Friday 17 August 2012

HONGKONG AND QUANGZHOU, CHINA : April 2012

Hong kong Dan Quangzhou, CHINA 11-16 April 2012

Hong Kong? Guangzhou?... hehehehe, sebenarnya sesuatu yang tak terfikir untuk mengexplorasi bumi ini.  Kepergian penulis untuk menyingkap tirai pulau yang pernah dijajah British (Hong Kong) dan tanah besar China ini hanyalah satu kebetulan atas pelawaan seorang sahabat penulis yang kebetulan mempunyai misi dagang di sana.  Kebetulan di sebab kan pakej yang ditawarkan oleh sahabat iaitu RM2,000 begitu mengujakan termasuk tiket penerbangan dan penginapan sepanjang lawatan maka penulis pun bersetuju untuk turut serta.  Pengesahan dan tawaran sebenar dibuat 3 hari sebelum lawatan maka banyak persedian yang tidak dibuat.  Apa yang penulis lakukan adalah membawa barangan yang wajip sahaja terutama "mata dan otak" kedua penulis iaitu kamera DSLR Canon 60D penulis (ini yang penting).  Kepergian penulis ke Hong Kong dan China sebenarnya sesuatu yang tidak mendapat rangsangan yang baik dari hati penulis lagi-lagi apabila selama ini mendapat gambaran bahawa negara China dan Hong Kong sendiri terdapatnya kes-kes penahanan rakyat asing ketika di airport serta hukuman-hukuman serta soalsiasat jika ditahan oleh pihak berkuasa di sana.  Walaupun penulis menyedari bahawa tidak ada apa yang perlu ditakuti disebabkan penulis ke sana atas lawatan sosial "bersih" namun dari berita-berita yang digembar gemburkan menjadikan penulis sedikit berwasangka terhadap lawatan kali ini. 

Perjalanan penulis dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong hanya mengambil lebih kurang 6jam.  Atas perkongsian kod antara Malaysia dengan kerajaan China, penulis menaiki kapalterbang Cathay Pasific  Airlines dan mendarat di Hong Kong International Airport. Sampai sahaja di airport Hong Kong, penulis terpaksa menanti lebihkurang 5 jam lagi kapalterbang dari Kuala Lumpur disebabkan saat-saat akhir terdapat seorang teman kepada sahabat penulis ingin turut serta dalam explorasi ini.  Memandangkan kami akan menginap di Shenzhen (di Hotel Muslim di tanah besar China), kami terpaksa menunggu sahabat tersebut tiba dari Kuala Lumpur.  Ini disebabkan seandainya kami mengambil keputusan untuk pergi ke hotel dan kembali ke Hong Kong airport untuk menjemput sahabat tadi, ia akan mengambil masa yang lama dan di tambah lagi urusan imigresen yang rumit.  Untuk pengetahuan, walaupun Hong Kong sudah dikembalikan kepada China namun soal kemasukan dan keluar pelawat antara China dan Hong Kong masih dijalankan seperti biasa oleh pihak Imigresen antara dua daerah ini.  So, penulis teringat satu filem yang penulis tonton (penulis memang suka menonton DVD movie) iaitu "TERMINAL" di mana dibintangi oleh pelakon kacak Tom Hanks dan heroin cantik Catherine Zeta-Jones, mereka terkandas di airport seperti "man with no land" (tiada warganegara) hehehehe.  Namun disebabkan Hongkong International Airport menawarkan wifi percuma yang laju maka sekurang-kurangnya waktu menunggu tidaklah terasa bosan.

(Inilah sahabat penulis "Ustaz Syahnas" yang berjaya "mengoda" penulis untuk ke China)
 Perjalanan kami diteruskan  ke Sunzhen.  Kami menyewa kenderaan MPV untuk menuju ke "Hotel Muslim" di daerah Shenzhen dengan kadar HKD700 (RM282).  Namun memandangkan Hong Kong dan China masih mempunyai atau mengekalkan pentadbiran imigresen berbeza, kami hanya dihantar sampai ke Luohu dan kemudian kenderaan dari daerah tanah besar China pula akan menyambung perkhidmatan mereka untuk ke destinasi yang dituju.  Sebenarnya kami boleh menggunakan perkhidmatan keretapi (mcm monoril atau LRT) untuk ke hotel yang terletak dipinggiran Shenzhen dan jaraknya pun tidaklah berapa jauh iaitu lebih kurang 1 jam setengah perjalanan.  Namun apa bila melihat beg yang kami bawa, kami merasakan tidak sanggup untuk memikulnya disebabkan kami terpaksa bertukar-tukar keretapi apabila sampai ke satu-satu perhentian. Lagi pun perjalanan menggunakan keretapi mengambil masa yang amat panjang dari menggunakan kereta sewa disebabkan perkhidmatan yang berhenti-henti dan bertukar keretapi.

Hari pertama kami habiskan dengan istirehat sambil membelek-belek itinerary untuk ke esokkan harinya.  Di Hotel Muslim kami tidak banyak menghadapi masalah makanan kerana masyarakat sekeliling ramai yang berugama Islam dari keturunan cina muslim.  Malah, bersebelahan dengan Hotel Muslim terdapat restoran cina muslim yang menghidangkan masakan Islam.  Cuma kita sebagai masyarakat melayu Islam sama ada selesa atau tidak sahaja dengan menu masakan cina yang lebih berorientasikan sop dan mee.


TRADE EXHIBITION DI ASIAWORLD-EXPO, HONG KONG 
(Pelabuhan Hong Kong)
Setelah semalaman beristirehat, keesokkan harinya kami pergi ke Hong Kong International Airport semula bagi menghadiri "Trade Exhibition" yang diadakan di AsiaWorld-Expo yang tidak begitu jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.  Memandangkan segala urusan untuk menjadi peserta telah diuruskan terlebih awal, kami tidak menghadapi masalah untuk mengekses kawasan pameran.  Lagi pun kami mempunyai pas keahlian bagi memasuki kawasan pameran.  Bagi mereka yang mempunyai keupayaan kewangan yang besar, pameran ini menawarkan peluang perniagaan yang cukup berpotensi sebagai pengedar barangan buatan China.  Tidak hairanlah jika kita di Malaysia ini dilambakkan dengan barangan buatan China yang murah.  barulah saya mendapat gambaran sebenar mengapa barangan elektik/elektronik di Jalan Pasar, Pudu Kuala Lumpur begitu murah sekali.  Bagaimana peniaga-peniaga cina Malaysia mendapatkan accessories handphone, GPS, accessories kereta, cenderamata dan sebagainya begitu murah sekali lalu dijual di negara kita dengan harga yang cukup berbaloi untuk mendapatkan untuk 500%.  Bayangkan pointer dan remote control untuk power point presentation di jual dengan harga RM10 di China namun di Malaysia dijual dengan harga RM150.  Sampai suatu ketika dengan harga RM10 kita boleh mendapat 10 unit pointer yang tidak berjenama itu (jika ada harga borong).  Namun, prasyarat pembelian barangan tersebut tidak boleh dibeli  dengan kuantiti yang sedikit.  Ia harus dibeli dengan kuantiti yang banyak dan tidak hairanlah kebanyakan pedagang-pedagang Malaysia yang mempunyai modal operasi yang besar boleh mengaut keuntungan yang besar juga.

PERJALANAN KE QUANGZHOU, CHINA

(Keretapi laju dari Luohu, Shenzhen, China ke Quangzhou)
(Kelajuan yang tercatat pada skrin di dalam keretapi)
Hari berikutnya kami menuju ke Quangzhou China dari Luohu, Shenzhen.  Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit ini amat menyeronokkan.  Ini disebabkan China merupakan salah satu pengeluar keretapi terpantas di dunia.  Dengan kelajuan lebih kurang 200km/jam, dengan jarak 149km dan ditambah pula dengan layanan pramugari-pramugari gadis cina yang manis-manis membuatkan perjalanan kami tidak begitu terasa.  Walaupun kami mempunyai masalah bahasa, namun bahasa badan mereka termasuk senyuman mereka membuatkan kami tak lekang-lekang mengusik mereka.  Perut yang lapar (disebabkan tidak ada makanan halal)  sedikit pun tidak terasa kerana kelucuan krew kembara yang cuba berkomunikasi dengan mereka dengan menggunakan bahasa isyarat.

Akhirnya kami sampai ke Quangzhou, bandar yang dikatakan "syurga lambakan barangan berjenama yang murah".  Betul ke?... Ayoh kita selusuri kebenarannya dengan membuat sedikit explorasi nyata yang dibuat oleh penulis.

Insyallah... jika ada masa, catatan explorasi ini akan disambung lagi... ~Bersambung~
(Station keretapi Quangzhou)

No comments:

Post a Comment