otak jek..."seteress" nok pikir.



Ni lerr pusat peradapan ilmu kerajaan Roman di Turkey waktu tu... dipanggil Ephsus

Jangan tggk model orang yang ada dalam tu...tggk seni bina kesan peninggalan kerajaan Rome kehkehkehkeh


Aksi-aksi tak boleh blaaa... di Ephsus

3) Pamukkale
Orang kata kalau g Turkey tak g Pamukkale tak sah sebab kata mereka "Cotton Castle" ni cuma ada 2 jek d dunia.  Satu di Turkey dan satu lagi d Sumatera Indonesia.. org kata dan bukan AD kata hehehehe.  Cuma kalau kau orang nak g sini dengan sendiri dinasihatkan tido satu malam di Kusadasi dan satu malam di Pamukkale..tak lerr jauh sangat esoknya kalau nak g Cappadocia.  Selain daripada kesan sulfur yang membentuk seperti kolam-kolam ni beb...kat sebelah dia ada juga kesan tinggalan empayar roman.  Kesan runtuhan bangunan.  Pamukkale dulu pernah menjadi pusat pentadbiran kerajaan Rome beb... apa bila berlaku gempa bumi semua bangunan telah musnah dan runtuh...ramai lerr yang "tergolek dog".  Tu pun AD baca dari papn keterangan jek....hehehehe. Nak lebih-lebih search google lerrr juga...larikkkkkk.  Pas tu, bandar tu dah jadi padang jarak padang terkukur dan hanya dihuni oleh petani-petani untuk dijadikan ladang tanaman buah-buahan seperti pokok zaitun dan sebagainya.  Di zaman Mustapha Kamel Antaturk...tempat ni dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong yang terkenal sehingga hari ini... kau orang lerrr termasuk AD yang terkinja-kinja nak tenggok tempat ni...kehkehkehkeh apa macam, puas hati...



Ni Cotton Castle... org kata ada 2 jek di dunia...satu lagi ada d Sumatera, Indonesia

Ni Cover Album DVD Kumpulan "Tak boleh Bla"...kehkehkeh d Pamukkale


4) Cappadocia
Laaa. ni bandar manusia "zaman batu" beb.  Betullll... bila AD sampai di sini pekara yang AD fikirkan ialah "Adakah aku berada di zaman batu?".  Apa tak nye beb...semua bentuk mukabumi disini tajam-tajam dan lobang-lobang seperti ada makhluk yang tinggal di dalamnya.  Ni mcm umah "Pakcik Flintstone" ni...hehehehe. Ada crew kami lak yang masuk dalm underground City beb...dia kata ada 8 tingkat ke bawah tanah.  Perhhh AD dah terbayang dengan lorong-lorong tikus tu mesti badan AD tak lepas...dibuatnya tersepet kat dalam tu... mampusss sia-sia jek kehkehkehkeh.  Org kata dulu memang bangsa kaum yang tinggal kat Cappadocia ni mmg tinggal dalam gua-gua kat sini...dulu-dulu AD ada tenggok cerita ala-ala Arabian ...dah lupa lak tajuk cete dia apa...huhuhuhu.  Bila segerombolan manusia lalu kat kawasan tu...makhluk-makhluk yang tinggal di dalam gua tu mencanak-canak lari masuk gua keluar gua dan menyerang segerombolan org yang lalu tadi... perhhh mcm lanun dan barbarian lak cerita tu.  Bila dikenangkan AD lalu kawasan tu... terasa jek ada mata memerhati dari setiap gua-gua yang berlobang tuhhh... ngerinyaaaa...  Tapi best beb...ni baru dikatakan "Rare"...suasana yang rare...makanan yang rare... orang yang rare....  Kat sini tak dek lain lerrr.  Cappadocia tak boleh lari dari image "Hot Balloon" ... baru AD faham kenapa industri belon panas kat sini mmg menakjupkan terlajak laris.  Sebab apa beb?... sebab mukabumi yang cantik dan sun rise di subuh hari yang benar-benar menakjupkan.  Kami hampir jek jadi mcm orang "gila talak" beb sebab tak dapat fly mengikut jadual yang direncanakan... sbb apa, sebab cuaca tak mengizinkan...klu hujan lebat serta angin kuat memang tak leh fly.  Ni bukan nak naik flight beb...ni belon huhuhuhu.  Kalau flight sekali pun...klu cuaca teruk dan petir sambung menyambung...flight pasti delay.  Semua org dah bising beb... mahu jek dibakar company yang handle benda ni klu tak bagi fly gek...kehkehkehkeh.  So atas kecekapan dan kebaikan pemilik hotel tempat kami tinggal... mereka betul2 membantu kami tuk fly keesokkan harinya wpun diberitahu "flights" semua penuh (sebab kami tak book tuk keesokkan harinya).. Alhamdullilah...dipendekkan cerita...mereka berjaya tuk dapatkan flights tuk kami... kebetulan ada 6 peserta mana tah tarik diri... kalau AD dapat jumpa peserta tu...mahu AD cium2 tanda terima kasih...dan kebetulan juga kami ada 6 peserta juga yang akan fly...yang lain tak nak fly sbb seorang tu "OKU" dan seorang lagi .. memang tak nak naik...hehehe.  Berbaloi lerr kami bayo 120 euro...."berapa dalam RM AD?" ... Ala kau kira lerr sendiri... kali jek lerr dgn 4.8/9 waktu tu...hahahaha.

Ni AD tangkap dari "flight" AD

Ni pun sama AD tangkap pakai camera AD sendiri


Bukti AD dah sampai sini... ni bukan photoshop tau...hehehehe

Rasa kepuasan dan keunggulan...hehehehe

Ni yang AD kata ni...org dulu2 duk dalm gua...

Ni flight AD...flight kami antara yang terawal fly dan boleh tggk the most greatest views from top... kau hadooo?

Malam lak... nak cerita bab malam lak ni... hehehehe.  Pak ustaz/Mak Ustazah tak gemo acara ni sbb ada unsur-unsur keseksiaan dalam kegelekkan tarian.  Tapi AD hanya sekadar nak tahu dan nak tenggok traditional Turkish dance...ala g jek laa. AD jek seorang lelaki Malaya dan yang lain gadis-gadis Melayu terakhir...hehehehe.  Entrance fees memang agak mahal tapi ok laaa tu dapatkan experience yang kau orang tak leh dapat kat mana-mana.  Tak derr lerrr dalam katogeri kelucahan traditional show mereka...cuma ada lerrr satu tu jek yang agak seksi...tapi AD tak de nafsu lerr nak tenggok penari seksi tu sebab yang tergedik-gedik joget ala "Arabian sexy girl" tu dah tua beb...hehehehehe.  Yang lain purely traditional dance...yang ni "aweks-aweks" semua cun-cun dan "balaks-balaks" handsome-handsome beb.  Boleh lerr sesiapa nak tenggok buat pertama kalinya boleh g... ok jek.  Makanan semua disediakan...belasah jekkkk.  Sebelum g jangan nak mengada-ngada makan...



Ni aktiviti malam kami...Turkish cultural performance show
Ni pun sama.. "Sufi Dance"

5) Ankara
Tempat ni sebenarnya kawasan persinggahan jek sebelum kita nak balik ke Istanbul... sbb dari Cappadocia ke Istanbul jauh beb...dekat 800km ++.  jauh tuh. Mahu 12 jam kalau drive dengan keadaan jalan yang dah biasa kami lalu.  So kami singgah lerrr di Ankara atas dua sebab.  Pertama memang tak larat nak drive jauh dan yang ke 2 lak sebab salah seorang peserta kami nak jumpa anak saudara dia yang "mengaji" di Ankara sebagai Tafiz.  Namun penelitian kami di atas dua faktor yang kuat ni lerrr kami stay kat Ankara.  Benci betul drive kat Turkey ni lerrr...seperti yang AD sebut awal-awal tadi ialah masalah parking yang kalau kita boleh dapat ... boleh lerr sujud shukur kehkehkehkeh.  Alang-alang dah sampai di Ankara, kami mengambil keputusan tuk melawat Muzium Mustapha Kamel Ataturk... aja jek melepak kat sini.  Merempit dan terus merempit... "Apa yang ada kat situ AD?"...sekali lagi AD seru tuk "Iqra' " kehkehkehkeh. Tapi tak perr leer kat sini AD "sedekah: sikit cete Mutafa Kamel yang d laknat oleh Allah ni...sbb dia lerr Komander yang meruntuhkan atau menjatuhkan kerajaan Ottoman (Othman)..  Bila kerajaan Islam Othman dijatuhkan dengan bantuan Kerajaan Bersekutu...Mamat ni lerr yang jadi Presiden pertama Turkey... dan bila dia ambik alih apa yang dia buat...antara nya ialah:-

1) Wanita tak leh pakai hijap... klau nak pakai hijap juga mesti dengan pakai mini skirt :: lek elehhhh apa ler mamat ni kan..
2) Lelaki Turkey d kehendaki memakai topi dan tali leher mcm org barat
3) Wanita boleh menari-nari bersama lelaki dikhalayak ramai
4) Menggalakkan meminum arak secara terbuka :: sampai sekarang pun AD tggk ada alagi kesan tu... tak ada org halang pun...nasib baik kat Msia ada Majlis Agama Islam...oh bertuahnya negara ku Msia...hehehe
5) Mengarahkan Al Quran dicitak dalam bahasa Turkey :: ni memang sepatutnya dilakanat namanya...huhuhuhu
6) Menukar azan dalam bahasa Turkey :: Memang nak kena sula Mustafa ni...hehehehe
7) Mengambil arkitek2 dari barat tuk memodenkan Turkey yang pada hakikatnya d minta tuk memenuhkan Turkey dengan patung-patung.
8) Memisahkan urusan pentadbiran dengan agama :: Dah teruk Mustafa ni... ...apa lagi yang dia buat haaaa...cecete..
9) Agama Islam dibuang dari pelambagaan sebagai Agama Rasmi Turkey
10 ) Menyerang Islam secara terang-terangan
11) Mengubal udang-undang perkahwinan Islam kepada undang-undang perkahwinan berdaftar barat
12) Menukar Masjid Ayasopia kepada Muzium dan sebahagian lagi masjid ditukar menjadi gereja
13) Menutup masjid dan melarang dari solat berjemaah :: Mustapha ni Islam ke bukan yek...sula dia lagi sekali lagi baru tahu...hehehhe
14) Menghapuskan banyak undang-undang Islam dan diganti dengan undang-undang sekular
15) Tulisan arab dilarang sama sekali - hanya tulisan turky sahaja dibenarkan :: Sampai sekarang kot...
16) Kalendar Islam dihapuskan dan diganti dengan kalendar barat
17) Menganggap dirinya Tuhan sama mcm Firaun -

~Sumber internet~


Ni lerr wajah Mustafa Kamel Ataturk - "Bapa" yang meruntuhkan Kerajaan Othman dan membena Turkey Moden
Apa yang berlaku dan diceritakan oleh masyarakat umum di saat-sat terakhir kematiannya .
1) Mendapat sakit kulit seluruh badan sehingga ke kaki
2) Sakit jantung dan darah tinggi
3) Merasa panas sepanjang masa 24 jam - sehingga dia mengarahkan Bomba menyiram rumahnya dan mengarahkan tentera meletakkan ketulan ais dalam selimutnya.  Namun dia tetap merasa bahang panas juga sehingga dia terjerit-jerit dan kedengaran seluruh istananya. Diceritakan juga dia mengarahkan tenteranya menghantar dia ke tengah-tengah lautan dengan harapan akan hilang rasa panasnya namun tak berkesan.  Pada 26 Sept 1938 Mustafa Kamal pengsan 48jam akibat kepanasan dan apabila sedar dia hilang ingatan.  Pada 9 Nov 1938 dia pengsan lagi 36jam dan akhirnya meninggal dunia.

Ni lerr kubur Mustafa Kamel Ataturk tu...yg dikatakan mayat tak diterima dek tanah.  Dalam kotak marbel tu la kot mayat dia disimpan... Wallahualam..

Sejarah umum memberitahu ketika kematiannya tidak ada seorang pun yang memandikan, mengkafankan atau menyolatkan jenazahnya lalu diawetkan 9 hari 9 malam.  Akhirnya adiknya meminta para alim ulamak memandikan serta mengkafankannya.  Ketika hendak dikebumikan, jenazahnya tidak boleh dimasukkan keliang lahat.  Setelah beberapa kali mencuba dan tidak berjaya, sekali lagi mayatnya diawetkan lagi sekali dan dimasukan ke dalam muzium yang diberi nama "Etnagrafi" di Ankara selama 15 tahun sehingga tahun 1953.  Selepas itu kerajaan Turkey mengambil keputusan untuk mengkebumikannya secara tertip dan teratur seperti umat Islam yang lain.  Peristiwa yang sama berlaku lagi, mayatnya tetap tidak diterima bumi lalu mayatnya disemadikan di atas bumi dan dibawa ke satu bukit lalu mayatnya diselitkan dicelah-celah batu mar-mar seberat 44 ton....perhhh berpeluh AD baca dari internet dan AD kongsi di sini.  Kalu cerita ini bercanggah dgn realiti sebenar...anggap ler ia sebagai metos.  Dan kalau benar, jadikanlah ia sebagai satu iktibar.  kalau ada tokok tambah ...AD minta maaf sebab AD tak tahu versi mana yang betul...hehehehehe (juga sumber internet)

6) Istanbul
Yeyyy... akhirnya kami dan crew recce yang lain dah sampai Istanbul. Kat Istanbul kami duk umah rakyat Malaysia yang kawin dengan org Turkey... nama dalam fb dia "Yeni Dogan".  Org Gannu beb.  Dia ada sebuah apartment yang hanya disewakan kepada "orang sebangsa" sahaja iaitu orang Islam dari Malaysia, Berunai, Singapura dan Indonesia.  Orang Islam dari benua lain wpun Pak Arab ...dia tak kasi.  Mungkin Yeni ada alasan tersendiri...hehehehe.  Apartment homestay yang selesa wpun tak mewah.  Tapi serba serbi cukup dan kalau kau g merempit ke Istanbul dan menggunakan pengangkutan awam...AD memang rekomen duk umah Yeni ni.  Dekat dengan tram tuk g ke semua tempat-tempat menarik di sana.  Kalau kau naik/sewa kete...hehhehehe, jangan harap nak dapat parking mcm kau duduk kat kawasan taman perumahan kat Msia ni.  Kat Msia pun kau berebut parking kalau duk kat apartment atau flat rumah PPRT.   Tapi kat sana beb...bukan jek parking berebut... jalan nak masuk pun bererbut...bukan kat umah Yeni jek...kat seluruh bandar utama di Turkey... hanya orang yang berhati kering dan mempunyai lesen kete "beso" mcm AD jek mampu masuk jalan tuh...kehkehkehkeh.  Yeni banyak membantu kami beb...dia pun ada buka kedai souvenir jual baju T dan barang-barang lain seperti key chain, fridge magnet, tudung dan mcm-mcm lagi lerrr.



Ni ler kedai Yeni Dogan (berhijap penuh no. 4 dari kanan) bersama suami Turky nye si Abdullah (no.3 dari kanan)
Kat Istanbul kami tak lama beb.  Dua hari penuh jek atau dengan kata lain 3 malam 2 hari.  Dari apartment Yeni, kami rehatkan kereta sewa beb sebab mcm AD kata tadi parking susah nak dapat. Dah dapat baik punya parking, kami naik tram sepanjang berada di Istanbul.  Ala naik tram satu line jek dah boleh cover semua destinasi yang kami dah rancang...huhuhuhu.


Ni lerr station d mana kami tinggal.. d apartment Yeni Dogan.  Jalan kaki jek dari sini.  lebih kurang 100 meter, tak jauh cuma panjat bukit jek.  Betul-betul kedudukan belakang hospital...shhhhhh jangan bising, doktor ramai tinggal kat apartment ni.. mereka keje 24 beb.  Pastikan cukup tido...huhuhuhu

Blue Mosque
Ni lerr masjid yang dok sebuk-sebuk orang cakap ni beb.  Kat sini masuk free jek dan pelawat tak kira agama dan bangsa boleh masuk tenggok seni bina Islam.  Tapi kena tutup aurat lerr beb.  Yang tutup aurat jek dibenarkan masuk dan kalau terdedah sana-sini pihak pengurusan masjid akan bagi kain tuk cover bahagian yang terdedah.  Bagi umat Islam boleh buat solat sunat kalau berhajat lerrr.  Sayu beb masuk masjid ni, tersergam indah dan cantik semua senibinanya.



Blue Mosque, Istanbul Turkey - ni kat bahagian terbuka lawatan - Bahagian belakang AD selepas partition tu adalah bahagian solat tuk umat Islam
Blue Mosque - Dari luar

Blue Mosque - Dari Kejauhan
 Ayasofia (Hagia Sofia)
Pada awalnya sebuah gereja kemudian di tukar menjadi masjid ketika kerajaan Othman, bila Mustafa Kamel berjaya meruntuhkannya kerajaan Islam Othman dan menjadikan negara Turkey kpd Turkey moden, masjid ini ia dijadikan dijadikan muzium sehingga kini.  Nak tahu selanjutnya baca jek lerr sendiri kat sini...panjang lebar dia org membebel kat sini hahahahaha.  (https://en.wikipedia.org/wiki/Hagia_Sophia) . Masuk sini kena bayo beb... nothing is free nowdays.  Kalau tak silap dalam 30 Lira... mahal dak.? mahal kan ?... kali lerr dengan 1.6 waktu tu. Tak perr bukan selalu g... tggk lerr dan nak feel apa yang ada kat dalam... memang betul, banyak lukisan spiritual kristianiti ada dalam tu dan dan masih dikekalkan walupun kerajaan Othman waktu tu dah tukar ia jadi masjid.  Dalam tu juga banyak kalimah-kalimah suci Al-Quran yang terukir di setiap sudut dinding dan yang yang AD masih ingat ialah nama-nama Allah dalam Asma Ul Husna... kat keliling beb.  Dalam tu juga diletakkan banyak peninggalan kerajaan Othman termasuk panji-panji perang dan pakaian bala tenteranya.  Yang AD kagum ialah sampaikan topi tentera yang diperbuat dari besi juga diukir dengan kalimah Allah serta nama-Nya.  Subhanallah...


Masa AD datang Hagia Sofia (Ayasofia) masih dalam pembaikpulihan
Topi tentera kerajaan Ottoman
Mana lagi nak gi yek...huhuhuhu.  Apa lagi merempit ke ...
GRAND BAZAR and SPICY BAZAR (known as EGYPT BAZAR)
Ni koje orang pempuan beb...nak "nyoping" jek..alang-alang dah terkepung di kalangan mereka terpaksa lerr AD ikut gek.  Dari Hagia Sophia ni boleh walking distance jek tapi fizikal kena kuat lerrr sbb jalan dia menaik bukit gek hehehehe.  Dalam xpdc ni abg. Din yang kami risau tapi dia nak ikut gek.  Dia sebenarnya pernah kena "slip disc" juga "accident".  So dah banyak besi dalam kaki dia tuh... d tambah pulak dengan faktor usia.  Namun semangat dia cukup kental. AD dah nasihatkan dia supaya balik apartment kalau tak larat namun dia masih nak ikut.  Apa tah lagi kawan dia kirim sesuatu  (sejenis tea) dari dia.  Tak perr lerr demi nak memenuhi hajat dia, AD biarkan dia ikut dan minta dia jalan pelahan-pelahan.  Di kedua-dua bazar tu manusia mcm "ulat nangka" beb dan akhirnya abg. Din tewas juga.  AD hantar dia ke station tram paling hampir dan memberi sedikit panduan serta kekuatan motivasi untuk dia balik ke apartment. AD minta dia whatapps AD kalau ada masalah atau setelah dia berjaya sampai ke apartment... YESSS he did it.

Di Grand Bazar dan Egypt Bazar (sebab peniaga di dominasi org Mesir kot...ye lerrr tu... klu kat Msia di dominasi oleh orang Bangla hehehehe) memang penuh denga pelanggan/pelancong beb...mcm ulat nangka.  Jangankan pelancong tempatan dan luar negara...org Msia pun penuh beb...Siapa kata kejatuhan nilai RM menjadikan org Msia tak nak melancong.  Org Msia kaya raya beb (aminnnn).  Sikit pun tak terjejas... cuma bila orang mcm AD ni mintak sikit tambahan lagi tuk menampung kos kejatuhan RM dia orang bising... sedangkan kos awalan sudah tentu beranjak naik akibat kejatuhan RM ni apa tah lagi semua kos AD bayar dalam bentuk nilai matawang mereka (tak kira lerr kat mana-mana sekali pun kita gi...sama ada Turkey atau eropah.  Nilai matawang RM memang jatuh teruk waktu ni beb. Nasib baik team recce ni semua spoting beb dan memahami... mereka faham sbb mereka dah biasa explore dan travel... mereka ok semua beb.   Tapi tuk kegunaan sendiri rakyat Msia memang banyak duit beb.  Kat sini jek ramai sungguh AD jumpa rakyat Msia.  Malah peniaga di sini ramai yang boleh bertutur Bahasa Melayu (Melayu Msia/Indonesia) sbb ramai yang kawin orang Msia/Indonesia hehehehe.  Boleh lerrr "bargain" harga dengan mereka hahahaha.  AD..? emmmmm jadi body guard jek laaa...tak nyoping pun sbb AD taka ada benda nak beli...hehehehe.








Ni perkarangan Egypt Bazar....  mcm ala-ala Petaling Street lerrr

Mana lagi kami g yek... hehehehe
HARD ROCK CAFE
Ni lagi satu hal.... pengembara tegar dan followers tegar HRC mmg kena layan...kalau tak dilayan majuk nanti.  Cari dalam google HRC nampak mcm senang jek.  Ia lerrr atas map bukan susah, ukur pakai jari pun mcm dekat jek.  Ala sekali tiup jek sampai dah. Hehehehe tu lerr yang AD cakap tu...terkadang tggk org lain merancang mcm senang jek, mintak ubah sana dan mintak tukar sini...tapi actual apa yang berlaku tak sama dengan apa yang dirancang.  Memang nampak dekat HRC tu tapi tak tahu lak dia nye "skala" bentuk mukabumi mcm mana kehkehkehkeh.  Memang tak jauh dari station tram yang kita berhenti tu, melintas jalan terus menghala ke HRC...TAPI dari station tramp tu nak sampai ke HRC punya lerr seksa.... AD boleh katakan kan bahwa HRC tu atas bukit nuh...nak naik  menghala ke HRC dengan kecuraman jalan 30 - 40 darjah mendaki tuh.... bertangga-tangga lak tuh.  AD pasti ada jalan lain tetapi memandangkan kita tak tahu dan tak nak bertukar-tukar tram...kita naik satu line jek.  Memang dekat dan pintas...cuma nak sampai tu ada 2 perubahan fizikal berlaku iaitu kepala lutut hampir tercabut dan lidah kalu ada tali pengukur pasti kepanjangan lidah dah berubah kehkehkehkeh.  Namun apa-apa pun we did it.  Kebetulan pulak malam tu ada rusuhan dan AD secara peribadi bertanya kepada pekerja HRC tu apa yang belaku? Mereka jawap, "dekat Ankara" ada letupan oleh puak yang tidak berpuas hati (ni politik lerrr ni)..maka rusuhan sampai ke Istanbul oleh parti yang tak berpuas hati.  Rusuhan depan mata beb...FRU punya lerr ramai nasib baik kita tak dirembatnya sekali...so, pekerja HRC nasihatkan kami tuk segera balik ke apartment apabila selesai membeli.


Akhirnya d hadapan HRC Istanbul, Turkey
HALF ASIA, HALF EUROPE
Ni pun Yeni Dogan yang bagi tahu beb.. Istanbul ni ada satu bahagian kalau kita menyeberang kita akan sampai di bahagian Asia dan Istanbul lak di bahagian Europe.  So, dia cadangkan naik lerrr feri pagi-pagi dan sarapan di Asia dan balik nanti makan tengahari di bahagian Europe....perhhhh bestkan boleh makan di dua benua yang berbeza.  So, kita cuba follow gek lerr advice Yeni tuh... jommm tggk apa yang kami buat...hehehehe.


Baru nak sampai ke pelabuhan Uskudar... ni bahagian Asia... touch down kat sini semata-mata nak breakfast jek beb smbil naik feri...hehehehe

Ni lak jembatan penghubung antara benua Eropah dan Asia di Istanbul... Sebelah kiri tu belah europah dan sebelah selatan tu belah Asia.  

Nampak tak gambar jembatan kat atas tu.. Bawah jembatan tu semua restoran berasaskan ikan.  Org kata kalau nak makan masakan Turkey ala nelayan gi lerr tempat ni.  Rega not bad mahal tapi orang kata nak rasa gi jek laaaa....



Ni semua muka tengah lapo...tunggu order tak sampai

Biasa lerrr Malaysian... sebelum makan ambik gambo apa yang ada atas meja...pas tu update fb...larikkk

Last sekali bila dah penat ronda sebelum balik umah kami mengidamkan makanan yang panas-panas berkuah.  Sepanjang berada di Turkey, kami tak habis-habis dihidangkan dengan kebab, chicken wrap dan entah apa-apa lagi lerrr..."Tak kuasa I" semua tu kering dan tak berkuah... I miss Malaysian foods ... sebelum me landing kan badan tuk hari terkhir sebelum balik ke esokkan harinya , kami berusaha juga cari makanan ala-ala Msia.  Tup-tup teringat si Abdullah (suami Yeni Dogan) akan masakan kaum Urgur muslim dari China...perhhh sure berkuah dan panas-panas nye... apa lagi, treasure hunt lerrr...alhamdullilah jumpa beb... masing-masing mcm lanun tak jumpa darat bila tggk makanan tu... heheheheh...jom tenggok apa yang kami makan...

Ni lerr makanan yang memang dicari-cari.... kehkehkeheh

Haaaa ni ler makanan yang kita carik... dah berabad lamanya kami mencari makanan mcm ni kat Turkey...tak jumpa beb. Last2 dah nak balik Msia baru jumpa... apa lagi.  Mcm lanun dah kenyang lerrr masing-masing bila keluar dari restoran tu.... Yo...yo ya hooo, kami semua penyamun...lalalalala.  Balik sambil menjinjing hasil "samun" (nyoping) yang berbondong-bondong banyaknya...maklum lerrr esok nak balik Msia dah... hehehehe.


KATA-KATA PENUTUP
Buat semua adikberadik MEC, Abg Duta selaku ketua recce memohon maaf banyak-banyak kalau kembara ni banyak kekurangan dan kelemahan.  Khususnya buat Abg Din, AD dah buat yang termampu tuk membantu abg Din merempit ikut kemampuan abg Din.  Buat yang lain-lain Abg AD dah tunaikan tanggungjawap abg AD tuk bawa gi dan balik dengan selamat.  Jaga mcm adikberadik abg AD sendiri... kalau ada permintaan yang tak tertunai tu...ya ampon ya...

Sebenarnya banyak lagi yang AD nak kongsi...namun semuanya terlalu banyak untuk dikenang dan dikongsi... AD kongsi apa yang patut jek laaa....Semoga kita ketemu lagi dalam explorasi yang lain dan terhanggat dipasaran...huhuhuhuu

Assalamualikum wbt.

"Ala kita kan Adikberadik"

~Abg Duta aka AD~