Thursday 16 August 2012

EXPLORASI KE BRUSSEL, BELGIUM

BRUSSEL, BELGIUM : 1 - 3 November 2011


Assalamulaikum wbt..Salam explorasi.  Perjalanan dari bumi Amsterdam ke Brussel, Belgium sebenarnya tidaklah begitu jauh.  Belgium tidaklah sebesar mana, ibarat sebuah pulau yang boleh dikelilingi sehari atau sehari setengah untuk diexplorasi.  Tertanya-tanya juga apa yang menariknya di Belgium.  Jarak perjalanan dari Amsterdam ke Brussel, Belgium mengambil masa 2 jam 45 minit dengan kelajuan selamat dan yang telah ditetapkan.  Seperti di tempat-temapt lain di negara europah, sepanjang perjalanan dalam musim luruh, kami disajikan dengan suasana bumi berwarna kuning , merah oren dan hijau muda.  Itu pun kami bernasib baik kerana waktu lawatan adalah waktu daun belum gugur sepenuhnya.  Jika waktu lawatan dibuat pertengahan November mungkin pokok-pokok sudah botak dan kering disebabkan daun semua luruh bagi menyambut kehadiran musim winter atau salji. 

(Salah seorang krew kembara memandu kereta yang disewa di sepanjang kembara)
Brussel Belgium adalah sebuah bandar klasik seperti kebanyakan bandar-bandar lain di europah.  Bandar yang kurang terusik oleh arus pembangunan dan masih mengekalkan senibena bangunan lama sebagai sandaran.  Sebenarnya Brussel belgium tidak terdapat dalam pelan pelancongan penulis dan krew kembara namun disebabkan jarak pemanduan dari Amsterdam terlalu lama dan jauh maka kami mengambil keputusan untuk memasukkan Brussel sebagai salah satu destinasi persinggahan.  Tidak banyak tempat yang kami lawati di Brussel kecuali beberapa lokasi sejarah.  Namun Belgium terkenal dengan "chocolate" nya yang sedap dan lazat terutama mereka yang menjadi pengemar chocolate.  Bagi penulis yang kurang mengemari chocolate, hanya menjadi penonton rakan krew kembara yang lain membeli belah.


(Chocolate Mall, Brussel, Belgium)
Satu pekara yang amat sukar bagi pengembara muslim seperti kami di Brussel adalah mencari kedai makanan HALAL.  Jika ada pun kami berpandukan googlemap tempatan untuk mencari point of interest (POI) kedai makanan muslim namun kedudukannya bertamburan dan amat jauh menyukarkan kami untuk pergi ketempat tersebut.  Nasib baik kami membawa bekalan makanan segera untuk ditatap dan disantap maka tidak lah terasa kebuluran sangat sepanjang berada di Brussel.  Kami cuma dapat menjumpai satu kedai makanan muslim Bangladesh.  Namun statusnya amat diragui disebabkan mereka menjual minuman keras di dalam kedai yang sama.  Apabila diyakinkan oleh penjual Bangla tersebut bahawa makanan mereka memang halal dan mereka terpaksa menjual minuman keras bagi memenuhi selera rakyat tempatan dan survival perniagaan mereka, kami pun akur.  Walaupun tekak kami terasa "kembang" (maklumlah teringatkan bangla di Malaysia), namun kami tidak mempunyai banyak pilihan apatah lagi Bangla yang menjual makanan muslim tersebut banyak pengetahuan mengenai Islam.

Aktiviti kami di Brussel begitu terhad kerana tidak banyak maklumat yang kami ada berkaitan negara yang kecil itu.  So, kami habiskan masa dengan bersiar-siar dipersekitaran parameter berjalan kaki dari hotel di mana kami menginap.  Parking di Brussel amat susah bagi penulis dan krew kembara kerana disamping harga parking yang mahal, untuk mencari parking kosong juga satu masalah lain yang harus ditanggung oleh kami.  Jadi, kami mengambil keputusan untuk bersiar-siar dengan berjalan kaki sambil mengambil gambar yang tak boleh blaaa ni... hehehehe



(Kes dah tak tahu apa nak buat)
(Aksi tak boleh blaaa)



 


















Ketika menyusuri bandar Brussel, penulis sempat pergi kebebrapa tempat tarikan pelancong yang tidak berbayar.  Memandangkan kembara kami adalah kembara ber "budget" maka kami cuba mengurangkan untuk memasuki tempat tarikan pelancong yang mengenakan bayaran.  Boleh dikatakan semua tempat-tempat tarikan pelancong dieuropah berbayar.  Cuba bayangkan untuk memasuki sesuatu kawasan tarikan, kami terpaksa membayar antara 10euro hingga 25euro (RM40 - RM100).  Itu hanya satu tempat, bayangkan kalau setiap bandar yang dilawati terdapat 4 atau 5 tempat... hehehehe, cerita pun tak guna.


Saint-Hubertus Royal Gallery
Merupakan gallery seni berbumbung yang terbesar di europe (Lebih kurang kalau di Malaysia ni macam Pasar Seni di KL la).  Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan cenderahati dicadangkan ke galeri ini dan kedai-kedai yang berada dipersekitarannya.


(Saint-Hubertus Royal Gallery)
(salah satu kedai di Saint-Hubertus Royal Gallery)














Salah satu senibena bangunan rakyat Belgium yang mas dikekalkan di tengah-tengah bandar Brussel.  Dan, kebetul ketika penulis berkunjung ke sini kerajaan Jepun sedang menjalankan kempen "Japanese International Culture 2011".  Penulis berkesempatan mengambil beberapa "snap shot" sebagai kenang-kenangan.


(Senibena bangunan masyarakat Belgium)
(Japanese International Culture 2011)













 

KEMBALI KE FRANKFURT 3 - 5 November 2011.

Perjalanan kembara penulis dan krew diteruskan ke garisan "penamat" iaitu ke Frankfurt.  Bandar Frankfurt sebenarnya seperti bandar-bandar lain di dunia, mengalami perubahan yang amat drastik.  Satu panorama yang tidak begitu asing dari segi pembangunan dan kemodenan.  Perjalanan dari Brussel ke Frankfurt sebenarnya hanya mengambil masa 4 - 5 jam pemanduan selamat (mengikut had laju yang tertera).  Sepanjang perjalanan penulis dan krew kembara lebih suka memandu mengikut hadlaju yang dicadangkan.  Ini disebabkan pertama, kami ingin melihat panorama sekeliling dengan tenang serta penghayatan bagi merakamkan sebanyak mungkin "data-data" di dalam minda.  Ke dua, penulis tidak mahu dikenakan saman kerana jika di Malaysia speed trap dikenakan saman RM300 namun jika di europah andaian kadar saman yang sama dikenakan maka kami terpaksa membayar RM1,200 atas pertukaran wang mata asing iaitu 1euro = RM4.  Tak pasal-pasal kredit kad penulis yang menjadi mangsa... hehehehe.

Di Frankfurt, kami tinggal di NH Hotel.  Selama 3 hari di Frankfurt, kami hanya bersiar-siar di bandaraya Frankfurt sambil menikmati banyak makanan halal di sana. Di Frankfurt, untuk mendapatkan makanan halal tidak menjadi satu masalah malah di Frankfurt juga ramai pekerja-pekerja Indonesia (seperti di Malaysia) yang berkerja di sana.  maka dari segi untuk meminta pertolongan atau maklumat bukan sesuatu yang rumit.  Begitulah hendaknya dengan pekerja Indonesia ni ye... di mana-mana pun mereka ada, sampai ke German tuh tuk mencari rezeki.  Namun perkembangan fesyen di Frankfurt  menyebabkan gadis-gadis pembantu rumah/kedai Indonesia menjadi tampak "comel" dan bergaya dan tidak seperti pembantu rumah/kedai Indonesia di Malaysia. 


(Salah satu "snap" yang diambil sepanjang perjalanan dari Brussel, Belgium ke Frankfurt)

(Bandaraya Frankfurt dari susuran sungai berdekatan)
Sebelum kami kembali ke Kuala Lumpur (Esok Hari Raya Haji), kami sempat mengayakan beberapa aksi gambar Frankfurt di waktu malam sebagai kenang-kenangan.  Dengan ketiadaan flash kamera, maka inilah hasil-hasil gambar yang tak berapa menjadi hasil ujikaji orang yang "tidak berilmu" fotographi yang boleh dikongsi oleh penulis kepada pengemar dan pembaca blog Dunia Explorasi ini.


(Ujikaji penghasilan cahaya bagi membentuk nama penulis "NAPI")


(Penulis dan krew kembara sebelum kembali ke tanahair ke esokkan harinya)

Beginilah berakhirnya kembara penulis bersama krew kembara sepanjang explorasi bumi europe selama 10 malam 11 hari.  Penuh kenangan, ketegangan, pengalaman, cabaran, ujian namun semuanya dapat diatasi dengan baik atas semangat kerjasama semua krew kembara yang spoting belaka.  Sebenarnya jika kita mempunyai krew yang spoting dan ceria certa lawak di sepanjang lawatan, kembara kita akan lebih bermakna dan tidak meletihkan.  Penulis berharap kembara yang serupa akan dilakukan dari masa kesemasa ke bumi europah jika diberi ruang dan peluang di masa akan datang.

"SAYONARA" FRANKFURT, BERLIN, HAMBURG, AMSTERDAM, BRUSSEL... see you when I see you..



(Menanti giliran untuk boarding to KLIA)

(Sempat membuat "lawak Seram" sebelum kembali ke tanahair)

"C U when I C U"











No comments:

Post a Comment