Wednesday 23 March 2016

"Don’t go for the Northern Lights; go for the destination"


DON'T GO FOR THE NORTHERN LIGHT (AURORA BOREALIS) : GO FOR DESTINATION

Sumber internet
AD NAK KONGSI sikit tentang persepsi pemburuan Aurora ni. Mungkin ini dapat memberi gambaran bagi mereka yang benar-benar "berkehendak' dalam pemburuan aurora tetapi kecewa. Apatah lagi ia seperti menolak "takdir Maha Pencipta" . Ramai sudah mengetahui dan ramai yang sudah membaca tentang artikal berkaitan aurora. Tidak dinafikan AD juga salah satu pencinta alam dan phenomena yang d anggap "rare" ini. AD juga teringin sangat untuk melihat ciptaan Tuhan ini seperti yang lain. Namun bezanya AD sudah membuat persiapan awal di dalam menghadapi ketentuan jika tidak ditemukan. Merancang serta membuat persiapan awal satu kemestian namun kita bukan pakar segala pakar untuk melihat sesuatu yang diluar kawalan. Sedangkan pakar sendiri tidak dapat memberi jaminan bahawa "makhluk" ini dapat dilihat kerana banyak faktor yang tidak dijangka sering menghambat kita.

ICELAND banyak memberi pengajaran kepada AD. Explorasi ke Iceland ini merupakan explorasi pertama AD ke bumi antartika yang berada di utara dunia dan bawah sedikit dari Greenland. AD bukan lah bomoh hujan dan ribut yang boleh membawa "kelapa" atau "tembikai"...apatah lagi teropong yang dapat melihat sesuatu serta mengalihkan sesuatu. Bagi mereka yang memahami dan menjadi travellers tegar mungkin memahami kerana percaturan bukan selalunya betul. Perancangan yang dibuat begitu lama serta kajian menyeluruh telah dibuat termasuklah forecast yang digunakan oleh kerajaan Iceland. Namun itu bukan ketentuan muktamad kerana semua kehendak-Nya. Bagi yang telah mengeluarkan belanja yang banyak, AD amat memahami... namun bagi....(oh tidakkkkk tak sanggup AD teruskan (so sad)).

Seminggu berada di Iceland cukup menguji demi memenuhi permintaan adikberadik. AD telah meletakkan semua sasaran KPI dengan baik dan semua telah tercapai kecuali makhluk bernama "AURORA". Makhluk ini benar-benar memberi tekanan dan beban kepada AD kerana makhluk ini AD menjadi sasaran kegagalan misi mereka. Sebagai explorers yang sering ke luar dan mengendalikan explorasi, AD biasa dengan kerenah adikberadik dan amat memahami. Sering menanggungnya sendirian dan jika mereka mengetahui pengorbanan yang AD buat, pasti mereka menghargainya. Pemanduan yang berjam-jam siang dan malam demi memenuhi permintaan adikberadik. Namun itu bukan alasan kerana janji AD demi "Ala kita kan Adikberadik". Seminggu berada d Iceland juga cuaca tidak menentu malah seminggu sebelum berangkat AD dikhabarkan ribut melanda, cuaca mendung dan kekadang hujan. Malah delegasi MEC yang datang awal pun memberi laporan sedemikain rupa. Parameter titik putih yang dikatakan tiada awan dan membolehkan kita melihat aurora sering berubah-ubah dan kebanyakkannya di barat Iceland. Untuk ke sana ia memerlukan perjalanan yang amat jauh. Pihak syarikat yang menawarkan pemburuan aurora yang kebanyakan berpusat di Reykjavik pun tidak mampu membawa ke lokasi sejauh itu... ia nya membawa dalam parameter 1 atau 2 jam perjalanan (melihat aurora hanya pada waktu malam dan apa ciri-ciri untuk melihatnya...search dan google lerrr hehehehehe).

Bagi mereka yang pintar dan pandai melihat dan memburu Aurora, mengikut explorasi AD dalam explorasi ke Iceland adalah satu pembaziran. Mungkin ia dijadikan asas untuk membuat perancangan sendiri pada suatu hari nanti dan ketika itu mungkin mereka akan menemui banyak pembelajaran di dalam pencarian. Bagi mereka yang tak pernah ke Iceland apatah lagi melihat aurora menjadikan jalan cerita kegagalan ini sebagai "bahan" untuk merentap jiwa mereka yang pergi dan bukan menjadikan nilai spiritual takdir Allah sebagai satu penenang dan nasihat.  Ia merupakan satu rentapan kepada "jiwa" adikberadik yang kecewa dalam pencarian.  Ketika inilah mereka cuba menjadi "pakar" dalam perancangan dan pencarian Aurora (Di akhir kalam ini AD ada sertakan artikal dari professional  Aurora Hunter untuk dijadikan bahan bacaan). Soalan2 seperti, organizer/tour leader tak buat perancangan ke? tak tahu kat mana spot aurora ke? Tak study ke? dan mcm soalan2 polis pencen yang hebat dalam siasatan.  Mungkin peserta adikberadik mempunyai silap tanggapan tentang pencarian Aurora dalam explorasi ni.  Bila pergi ke Iceland, mereka ingat AD lah orang yang akan membawa mereka memburu Aurora.  Seperti AD nyatakan AD bukan pakar nak buat kerja-kerja tu sehingga ada yang berkata "Aurora untuk diburu dan bukan untuk ditunggu".   Perancangan ke Iceland dibuat setahun lebih awal dari tarikh explorasi, kedudukan aurora yang berubah-ubah mengikut cuaca dan lain2 faktor mana boleh dijadikan sandaran dalam tempoh setahun awal perancangan.  Ini yang org pesan "Kita hanya mampu merancang, yang lain Allah tentukan".  Saban hari AD melihat aurora forecast dan setiap hari AD menghubungi syarikat pengendali Aurora. Namun mereka yang pakar dalam pengendalian ini mengakui bahawa "No Aurora Tour due to the bad weather". Itu pakar yang kata.... bukan AD yang kata. Demi memenuhi "nafsu" adikberadik, AD mengikut juga kehendak mereka demi untuk tidak mengecewakan mereka...... "Ala kita kan Adikberadik". Mereka memilih titik putih yang mereka jangka mempunyai tahap pengelihatan yang baik untuk melihat Aurora (berdasarkan keterangan web2 dan aurora forecast yang mereka baca). Malam tersebut adalah malam ke dua AD cuba memburu Aurora mengikut kehendak mereka tanpa bantuan sykt pemburu Aurora. Perjalanan mengambil masa hampir dua jam pergi dan 2 jam balik. Tidak dapat dinafikan betapa letihnya AD malam tu setelah seharian (siang) memandu, apatah lagi pada pagi tu juga salah seorang peserta akan balik dan tak mahu ketinggalan flight. Majority lelap dalam kereta namun AD akan pastikan tahap kesiapsiagaan AD dalam keadaan 100% fit bagi memastikan keselamatan di dalam pemanduan dan nyawa 8/9 penumpang di dalamnya...apatah lagi pemanduan di dalam keadaan jalan yang sempit dan bersalji di sesetengah tempat. Akhirnya usaha kami tetap gagal kerana ketika itu titik parameter putih tidak kelihatan disebabkan awan bergerak ke arah yang ditentukan. So siapa nak jawap kehkehkehkehkeh. Betul kata-kata dari pembacaan seorang kakak dalam adikberadik MEC... "If you do not like Iceland's weather, wait 5 minutes" bererti Iceland weather boleh berubah-ubah dalam sekelip mata. Tak mengapa... AD tak akan sesekali merasa kecewa jika ketidak munculan aurora ini menjadikan AD "disindir" atau dikritik sebab AD tahu AD dah melakukan yang terbaik pada aktiviti-aktiviti lain yang dibawah kawalan AD. Jika cuaca yang menjadi penentu...menyalahkan AD bererti mereka menyalahkan Allah jua. Sebab itu AD mengambil inisiatif untuk mengumpulkan activity fees dan menyerahkannya kepada syarikat excursion aurora untuk mengendalikan aktiviti ini  walaupun terdapat juga hidden cost yang terpaksa AD tanggung di sini...namun seperti telahan mereka "Ala kita kan Adikberadik"... terpaksa AD akui dan telan seorang-seorang hehehehehe. AD bukan pakar dan pelu menyerahkan kepada mereka yang pakar untuk mengendalikannya. Bagi mereka yang "pakar" dalam teori pemburuan, mungkin pemburuan ulangan boleh mereka lakukan sendiri suatu hari nanti. Bagi pengendali-pengendali trip yang lain, AD pasti ia sudah menjadi asam garam dalam pengendalian kerana sesetengah manusia hanya dapat melihat kelemahan kita dari kebaikan yang telah dilakukan. Mereka tidak nampak banyak pengorbanan yang kita lakukan kecuali sesetengah pengendali yang mengambil peluang keuntungan lebih daripada objektif sebenar. Mempunyai niat yang songsang serta mempunyai agenda tersembunyi tertentu.

Terdapat sebahagian adikberadik yang menyambung pemburuan selepas kumpulan yang ada kembali ke Malaysia.  Namun usaha mereka tetap juga gagal akibat faktor yang sama iaitu cuaca. Kalau dah tertulis...itu lah juga... konsep redha dan terima kenyataan lerrr..

MEC secara jujur jelas lagi terang sejak 3 tahun penubuhan dalam pengendalian mempunyai misi yang terang berasaskan tagline "Ala kita kan Adikberadik" cuba membantu para adikberadik mendapatkan kos explorasi yang bersesuaian dengan status peserta. Ingin membawa semua adikberadik terbang sama dan melihat kebesaran Tuhan seperti mana orang yang berkemampuan yang lain...Memang diakui sebagai pengendali explorasi AD ada mengambil sedikit lebihan keuntungan untuk dikongsi sama kepada mereka yang berkorban sama seperti para pilot (pak supir yang berjaga dan memandu setiap masa dengan kurang tidur dan memerah tenaga serta risiko penjagaan kereta sewa yang di atas batu jemala mereka). Itu semua bagi menghargai mereka. Juga insentif  kepada mereka yang menjadi penyumbang idea kepada explorasi kita kerana itu AD memberi insentif  kepada mereka. Pengaggihan juga diberi kepada mereka yang setia menjadi adikberadik MEC sepanjang masa dan sama-sama berjemaah berexplorasi... Ini merupakan perkongsian lebihan untuk adikberadik semua, sebagai "rewards program" rezeki yang dikongsi. AD juga tanpa diminta akan memberi sumbangan kepada mereka yang layak di atas ciri-ciri yang AD tentukan sendiri.  Konsep "syukur" harus ada pada diri kita kerana masih diberi rezeki yang dikongsi. Untuk mengembara atau berexplorasi memerlukan satu usaha yang amat gigih bagi mereka yang kurang berkemampuan dan mungkin "nothing" bagi mereka yang mendapat sedikit lebihan rezeki yang Allah beri. Apa yang lebih penting ialah ukhwah sesama kita disebabkan MEC masih kekal dijadikan ruang explorasi ala keluarga sebab "ALA KITA KAN ADIKBERADIK". Ramai sahaja yang memerhatikan kita diluar sana dan mereka juga tumpang suka dengan ikatan kekeluargaan kita.

UNTUK BAKAL ADIKBERADIK MEC
Untuk bakal adikberadik MEC yang akan turutserta dalam explorasi MEC March 2017 ke ICELAND... ni pesanan AD.  "Don’t go for the Northern Lights/ Aurora Borealis; go for the destination due to its attractions".  Enjoy the scenery and the beauty of Iceland.  Its landscape, its nature and everything in Iceland is really amazing.  kalau jumpa aurora borealis dikira BONUS... Jika kita pergi ke Iceland demi Aurora, kita akan kecewa jika tidak menemuinya namun jika kita pergi Iceland kerana keindahan dan keunikkannya...you will get it.  Allah dah takdirkan dan pilih bahawa kita di antara orang-orang yang terpilih untuk melihatnya ketika itu.  Bagi yang belum berkesempatan untuk melihatnya...Allah mungkin mempunyai perancangan-Nya yang Maha hebat untuk diperlihatkan sesuatu yang lebih baik dan hebat suatu hari nanti. Jika adikberadik merasa kecewa, AD adalah orang yang paling "kecewa dan tertekan" kerana jika boleh AD juga nak melihatnya di dalam keadaan belum dapat dan tidak pernah melihatnya.

Akhir kata...MEC dan AD tetap sayang anda semua dan tidak sesekali berkecil hati kerana konsep MEC ialah "Ala kita kan Adikberadik".. apa yang ditegur akan AD ambil secara positif dan konstruktif asalkan jangan ada "tunggul melintang jalan pun AD di persalahkan". Sebagai adikberadik sepatutnya kita sama-sama mencari jalan penyelesaian bersama dan memahaminya jika ia bukan dalam kawalan manusia. Jika anda ingin dilayan seperti Travel Agency lain layan anda dalam kelas tersendiri... mungkin MEC bukan wadah yang sesuai untuk anda turutserta... akhir kalam... "Ala kita kan Adikberadik"

Terlalu ramai professional travellers di luar sana yang mempunyai pengalaman yang lebih hebat dari AD dan dari kita semua. Dalam isu Aurora ini AD akui AD non atau zero pasal pemburuan...antara professional travellers,  AD tertarik dengan artikal Professional Traveller ini yang boleh kita renungkan sama-sama dan baca (iqra')... mungkin AD silap namun artikal ini menjadikan AD antara mereka yang mempunyai persepsi yang betul dalam pencarian Aurora..

ARTIKAL UNTUK DIBACA : Tulisan professional aurora hunter dari professional traveller
http://luxeadventuretraveler.com/northern-lights/








2 comments:

  1. Terbaikkkkkkkkk laaaa...sy fhm n memahami keadaan ini..

    ReplyDelete
  2. Thanks adik Nurul Hana Yahaya... :)

    ReplyDelete