Monday 4 January 2016

MALDIVES :: Unknown Paradise

MALDIVES :: Unknown Paradise

MALDIVES..sebuah negara yang terpelesuk jauh di "Indiana Ocean".Ia ibarat cerita tahun awal-awal 1980an dulu.  Sesiapa yang pernah tenggk cerita "Fantasy island" pasti tahu imaginasi AD.  Ibarat masuk ke pulau tu kemudian akan dibawa ke alam fantasi lain.  Maldives terletak jauh ke selatan India dan Sri Lanka.  Sebuah jajaran kepulauan yang begitu terpencil sehinggakan hampir tidak kelihatan d dalam peta dunia.  Mempunyai lebih kurang 1200 lebih buah pulau-pulau kecil yang akhirnya membentuk sebuah negara yang dipanggil MALDIVES.  Penduduk tak ramai beb, lebih kurang 345 ribu orang jek dan menggunakan USD dan Rufiyah sebagai matawang urusniaga.  Atas buku 100% penduduknya adalah Islam dan menjadikan MALE sebuah pusat pentadbiran dan ibu negara MALDIVES.  Negara ini menjadi terkenal sebab apa beb, sebab ia merupakan sebuah negara kepulauan yang menjanjikan industri pelancongan berasaskan kepulauan yang tercantik dan landskap pantai dan hidupan air yang menakjupkan. Malaysian Explorers Club (MEC) memang suka explore tempat-tempat yang terpilih beb.  memang ramai group yang gi sini namun AD melalui MEC menawarkan satu bentuk explorasi mengikut acuan AD dan MEC sendiri beb.  Dah tiga kali AD gi ke sini membawa "Adikberadik" yang berada di dalam MEC dan rata-ratanya menunjukkan rasa teruja dengan Maldives.

Sebelah kanan menunjukkan kedudukan MALDIVES dalam peta dan sebelah kiri merupakan kepulauan negara MALDIVES di mana MALE merupakan pusat pentadbiran dan ibu negara MALDIVES

PINTU MASUK KE MALDIVES
Kalau melihat dari perspektif berexplorasi dari Malaysia, dulu Malaysia Airlines System (MAS) ada penerbangan terus dari Malaysia beb tapi atas keputusan sukar syarikat itu, MAS telah memuktamatkan pembatalan penerbangan ke Maldives buat sementara waktu.  Maka setahu AD kalau nak g Maldives sekarang ni Air Asia telah menawarkan penerbangan terus berkala dan sebagai pilihan lain MAS melalui perjanjian Oneworldnya menggunakan Sri Lanka Air sebagai perantara untuk ke sana dan transit di Colombo Sri Lanka.  Di fahamkan Lion Air sykt penerbangan tambang murah Singapore juga turut merempit ke sana beb.

Lapangan terbang antarabangsa di Maldives diberi nama "Ibrahim Nassir International Airport" dan dibina di atas sebuah pulau yang direkabentuk khas sebagai lapangan terbang.  Maldives tidak mempunyai daratan yang luas beb, semua pulau-pulau kecil.  Male yang dijadikan ibu negara Maldives tu pun tak lerr besar mana.  Kalau diukur sebesar dua atau 3 phasa kawasan perumahan jek.  AD dah merempit ke atas keseluruhan bumi Male tu beb... tak sampai sejam ikut tenaga AD ni dah boleh habis.  Kalu yang muda-muda tu lagi lerr...rasa-rasanya antara 30 - 45 minit dah habis pusing semua dah huhuhuhu.

Ni le Ibrahim Nassir International Airport MALDIVES
MALE, IBU NEGARA MALDIVES
Kepadatan penduduk di Maldives sudah tentu di kota rayanya Male iaitu ibu negara Maldives sendiri.  kata sini lerr kalau nak tenggok orang padat sekali pun.  Kerajaan Maldives betul-betul menggunakan ruang tanah yang ada untuk projek pembangunan mereka.  Jalan sempit, lorong sempit...semuanya sempit lerrr.  Kat sini jek pun kalau nak tenggok kenderaan darat dia bersepah...  lain tempat memang tak ada.  Bayangkan kalau kita ada duit sekali pun dan nak beli kereta mahal-mahal seperti Merc, BMW, Poche, Ferari, Lambogini atau apa jek la...dan tak ketinggalan kereta Estima AD tu kehkehkehkeh... belum sempat nak tukar gear dua dah sampai hujung pulau beb.  Punya lerr keciknya Male ni hehehehe.  Keje polis cukup senang di sini sebab pesalah jenayah amat kurang sebab mereka tak leh lari ke mana... malah polis boleh main kejar-kejar dalam pulau tu.  "Hide and Seek" hehehehe.  Moto atau kereta pun rasa-rasanya tak yah kunci pun tak apa...mereka tak boleh bawa lari jauh beb...huhuhuuhu.


Ni dia MALE, Ibu negara MALDIVES


INDUSTRI DI MALDIVES
Industri utama di Maldives hanya dua jek beb.  Satu industri perikanan dan satu lagi industri pelancongan.  Tapi pelik beb, walaupun mereka mempunyai industri perikanan yang agak besar namun nak cari makanan seafood mcm Thai restoran kat Msia ni bukan main susah.  Mungkin AD yang tak pandai cari kot atau pun mereka memang lebihkan export hasil tangkapan mereka ke luar..  Tak perrr lah mungkin AD akan cuba lagi di dalam explorasi akan datang tuk explore bab makanan sahaja la kot.

SHOPPING
Siapa yang nak gi Maldives atas niat nak shopping ni, silap lerr. Maldives ni bukan syurga shopping beb.  Kalau nak cari setakat fridge magnet atau key chain tu boleh lerrr tapi kalau nak cari barangan lain tak yah lerrr sebab boleh dikatakan semua produk yang ada di Maldives datangnya dari luar. Barangan Malaysia...emmmm tak yah cakap lerrr besepah beb.  meggi, produk sos, kicap, produk penjagaan bayi, produk makanan segera dan snacks emmmm, produk pakaian dan sebagainya.  Kat sini barang-barang tu semua mahal.  Produk pakaian seperti baju T, seluar dan sebagainya... tak yah lerrr. Made in Malaysia/China/Thailand dan sebagainya...bersepah beb malah reganya juga menanggis hehehehehe.  Nasihat AD tak yah beli kecuali barangan yang nak dibeli tak de kat Msia atau teringin nak ada "cop" Maldives atau kalau nak membantu rakyat Maldives lerrr.


Kedai cenderahati di Maldives
KOS DAN NILAI MATAWANG
Maldives hanya terima matawang mereka iaitu Rufyiah dan juga USD.  Kalau nak gi Maldives, baik tukar dulu USD atau Rufyiah di Malaysia (kalau ada lerr), kalau nilai matawang Rufyiah tak ada di Malaysia, kita tak ada pilihan terpaksa menukarnya dengan nilai USD di Maldives.  Terdapat transaksi yang merugikan buat kita sebab kita terpaksa membayar komisyen dua kali tuk transaksi dua nilai matawang tersebut...huhuhuhuu.  Ini memandangkan RM tidak diterima di Maldives buat ketika ini.  Ini mungkin disebabkan nilai RM mempunyai ketidaktentuan pasaran global menyebabkan peniaga tidak ingin memilikinya.  Pemerahatian AD semua kos di Maldives teramat mahalnya.  Risikan yang AD buat dari temubual exclusive AD sebagai wartawan propa yang tak diiktiraf, rupa-rupanya untuk pelancong mereka mengenakan GST yang amat tinggi. Patut lerr mahal.  Bayangkan untuk hotel sahaja di pulau-pulai pelancongan GST mereka 12% dan cukai perkhidmatan mereka 10%.  Jumlah keseluruhan ialah 22%.  Mahu tak menjerit... tak heran lerrr kos tuk ke Maldives agak mahal.  Sebab tu kalau kita g tempah hotel dengan Booking.com, Agoda atau apa sahaja lerr...ada clause kat bawah tu rega bilik tak termasuk dengan GST dan cukai perkhidmatan.  Sebab tu kena berhati-hati ketika membuat tempahan supaya budget kita tak lari nanti.  Bayangkan jika kos sewa satu bilik satu malam ialah USD90 (RM382.50) maka kos sebenar yang perlu dibayar ialah USD109.80 (RM466.65) setelah mengambil kira GST+Service tax 22% (GST 12% = Service tax 10%) * mengambil kira USD1 = RM4.25.  Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti yang ditempah semua ada GST dan cukai perkhidmatan....waaa cakap luuuu terduduk juga beb.

SEBENARNYA perbelanjaan ke Maldives tak lerr mahal mana beb.  Yang menjadi mahal sebenarnya adalah kedudukan nilai RM yang agak lemah  berbanding USD.  Ini ditambah lagi urusniaga di Maldives menggunakan nilai matawang USD dan Rufyiah seperti yang diceritakan tadi.

Harga makanan pun begitu juga cuma bezanya service tax agak murah sedikit.  Rupa-rupanya tak sama yek bagi sektor-sektor yang berbeza.  Jika diikutkan nilai makan dengan kos makan di Malaysia mengikut ukuran angka lebih kurang sama jek. Sekali makan antara USD8 - USD15 dan kalau di Malaysia banyak tu juga iaitu RM8 - RM15.  Nilai matawang yang berbeza sahaja menjadikan kita sedikit tertekan.  Tu tak termasuk lagi GST dan Service tax yang dikenakan tu... alamakkkkkkk.

Apa yang boleh dapat dengan nilai 100 Rufiyaa ni - Matawang Maldives

DATANG SEBAGAI PELANCONG
Siapa kata gi Maldives mahal beb (mahal dalam ertikata yang dimomokkan hotel terlalu mahal).  MAHAL kalau kita meletakkan diri kita sebaris dengan diva-diva beb.  Maldives terbahagi kepada dua industri pelancongan yang boleh mengetarkan jiwa beb.  Satu pulau dipanggil "private island" yang rata-rata dimiliki oleh konglomerate atau taikun-taikun dalam industri.  Memang mahal beb... orang kaya jek dan golongan sengkek artis yang nak jaga status jek gi pulau ni.  Satu malam memang "tercerit" lerrr orang macam AD kalau nak bayar.  Bayangkan ia boleh mencecah semurah RM1500 semalam dan semahal RM4000.  Amacam ada bran... Satu pulau dimiliki oleh satu sykt hotel sahaja dan hanya boleh dikunjungi oleh mereka yang membuat tempahan tuk tinggal di situ.  Orang luar tidak dibenarkan masuk sama sekali. Dan kalau nak masuk sebagai penggunjung biasa, bayaran yuran kemasukan dikenakan... bukan sikit anak nye mahal dia punya entrance fees.  Mahal beb... busuk-busuk pun USD30 tuk beberapa jam mengunjunginya....

Satu pulau lagi dipanggil "public island" yang ni sapa-sapa boleh datang.  Tapi kedudukan pulau-pulau yang public ni bukan dekat nye anak...jauh beb.  kena naik ferry awam yang kosnya hanya USD2-5 one way tapi ia memakan masa 90 minit berbanding dengan speed boat yang hanya memakan masa 30minit tapi mengenakan bayaran sebanyak USD30 sehala.  Yang nak jimat sangat tu, naik lerrr ferry awam tu... tapi mahu muntah tahap dewa selain lama dan juga laut bergelora tuh.... hahahahaha.  AD...?  hahaha, tak perrr lerr ... kirim salam jek la kalau nak naik ferry awam tu. Bayo mahal sikit tak pe...janji cepat sampai... hehehehe.  Ada banyak pulau yang cantik-cantik di Maldives tu, bagi yang tak mampu nak mengedik kat pulau-pulau yang dimiliki oleh taikun-taikun "abg besar" tu...duk aja lerr kat private island.  Tapi tak banyak pilihan lerrr cuma pandai mencari lerrr.  Kalau nak jimat sangat jangan duduk yang jauh dengan Male sebab kalu duk jauh tambang speed boat mahal wooooooo.  Nak jimat duk jek kat satu island yang ada sebelah airport tu iaitu "HULHUMALE"... pas tu merempit lerr ke mana-mana pun yang kau org suka... hahahahaha.  Kalau nak happening sikit duk aja kat Male... sesak sikit tapi pandai-pandai lerr buat arrangement dengan pihak hotel tuk buat aktiviti-aktiviti yang kau orang suka... mereka tu ok jek....

VISA
Tak perlu beb, hanya bila sampai di airport Ibrahim Nassir, Maldives...isi jek borang kemasukkan satu salinan akan diambil oleh pihak Imigresen ketika "on arrival" dan satu salinan lagi serahkan kembali ketika keluar dari Maldives ketika "departure" nanti... senangkan huhuhuhuhu.  Jangan lupa bila sampai kat Imigresen nanti bagi salam dan bila nak balik nanti bagi salam kat pegawai Imigresen tu...sure manis senyuman si hitam manis...hahahaha

AKTIVITI-AKTIVITI DI MALDIVES
Macam yang AD kata di awal tadi, tuk mereka yang tak suka bercuti ala "Hawai Five O" atau "Bay Watch"... jangan gi ler Maldives, buang masa jek....  Maldives ni tempat tuk mereka yang suka keindahan pantai dan aktiviti laut.  Memang heaven beb...amazing I tell you.  Susah nak cete lerr dengan perkataan.  Kena g dan tenggok sendiri baru kau tahu kena sawan atau tak.  Maldives ni tak ada mcm-mcm musim beb... dia musim kering dan musim basah jek... Kalau nak gi, gi antara Sept - April.  Dec is the nice one sebab masa ni laut tenang, langit biru, air cantik dan jernih.  Tak tipu beb sbb AD dah dua kali gi...AD tahu lerrr.  Ia dipanggil peak season dan semua hotel agak mahal masa ni.  Tapi kalau nak gi murah juga, gi lerrr selain bulan yang AD kata tu... memang sampai lerrr ke Maldives tapi kalau cuaca tak berapa elok dan semua aktiviti terbantut buat apa... betul tak... membazir duit jek merempit.


i) Island hopping
Ni aktiviti glamer tau.... pelancong akan di bawa ke beberapa buah pulau yang cantik dan pihak hotel boleh uruskan tuk gi mana-mana pulau yang kita nak gi.  Kalau nak masuk pulau-pulau private pun boleh...bayo jek laaa...pasti "Done"

Island Hopping memang cun beb... tapi setakat dapat rasa lepak 2 atau 3 jam jek la... ambik feel...huhuuu

ii) Snorkelling
Memang heaven beb...cantik snorkelling kat sini.  Macam-macam lubuk ada dan kehidupan coral yang berwarna-warni serta ikan-ikan yang tak takut orang beb.  Bayangkan hidupan di tengah-tengah ocean yang tak tercemar...pasti memukau beb.  Kita gi Pulau Perhentian, Mabul, Pangkor, Kapas dan sebagainya kat Msia pun dah teruja dengan kehidupan marinnya...ini kan pula hidupan di tengah-tengah ocean ni beb... nak tenggok minyak kapal tumpah pun susah hehehehe. Ada ribuan ikan-ikan dengan ribuan species yang cantik-cantik...semuanya mesra kamera beb.  Kalau kau orang kaki snorkelling memang tak nak naik ke darat lerrr.  So, amazing mauhhhhhh.  Dolphines kat sini suka show off beb...lagi kau orang tepuk tangan lagi dia orang mengedik-gedik lompat buat aksi akrobatik hahahaha.

Geng MEC tgh fly hehehehehe

Hehehehe...cuba teka ni siapa...Farah The Diver

Delegasi MEC ...tengah cari lubuk beb

iii) Sandbank
Kau tahu tak apa itu sandbank...tak tahu kan? hahahaha.  Bayangkan kat tengah-tengah lautan ada satu daratan yang tak ada pokok. Macam sebuah pulau kecil dengan pasirnya teramat putih mcm Que putih... Kalau AD, AD selalu buat tempat ni sebagai tempat tuk sesi photography beb...memang cantik.  Sesiapa yang gi merempit dengan AD, tempat ni memang tempat khusus buat aksi lompat kijang terperanjat dan juga aksi pasangan romantik ala-ala Anita Serawak menyanyi lagi "Di Persisiran Pantai".  Tempat ni memang cantik beb...walaupun tak ada pokok tapi ia menjanjikan satu panorama yang agak unik.


Ni lerr sandbank...cun dak...kat Maldives ni

Berjimba atas Sandbank...hehehehe

Dah penat, kita makan duluuuu.....

iv) Night Fishing
Sapa tak kenal Maldives...selain dari tempat kepulauan yang indah, ia juga merupakan syurga pemancing.  Ikut AD tak yah gi memancing ke lautan dalam lama-lama beb.  Kita bukan nelayan yang nak jual ikut namun kita nak merasai feel memancing kat Maldives.  kalau kat pantai-pantai di Malaysia kita memancing...emmm berjam nak dapat iakn.  Kat sini tak yah beb, mereka bawa kita ke lubuk tertentu dalam kul 5.00 petang dan balik 8.00 malam...hasil sembatannya amat lumayan beb...Terbaik dari ladang hahahahahaha





Sunset yang cantik beb kat Island yang kami duduk - mana tak nye...island tu tak ler beso mana keliling laut sahaj huhuhuhu

On The Way ke lautan lepas - Acara memburu Kerapu

Tangkapan lesen yang sulung ... kau ado..?

Jenuh anak dara ni nak dapat lesen...finally
v) Resort Trip
Ni sesi lawatan tuk orang-orang yang "sengkek" ler ni tapi nak merasa nak tenggok apa yang hebatnya sangat private islands ni.  Private Island ni lak tempat orang-orang "berduit" melepak.  Apa tak nye, satu malam jek semurah RM1500 duk kat sini...gila ke apa orang mcm AD nak duduk kat sini...lebih baik berkemah kat tepi pantai kehkehkehekh.  Berkemah kat tepi pantainya pun kena bayo kau tahu...hahahahaha. Yuran kemasukan tuk melawat pulau mereka ni pun semurah USD30 dan semahal USD150... nak masuk tenggok jek tuh hehehehe.  Terima kasih jer lerrr...



Ni tempat exclusive beb... tggk jek laaa.. nak duduk kat sini tggu smpi "pampes" bocor...hahaha.  Tak larat den..

Ni kalau setakat org mcm kita mmg menung jek la tggk tempat ni... kalau ada Datin2 atau dato2 yg "payung" boleh... hehehehe

vi) Diving
Ni tuk kaki diving yang dah ada lesen tapi kalau belum ada lesen tu boleh jek arrange dgn operator kat sana... boleh jek buat lesen terus tapi mahal lerr kot sebab semua dalam USD.  Bagi yang dah ada lesen mcm AD ni, diving ni memang heaven beb...sbb sapa tak kenal maldives, bagi para divers ia merupakan satu performance yang boleh dibanggakan kalau dapat dive kat Maldives ni.  Sapa yang tak teringin... AD?, hehehehe walaupun dah ada lesen tetapi tak ada regu beb.  Setiap kali bawa orang ke Maldives semua buat snorkelling jek...lek eh lehhhh.... hemmm tak mencabar langsung. Tapi sesiapa yang nak buat aktiviti ni boleh aja diuruskan sebab operator yang arrange diving ni senang jek dapat kat sana... huhuhuhu


Bukan diver hard core...nampak beliut laut pun larikkkkkk..

still maintain macho wpun nak masuk dlm air

Sebagai bukti...kita pun boleh hidup dalam air...hahahah

Menyelami dunia dan hidupan laut...hehehe


vii)Whale shark
Kau pernah tenggok shark tak dekat-dekat... yang ni shark dia bukan mcm dimomokkan dalam filem tu beb...sikit-sikit nak terkam orang...sikit-sikit nak gigit orang.  Ni shark "masjid" nye... shark baik...hahahahaha.  Pun sama kos sikit ada mahal lerrr semurah USD 120 kalau ada 7 - 12 paxs.  Kalau dua tiga orang alamat USD 300-400 lerrr...kau mampu hahahahaha.

Ada lagi extreme lagi aktiviti lain beb.  Tapi AD tak mahu cete lerrr... kalau kau orang ambik aktiviti ni, bererti kau orang mampu duk kat private island tu sbb aktiviti ni puan mahal beb iaitu "Air Texi".  Naik pesawat rengan mengelilingi Maldives beb... tak lama 25-30 minit jek tapi entrance fees kehkehkehkeh...google sendiri lerrrr hahahaha.


Aktiviti yang AD senaraikan kat atas tu yang AD anggap yang rengan-rengan jek dan sesuai dengan jumlah hari yang kita lakukan.  Jangan risau...kita jenis kekurangan duit kutu so...buat cara explore mcm orang ada simpanan duit kutu jek.  Apa nak risau...orang yang duduk di pulau-pulau mewah tu merasa langit yang sama...pantai yang sama, orang Maldives yang sama, udara yang sama, negara yang sama... yang membezakan hanya hotel yang berbeza dan aktiviti yang mengikut kemampuan masing-masing... huhuuhuhuu.

ORANG MALDIVES
Sedikit macam Bangla dan India lerrr... tapi mereka semua baik beb dan kebanyakan boleh bertutur bahasa Inggeris rojak.  Tak jadi masalah dengan mereka ni.... nak tahu hati budi memang susah tapi AD ada satu insiden yang amat menyentuh hati dan perasaan.  Tahu tak berapa yang AD dah belanjakan untuk sebuah camera DSLR Canon 7D Mark II dengan lens yang boleh dikira ehem ehem juga harganya.  AD dalam perjalanan ke sebuah pulau yang mengikut penduduk setempat tu agak cantik lerrrr.  So AD dan group gi dan dapatkan ticket ferry ke sana.  Sementara nak check in dan tunggu ferry di terminal ferry AD duduk dan letakkan beg camera dan juga camera yg telah dikeluarkan dari beg di atas kerusi sebelah AD duduk.  Bila ferry sampai AD hanya capai beg camera sahaja tanpa menyedari camera tu ada di atas kerusi.  AD masuk dalam ferry kemudian ferry bergerak dan bila sampai di pulau di mana AD nak gi tu baru AD sedar camera tak ada dalam beg...fuhhhhh pasti kau orang tahu apa yang AD rasa..... Ingatkan tertinggal dalam ferry. Jenuh AD selongkar ferry tu dan pekerja ferry tu tanya kenapa... "My camera!!!"...Where did put you camera? soalnye.  AD jawap "Either on the seat that I just sit right now or on the seat at the terminal we departed" (sambil menunjukkan muka gabra AD...hahahaha).  "What kind of camera?" tanyanya lagi... "Canon DSLR 7D Mark II" jawap AD ringkas.. "You hold on, I call my friend at the terminal" jawapnya memberi harapan. 2 atau 3 minit kemudian.."Sir, you camera is safe, done worry.  You can take it now"... mcm nak berjurai air mata gembira... sampai kat terminal, AD jumpa orang yang jumpa camera AD tu dan ucapkan terima kasih dan dia kata... "I know there is something most valuable in you camera (memory card) than camera itself .  You memories isn't it..."...Perhhh tersentuh beb.  AD keluarkan note USD dan beri pada dia... dia jawap " Brother... we are brother, this is not about money"... sedih tak....kalau kau tak ada hati dan perasaan kau mesti tak tersentuh dengan cerita "Doremon" AD ni... serius beb...bukan sikit AD bagi note USD tuh...banyak tu tuk orang "Maldives" beb... lalu AD insist juga dia ambil tuk duit makan dan munum tengah hari tu.... hehehehheehe.  AD bukan nak cerita pasal apa...AD nak cerita kejujuran orang Maldives....TAPI jeng..jeng...jeng...

Gadis Maldives yang hitam manis beb...
KUASA TAWAR MENAWAR
Bila kau orang sampai kat bab shopping kat Maldives walaupun tuk beli T-Shirt atau cenderamata kena hati-hati dan pandai tawar menawar beb.  Sebab orang Maldives ni keras sikit bab nak bagi rega murah.  Sepanjang jalan di kota Male kau akan dihampiri oleh "ulat-ulat" yang mendakwa ada kedai cenderamata dia punya....ni semua poyo beb... ulat-ulat jek tuh.  Kau boleh gi lerr ikut dia orang tu tapi jangan terus cekop beb...g buat survey banyak kedai.  Kau kena ingat wlau pun bezanya 2 atau 3 USD... mahal tu beb... bayangkan USD1 = RM4.25 ketika AD gi... Kalau kat Msia tak pe ler beza RM2 atau RM3... ni USD beb... anyway selamat shopping...


MALE, MALDIVES
Banyak tempat juga yang kau orang boleh explore kat Male.  Tapi sebenarnya Male tu tak de lerr apa-apa sangat. Sekadar bandar besar dan pusat pentadbiran negara Maldives jek.  Cuma kalau ke Male ada beberapa tempat yang kau orang boleh gi.  Antaranya ialah:-

i) Pusat Islam dan Masjid Terbesar di Maldives
Ni lerr masjid terbesar di Maldives beb... merupakan Islamic Center.. Kau tahu siapa yang bina dan sumbangkan... hehehehe. Kerajaan Malaysia beb dan dibina oleh anak-anak tempatan dari Malaysia.  Ukirannya pun anak-anak Malaysia yang buat.  Menjadi mercu tanda ibu negara Maldives.  Dari jauh dah nampak Masjid ni.  Ni era Tun Dr Mahathir Mohamed ni...


Islamic Center was built and contributed by Malaysian Government

ii) Wet Market atau Pasar basah
Maldives kan terkenal dengan lautan yang penuh dgn kahzanah lautnya yang mengkagumkan.  Dari lautnya yang cantik dan jernih, batu karangnya yang masih "hidup" dan berwarna warni, sampai ler ikan yang berwarna-warni yang kecil sampai sebesar-besar ikan yang ada di perut lautannya.  Kat sini lerr para nelayan menurunkan sebahagian besar ikan-ikan hasil tangkapan.  Macam kita pasar basah lerr.  Tapi sebahagian besar ikan dah dieksport keluar dan hanya sebahagian sahaja dihantar ke sini untuk keperluan rakyat Maldives.  Namun begitu melihat ikan-ikan yang ditangkap pun dah cukup teruja beb... sebagak-bagak ikan sampai sehalus-halus ikan.  yang paling mengujakan ialah ikan tuna "Yellow Fins"... dikatakan antara ikan tuna yang termahal sehingga menjangkau USD50 sekilo.  Bayangkan kalau ikan tuna tu seberat 8-15 kg.... hahahaha sendiri mahu ingat ler .



Yellow fins tuna...

Kalau kuat angkat lerr ikan tu seekor hahahaha

Penduduk tempatan kata, setiap kul 5 - 7ptg waktu tempatan, gi belakang pasar basah ni.  Stingray banyak berkumpul sbb makan sisa-sisa yg dibuang ke laut.  Patut lerr laut dia bersih... huhuhu

iii) Lain-lain : Coral Mosque, Muzium, Water front dan sebagainya

MAKAN
Makan..?  hehehehe, jangan risau beb...kat sana insyallah HALAL sebab 100% masyarakat muslim. Sepanjang berada di sana AD tak nampak seekor "hanjing" pun berkeliaran. Dan difahamkan daging babi DIHARAMKAN dibawa masuk ...apa tah lagi dijual.  Kelakar kan...hehehehe, dalam menu kat restoran banyak menu Malaysia.  Nasi Goreng Kampung pun ada, Nasi Lemak pun ada, Tom Yam pun ada... emmmmm siapa lerr mereka semua ni yek... keturunan Mak Jemah kot...hahahaha.  Nak rasa masakan Maldives pun susah nak tenggok.  Ia lah bila kita gi negara orang sekurang-kurangnya kita nak rasa masakan "the authentic of local foods" kan.... Tapi AD rasa malam BBQ kami yang dikatakan the origin Maldivian food ...hehhehe, tak leh masuk lerrr tasteless.... banyak guna product dari kelapa.  Yang AD suka cuma capati dimakan dengan hampas kelaps campur bawang dan isi ikan tuna... ni nampak mengaum sikit.


Salah satu restoran di Maldives yang menjadi pilihan AD..

Ni lak makanan asli orang Maldives...menyerupai capati di makan dengan kelapa parut yang digaul dengan tuna

Candle night dinner semperna BBQ yang dianjurkan

Ikan bakar ala Maldives...tapi cicah asam kicap tu geng trip MEC yang buat sendiri...org Maldives tak pandai makan dgn benda-benda mcm ni...hehehehe
NAK TAHU HAPPENING ATAU TAK?
Kalau gi dengan kekawan dalam kumpulan yang kecil dan tak tahu apa nak buat apa memang boring beb kat Maldives ni TAPI kalau itinerary tersusun rapi dan gi dalam kelompok mak jemah dan kaki kepo...memang happening beb.  Malaysian Explorers Club selalu bawa kumpulan dalam jumlah yang besar...mcm rombongan Mak Kiah...kat sana mcm-mcm aktiviti yang kita orang buat termasuklah melihat tarian tradisional Maldives yg mcm orang kena sawan tu...ok apa... malam kita ada candle night dinner dan BBQ dan siang kiat terus dengan aktiviti berjimba yang telah disusun atur...

Kalau kau orang nak rasa berjimba dengan AD...ikutilah explorasi ke Maldives untuk siri ke 3, 15 atau 16 Dec hingga 20 atau 21 Dec 2016.  Kita berjimba ramai-ramai bersama AD dan sekutu-sekutu MEC yang lain seperti "GENG REMIT MEC dan MEC TRAVEL BUDDIES" yang lain.  MEC dan ada subsidiries sekarang ni...kehkehkehkeh.  Mereka semua adikberadik AD dan MEC.  Explore dengan kami memang meriah tahap mabuk ketum beb... Ikut lerrr kelompok MEC mana sekali pun  sebab.....

"Ala Kita Kan Adikberadik"

~Abg Duta~


OK Cauuuuuu dulu tuk episod selanjutnya... hehehehehe