Friday 25 March 2016

EVERYBODY DESERVES TO BE HAPPY AND DESERVES TO TRAVEL LIKE ANYBODY ELSE

SOALAN UTAMA
Q : AD...Kakak/Abang ni dah 50tahun ke atas...umur warga emas dah, boleh tak join kelab Malaysian Explorers Club AD to travel...?


AD : Nak buka mukadimah panjang ni...hehehehe

PERMBUKA BICARA
ASSALAMULAIKUM WBT semoga kita semua sentiasa mendapat Rahmat-Nya dan Bissmillahhirohmannirrohim...Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Juga salam sejahtera buat sahabat-sahabat yg bukan beragama Islam..

Sesungguhnya semua kalam Allah itu benar dan apa yang tercatat di dalam Al-Quran itu benar dan peringatan-Nya juga benar.  Beribadah bukan setakat di atas sajadah, beribadat itu luas pengertiannya waima dengan bercakap baik dan berprasangka baik itu juga ibadat namanya. "Maka nikmat Allah yang mana satukah yang kamu dustakan" (Dalam surah AL-Rahman banyak disebut).  Ziarah itu bukan sahaja di Makkah dan Madinah, Ziarah itu juga boleh dibuat di mana-mana di atas mukabumi Allah ini asalkan ia memberi peringatan dan keinsafan nilai spiritual diri dan memperkuatkan keimanan kita.  Dalam banyak-banyak ayat di dalam Al-Quran berkaitan kembara (travel/explore), AD tertarik ayat printah Maha Penakluk (Al-Qohhar - Nama Allah dari Asma Al Hussna).

Surah Al Hajj Ayat 46 yang berbunyi ..

"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada"


Abang Aziz yang mendapat strok sebelah badan
ABANG AZIZ (60an - dalam gambar) adalah seorang traveler/explorer kental dan banyak membuat aktiviti-aktiviti sihat disepanjang hidupnya. Pantang jek dengo nama "gunung", hatinya berdetik dan terangsang untuk mendakinya sehinggalah Allah uji dia sekembalinya dari explorasi di bumi Kangroo Australia.  Sebahagian nikmat kekuatan fizikalnya Allah tarik sedikit setelah sekian lama dipinjamkan-Nya.  Sebahagian badannya lumpuh (strok tapi masih mampu berjalan) namun dia masih mampu untuk meneroka .  Pada awalnya AD tidak mengetahui dan tidak tahu akan keadaan abg Aziz.  Gambar di Facebook cukup ganteng dan sado sedikit pun tidak mengambarkan keadaan abg Aziz yang sebenar. Ketika permohonan untuk menyertai explorasi ke bumi "FIRE and ICE" di Iceland, soalan yang sama juga abg Aziz tanya adakah dia yang dalam katogeri "heavyweight" (warga emas) boleh menyertai explorasi MEC (Malaysian Explorers Club) atau tidak.... AD mempunyi pandangan yang cukup positif sekali. Jawapan AD mudah..."Sudah tentu boleh" kerana bagi AD setiap manusia memang layak untuk merasai kegembiraan (happiness) dan mencapai apa yang mereka belum capai atau ingin capai.  AD tidak pernah membezakan keinginan mereka mahu pun keinginan AD.  Mereka juga berhak merasai seperti apa yang orang lain rasai. Tiada segmenatasi serta perbezaan di dalam explorasi.  Apa yang penting AD jelaskan beberapa pekara sebelum turut serta sebab ia juga menyumbang kepada perjalanan sesuatu xpdc yang kita akan lalui nanti.  Istilah xpdc jangan dilihat dari perspektif berat seolah-olah explorasi MEC ini begitu lasak dan terlalu "extreme" di dalam aktiviti outdoor.  Tidak... tidak sama sekali.  Explorasi MEC lebih berkonsepkan santai dan merempit "ala adikberadik" sambil melihat satu perbezaan keindahan yang biasa kita lihat di negara kita tercinta ini.

Explorasi dalam konteks MEC adalah melihat sesuatu dan mencari sesuatu yang berbeza. Sebagai contoh, bila sebut melancong banyak yang meredah kota-kota sambil menjinjing beg shopping.. MEC tidak lerr gitu. MEC hanya banyak merempit melihat keindahan kampung dan landskap asli kejadian dan penciptaan Allah.  Namun MEC tidak pernah mengenepikan elemen explorasi kota itu sebagai tidak perlu sebab di situ juga ada peradapan, ada nilai, ada sistem yang boleh dijadikan perbandingan dan sudah pasti boleh dipelajari.  Sama ada kita dapat pekara buruk yang boleh dijadikan sempadn dan tauladan atau pun pekara baik yang boleh dicontohi.  Semuanya atas kita dan rujukan kita....

Q: Apakah konsep MEC abang AD..?

KONSEP, TEMA DAN METHODS
Dah banyak kali AD kongsi konsep explorasi MEC kepada adikberadik di luar sana.  Konsep MEC adalah santai dan berpemanduan.  Kenderaan yang MEC sewa biasanya berkonsepkan kekeluargaan iaitu MPV yang mempunyai 7/8/9 tempat duduk.  Sudah tentu ia agak besar dan mempunyai ruang yang selesa berbanding kereta.  Sudah tentu ia kurang membosankan kerana ditemani oleh ramai adikberadik di dalamnya. Sudah tentu ia memudahkan membawa barangan yang agak banyak sesuai dengan jumlah peserta.  Pemandu yang akan memandu pula adalah orang-orang kita Malaysia yang AD dah lantik menjadi penghulu di dalam kenderaan tersebut.  Dah tentu boleh bersembang dalam bahasa kita.  Dah tentu boleh diminta tolong jika ingin berhenti di mana- mana terutamanya jika ada keperluan " biological needs" seperti ke toilet atau berhenti untuk mengerjakan solat di perhentian yang bersesuaian.  Sudah tentu boleh diajak bergurau seperti abang/adik dan sudah tentu boleh ditawarkan makanan jika didapati pemandu letih dan mengantuk kehkehkehkeh.  Ini semua faktor penyumbang elemen "Adikberadik" yang AD cuba terapkan di dalam explorasi supaya peserta merasa selesa dan tak terasa asing ketika bersama.  AD ingin "menjual" kegembiraan di dalam explorasi kerana setiap manusia berhak menerimanya.

Semua explorasi MEC kurang memberi penekanan kepada explorasi bandar-bandar.  Ia hanyalah kebetulan jika MEC merasakan bahawa ada keperluan.  Ini disebabkan kita hampir "tersesat" di dalam pencarian.  Kerana apa?... Kerana kita terlalu didedahkan dengan percutian ala bandar selama ini.  Mungkin ini digemari oleh sesetengah explorers dan ia juga mungkin menjadi "preference" sesetengah travelers.  Ia tidak salah dan AD tidak akan menyanggah kerana setiap manusia mempunyai preferences masing-masing.  AD adalah nature lovers dan suka melihat aktiviti-aktiviti pemandangan diluar sana kerana ia amat berbeza dengan apa yang ada di negara kita.  Bandar-bandar banyak mengajar kita tentang perbezaan budaya, nilai murni, cara hidup, sistem dan sebagainya namun kehidupan di kampung-kampung mereka dan persekitaran mukabumi serta landskap yang berbeza di negara mereka juga mempunyai peraturan yang sama.  Jika AD membawa para peserta ke bandar pasti ada kesan sampingan yang mejadikan explorasi mampumilik tersasar dari objektifnya.  Wang negara akan lebih banyak mengalir di sana dan ramai adikberadik akan "terjebak" sama.  Bagi yang kurang berkemampuan dan hanya "cukup-cukup makan" akan terasa melihat adikberadik berbelanja dan ini akan menjadikan sistem nilai yang AD cuba terapkan sedikit sebanyak tersasar juga.  Akhirnya ada dikalangan mereka terjebak menyerahkan kad kredit mereka di sana hehehehehe sadis beb.  Sedangkan bila AD sebut kos ground handling yang "semurah" itu yang kelab tawarkan (dalam konteks perbandingan dgn sahabat-sahabat organisasi atau perorangan yang melakukan aktiviti yang sama) pun dikatakan mahal sedangkan untuk berbelanja mewah di sana ada duitnya... sedangkan kos ground handling itu digunakan untuk keselesaan mereka juga.  Ini juga salah satu pekara kenapa AD cuba hindarkan untuk explore bandar-bandar utama kerana AD cuba tidak mahu para adikberadik terjebak dengan aktiviti pembaziran dan pengaliran matawang keluar begitu sahaja. Percayalah bila beraktiviti di bandar-bandar banyak urusan kita yang lain tergendala dan pengurusan masa walaupun AD dah beri tempohnya tetap tersasar juga.  Akhir kalam...jawapan penyelamat kerana lewat ialah... "AD tak cukup bagi masa"...hehehehehe, ini bukan explorasi rombongan mak kiah pergi Bukit Kayu Hitam" ye... hehehehehe.  Namun jika dah terlanjur pergi tempat tersebut, AD tetap memberi ruang untuk adikberadik yang berhajat untuk berbelanja sebab AD juga memahami kerana bukan selalu kita ke sana dan mendapatkan apa yang kita hajati. Cuma bila diberi masa, gunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan korbankan orang lain (buang masa orang lain untuk menunggu kita) untuk kepentingan kita..kesannya explorasi kita akan menjadi hambar disebabkan ada sesuatu yang "tersemat" di dalam hati kita, sentiasa bengkek jekkkk.... "Sakitnya tu di sini" (sambil menepuk-nepuk bahagian hati kehkehkehkeh)


Ni lerr tempat tuk kita simpan duit kita tuh...hahahahaha
Aktiviti-aktiviti MEC cukup santai dan berjiwa.  Kita akan redah kampung-kampung dan melihat kejadian semulajadi ciptaan-Nya.  Dari tepi lembah, sampai ke hujung sana, melihat kesan pergerakkan bumi seperti glasier, melihat gunung ganang seperti diceritakan di dalam Al-Quran juga, melihat bumi dari puncak gunung-Nya, melihat air terjun yang tak putus-putus sumbernya, melihat bumi sering bertukar kulit kerana musimnya, melihat kampung dengan hamparan "karpet" hijaunya, duduk di homestay seperti kita bangsanya, masak bersama seolah-olah kita berada di dalam majlis kenduri kampung kita, bercerita tentang akitiviti sebelumnya sambil gelak ketawa, kesusahan dan kesenangan kita, kita kongsi bersama.  Ia cukup berbeza dan jiwa kita tenang sentiasa.  Sebab itu jika diamati untuk ke luar negara memerlukan satu perbelanjaan yang besar...kenapa kita harus tambah lagi perbelanjaan itu dengan berbelanja sesuatu pekara yang sememangnya sudah ada di negara kita.  Kena berbalik dengan objektif explorasi kita...TO EXPLORE.. Jika kegembiraan yang kita cari, maka kegembiraan yang kita dapat.  Jika kesusahan yang kita cari, kesusahan juga yang kita dapat.  Balik ke Msia baru kita terasa dan bila dikira balik...banyak RM dah terbang akibat kerakusan nafsu berbelanja kita.  AD boleh katakan setiap bulan membawa adikberadik merempit ke luar negara beb, namun macam mana AD pergi, begitu lerr AD balik...tak bawa apa-apa kecuali fridge magnet dan key chain yang dipesan oleh anak-anak.  Untuk isteri...? hahahahahaha...pakaian kotor yang tak sempat nak dicuci...so kejammm...hehehehe

BERBALIK KEPADA SOALAN UTAMA


Q : AD...Kakak tenggok yang ikut AD semua muda-muda.  Kakak/Abang ni dah 50tahun ke atas...umur warga emas dah, boleh tak join kelab Malaysian Explorers Club AD to travel...?



Hehehehehe...pandai jek akak ni, mana ada yang muda-muda semua.  AD jek yang paling muda dalam group tu...AD baru 49 tahun 2016 ni kak yang lain semua tua-tua hahahaha...tak de ler kak gurau jek.  Ramai yang warga emas yang ikut AD, boleh jek asalkan yang penting:-

1) SIHAT TUBUH BADAN dan boleh bedikari (berjalan sendiri dan tak perlu ditolak...kehkehkehkeh).  Jangan risau, explorasi AD kurang berjalan jauh...turun kereta terus sampai tempat yang dituju.  Jika ada berjalan sekali pun ia di dalam parameter yang sesuai tuk semua golongan.  Jika ada yang jauh sekali pun berjalan disebabkan kenderaan tak boleh masuk...yg kurang bertenaga jangan ikut, hanya tunggu di tempat yang telah dijanjikan sahaja...sambil snap gambar sana snap gambar sini... akak boleh snap gambar style melompat tak apa...tak ada orang nampak kak... org sana tak heran...orag Msia tak ada... buat ler tanda "peace" ke... buat muncung itik ke...tak kisah sementara tunggu yang jalan jauh tu balik...hehhehehehe.  Kalau tunggu lama sangat dia orang ni balik...akak main dam ular dulu kak...ingat lagi tak dam ular... jangan bagi lawan kakak sampai angka 100, biar dia sampai angka 99 jek lepas tu ular telan sampai ke permulaan permainan semula iaitu angka 1.  Hahahah baru tak bosan kak....lama tunggu tak terasa.... cisssssss

Benapak 4 km pergi dan 4 km balik - Wrecked Plane DC3 - ICELAND

Kalau akak dan abang merasakan akak dan abang sudah berumur hehehehe, jangan risau ada yang lebih berumur dari kakak dan abang yang join explorasi kami ni.  Biar meriah, biar semua lapisan ada baru ceria.  "Ala kita kan Adikberadik"...kita tggk dalam keluarga kita ada yg sebaya emak kita dan ayah kita...hehehehe, hilang rindu pada emak dan ayah kat Msia.  Kita tggk ada yang bawa anak...teringat kat cucu kat umah.  Kita tenggok anak dara belitung dan jejaka sado ada... emmmm sekurang-kurangnya ada yang boleh tenggok-tenggok kan kita dan boleh diminta tolong kalau ada keperluan. Ok lerr tuh... kena leh pandai-pandai ambik hati...mana tahu dalam ramai-ramai tu boleh dijadikan calon menantu terutama yang mcm budak baik jek tu... kalau dalam ramai-ramai tak de yang bekenan, AD pun boleh gek dijadikan calon menantu. Beruntung dapat AD tau...(sambil toleh kanan kiri larikkkkkkk)...

Jangan risau kak...klau akak dan abang gi sekali lagi bagus...ni lerr peluangnya kita buat honey moon kali ke berapa tah yang kita tak pernah sambut di "ober c"...anak-anak tak kacau, cucu tak kacau... baru romantik... hehehehehe


Lagi romantik kalau otai yang gi berexplorasi dgn MEC...jeles org muda..hahahaha
2) TIDAK MEMPUNYAI SAKIT KRONIK seperti sakit jantung yang dah kronik atau sawan hehehehehe...kalau setakat ada sakit kudis atau kurap...ok jek..Klu ada sakit yang rasa-rasa tidak mengundang bahaya dan nak g juga sebab AD kata "setiap orang berhak untuk happy dan berjalan ke luar negara"..kena bawa waris terdekat yang boleh menjadi pemantau setiap masa...waris yang dibawa juga MESTI tidak ada penyakit sawan juga kehkehkehkeh.  Kalau ada penyakit sawan yang sama  dikhuatiri akak kena sawan, dia panik lalu kena sawan juga.... naya AD lak nak ubat dua-dua kehkehkehkeh.  Yang penting waris tidak ada penyakit gabrah, mudah tertekan/panik dan penyabar...hehehehe.  Klau dia pun panik sama ...laaa sudah, yang sakit dah tentu sakit, pewaris yang menjaga lak terkinja-kinja gabrah dan panik...nanti semua adikberadik dalam group lagi panik...takut menjangkit mcm histria lak...semua kena penyakit yang sama...haru AD...kehkehkehkeh. Namun jika doktor menasihatkan tidak boleh jalan jauh atau dan mudah penat serta mengundang bahaya...cuba hindarkan dari turut serta.  Tak perr kak/bang, nanti AD anto poskad dari sana ye... hehehehe

"Ala kita kan Adikberadik"

3) PENYABAR.  Ini penting kak/abang sebab bila berjalan jauh dan drive jauh ni memang penat.  Kalau penunpang pun dah penat apatah lagi pak supir yang dilantik, lagi penat.  Penumpang boleh tidur jika penat...pilot atau pak supir tak leh tidur.  Bila disergah bila nak sampai, kenapa lambat, perut lapar dan sebagainya sudah tentu semua stress sebab klu tak sabar pemandu yg tak penyabar juga boleh stress hehehehe.  Kena lerrr sabar sebab masing-masing menghadapi situasi yang sama.  Tu yang kekadang AD hairan mereka yang ikut tour gi 6-8 negara tu dalam tempoh jangka masa yang sama yang MEC buat 2 atau 3 negara.  Pemandu "Mat Salleh" ...suruh berhenti sebab nak terkencing mereka tak peduli, kalau tak sampai tempat yang dia sepatutnya berhenti dia orang tak berhenti, mereka tak peduli waktu solat kita, mereka ikut jadual mereka...tak pulak marah dan geram...tak pulak komplain sebab takut.  Kalau package ikut tour mereka (org Msia yg lantik tour di sebelah sana) siap dengan makan, sesetengah tu memang bawa mereka makan tapi bawa gi restoran yang tak pasti (kecuali organizer dari Msia tu muslim, peserta semua muslim dan dah tahu restoran muslim).  Non muslim semua menyentap sedap jek...muslim lak tenggok jek (wpun makanan dah disediakan).  Akhirnya sentap jek roti depan mata dan air kosong jek hehehehe... tak lak komplain.  Kita kalau lambat, driver dia orang siap masam dan marah dengan kata-kata ugutan kena tinggal...kenapa kita jadi seram hehehehe.  Kita bayo lagi mahal dari pada apa yang MEC offer, sepatutnya boleh marah dan boleh komplain...tapi kenapa tak berani.  Kenapa diam aje dan membebel belakang-belakang.  Tapi kalau dengan AD... emmmmm  habis AD kena... (AD cakap ni berdasarkan pengalaman ni tau... bukan reka cerita...)

Dengan AD, kalau nak terkencing cakap jek...kita cari tempat yang bersesuaian yg boleh berhenti.  Klau tak jumpa...sapa sanggup kencing atas salji kita turun ramai-ramai berjemaah tuk kencing balik pokok...kehkehkehkeh (gurau jek), boleh jek minta apa-apa permintaan sepanjang jalan asalkan permintaan itu tidak tersasar jauh dari perancangan... Makan lak, memang MEC tak siapkan dan semua kena bawa sendiri sebab kita dah selesa dengan makanan kita.  Kalau MEC tahu kedai halal kita akan tunjuk dan kalau tak pasti, kita sama-sama cari asalkan adikberadik tak lapar termasuk AD yang pasti kehkehkehkeh.  Sesetengah tempat kalau duk homestay yang boleh masak biasanya AD akan bawa bahan dari Msia...klau ada rezeki isteri ikut sekali. Tujuannya tuk masak bersama-sama dan makan bersama-sama sebagai satu keluarga.  Berat ooooo bawa bagasi bahan mentah dari Msia dengan jumlah bagasi yang terhad lak tu sykt penerbangan bagi... ditambah lagi dengan kain baju AD sendiri.  kadang-kadang periuk pun AD bawa dari Msia.  Ni tuk tempat yang duk homestay lerrr.  Kalau kita nye explorasi mcm kaum normad berpindah randah duk hotel, semua diwajipkan bawa bekalan sendiri kehkehkeh. Ni semua tuk pastikan adikberadik tak lapar dan kenyang seperti berada di halaman kampung sendiri.  Ni semua COMPLEMENTARY tau... (sedekah) hehehehe.  Itu pun AD dah sediakan ada yang komplain... "masak ni kenapa tak letak bahan ni...I tak makan kalau ada letak belacan, breakfast nasi lemak dengan sambal aje...telur goreng tak ada ke?, Hehehehe, kalau nak ada semua tu buat sendiri ye... nama pun COMPLEMENTARY..tak faham bahasa Inggeris AD terjemaahkan dalam bahasa Malaysia kita... "SODOKAH" kata orang Negeri Sembilan... atas ehsan dalam bahasa lembutnya.  
Makan, masak bersama-sama ...Ala kita kan Adikberadik

Dengan kelab, kelab hanya handle ground handling jek iaitu pengginapan dan kenderaan sepanjang explorasi.  Kelab tak "package" kan "all in" sebab kelab nak jimatkan duit adikberadik.  Sebab ada yang tanya "kenapa tak bagi satu rega senang...kami pun senang tak yah nak beli ticket sendiri segala bagai".  Kelab MEC bukan tak nak buat mcm tu seperti sykt2 organisasi di luar sana buat... kena ingat ini explorasi "Adikberadik"...nak bagi adikberadik jimat dan senang...tak nak ambil kesempatan yang adikberadik mungkin dah terlebih duit dalam akaun bank tu.  Kalau kelab buat mcm tu boleh jek.. dapat ticket promo, kelab sembunyi dan tak yah bagi tahu, letakkan package mahal-mahal tapi belikan ticket sykt penerbangan murah, Ticket dapat RM2k tapi charge RM3.5k.  Mana adikberadik tahu sebab kelab dah packagekan... contoh bayo RM8500 semua selosai...yang adikberadik tahu semua dah diurus hehehehehe.  Sedangkan kos keseluruhan kalau beli tiket sendiri mungkin baru RM6500 jek.  Sebab tu disamping MEC membawa adikberadik merempit, MEC nak ajar adikberadik berdikari dan jadi seorang yang berilmu jika nak berexplorasi.  MEC tak pernah ambil kesempatan dari kelemahan adikberadik... AD tak kata adikberadik lemah tapi mungkin nak cari jalan senang.  Kalu adikberadik MEC tak tahu nak beli ticket disebabkan tak ada kad kredit (biasanya transaction guna Credit Card), AD akan belikan ikut harga yang ditawarkan sama ada waktu promo atau tidak... ikut persetujuan.  Cuma AD akan ambil RM35 sahaja tuk financial charges akibat penggunaan kad credit AD...tu bukan AD ambik...terlebih dan terkurang halalkan lerr sebab AD tak tahu berapa bank charge...tapi tetap ada charges. Layanan MEC mcm ni baik pun ada yang masam sebab MEC orang Msia dan Jawa Melayu lak yang handle tuh.  Sebab tu boleh marah-marah...kehkehkehkeh.  Kalau tour org putih kat sana atau organizer sahabat2 bangsa kita yang lain kat Malaysia (selain Melayu) tak pulak berani sembur...semburrr lerrr kehkehkehkeh.  Kadang-kadang AD tanya berapa ikut org atau sykt A tu dalam parameter tempat dan jangkamasa yang sama.  Mereka jawap lebih RM8500 dan MEC tawarkan ground handling dan mereka beli ticket sendiri tak habis RM6K.  Banyak tak jimat...contoh klasik, AD buat ground handling tuk France - Switzerland RM3k kurang RM50 pada Nov 2016 ni dan majoriti ticket yang AD war-warkan ketika promotion tempoh hari adalah Qatar Air dengan RM2k (KUL-CDG Paris-KUL).  Total perbelanjaan 8H7M tak sampai RM5k... jauh tuuuu.. hisss tak faham AD.   AD kalu jumpa orang mcm ni (banyak komplain dan banyak songeh) tak apa lerr kalau tak nak ikut MEC lagi sebab bagi AD, kelab dah cuba layan yang terbaik.... Mungkin org mcm ni layak gi ikut jenis tour yang AD sebut di atas... langsung tak leh bising...hahahaha

RELAX la beb, kita gi mcm adikberadik..kena sabar dan kita pun nak enjoy sebb "Ala kita kan ADikberadik".  jangan risau... apa yang kau orang bayo tu sebenarnya tak setimpal dengan perjalanan kita sebagai adikberadik, memori yang kita dapat, layanan wpun bukan 5 bintang dan yang lebih afdal disebut ialah ukhwah antara kita... terkadang kelab dan AD khususnya "RUGI"...seriously beb...tapi AD tak pernah merunggut sbb mungkin explorasi yg lepas atau akan datang kerugian itu kelab atau AD boleh cover balik... setakat kekurangan sana sini sikit-sikit tu adat laaa...jangan harapkan kesempurnaan kalau kita bayo pun tak sempurna nilainya hehehehe.  Yang kita bayo tinggi nilainya pun belum tentu sempurna layanannya... yg penting kita enjoy dan dapat membawa adikberadik pergi dan balik dengan selamat...

"Ala kita kan ADikberadik"

3) TAK BANYAK KERENAH... ingat pesanan AD sebelum gi dan sebelum turut serta dalam explorasi AD beb.  AD dah bagi tahu tempat-tempat yang kebarangkalian kita boleh gi.  Jika ditakdirkan tutup/tak boleh gi atas faktor keselamatan atau tak ada disebabkan faktor yang bukan di bawah kawalan AD...jangan memekak beb.  Kita dah rancang yang terbaik dan jika tidak dicapai anggaplah rezeki tu Allah belum buka tuk kita.  Konsep redha beb.  Siang malam kita solat dan berdoa, setiap masa kita memperingatkan diri kita tentang perancangan Allah bahawa Allah Maha Perancang (Al Bari'), namun bila kita tidak dapat apa yang kita impikan kenapa kita merunggut sedangkan kita sudah berusaha ikut kemampuan kita sebagai manusia.  Jika Allah dah tentukan maka tiada siapa yang perlu dipersalahkan dan anggaplah ia satu perancangan Allah yang telah ditetapkan.

AD tak ada masalah jika para adikberadik yang ada checklist yang panjang berjela untuk ke tempat-tempat yang tidak AD nyatakan untuk dilawati TETAPI pastikan ia tidak menyelusur jauh dari rangkaian jalan yang AD tetapkan.  Dan berpakatlah dengan adikberadik dalam satu kereta mpv kalau nak melencong...cuma pastikan semua setuju dan kembali ke check point yang telah ditetapkan.  Biar parameter melencong itu tidak terlalu jauh dari "track" asal dan minta kebenaran dari AD kalau ada perubahan perancangan sebab banyak pekara yang perlu AD pertimbangkan selain faktor keselamatan dan kos operasi.

Teringat AD dalam explorasi AD di musim yang luruh lepas (Nov 2015), kami ke France - Switzerland.  Waktu tu musim autumn dan dijangkakan snow tak akan turun waktu itu.  Seperti yang AD nyatakan di atas Allah sebaik-baik Perancang dan snow turun dengan lebatnya.  Hari itu kami tak boleh bergerak kerana jalan nak keluar homestay dipenuhi salji wpun jalan utama telah disembur dengan air garam dan boleh dilalui.  Satu hari AD tak boleh nak ikut perancangan itinerary dan duduk di dalam homestay.  Namun ada hikmahnya pula sebab adikberadik dapat bermain dan merasai salji turun yang sememangnya mereka tak pernah rasai dan lalui di negara sendiri.  Namun ada kedengaran juga sok sek sok sek berkata...Tak kan kita seharian nak terperuk dalam homestay jek dan tak keluar.  AD rela dikritik dan dimarahi daripada AD membahayakan adikberadik bila keluar.  Tanggungjawap AD cukup besar sebagai ketua delegasi.  Bawa dalam keadaan sihat dan bawa balik juga dalam keadaan sihat.  AD bertanggung jawap kepada anak dan isteri yang ditinggalkan...AD bertanggungjawap kepada suami dan anak-anak yang ditinggalkan.  AD bertanggungjawap kepada keselamatan anak-anak kepada ibubapa dan waris yang ditinggalkan.  Itu yang AD katakan "Abang Long Kawasan'... semuanya AD kena jawap... kayu melintang tengah jalan pun yg bukan silap AD pun kekadang AD kena jawap kehkehkehkeh.  Contoh klasik nombor 2 ialah explorasi ke Iceland baru-barau ni... Tak jumpa Aurora pun AD kena sesah huahuahua sedangkan itu bukan kuasa AD (pasti ada org akan kata lagi...tak habis lagi ke isu ni AD kehkehkehkeh).  Isu ni dah habis...AD cuma nak bagi contoh klasik jek bahawa kita harus boleh membezakan antara kesilapan manusia yang nyata dengan ketentuan Allah...tu jek hisssss..

Susah sebenarnya nak jaga adikberadik yang ramai ni...nak puaskan semua orang pun susah.  Namun AD sentiasa positif...AD ada 4 orang anak...anak-anak sendiri pun AD susah nak puaskan hati masing-masing dan banyak ragamnya.  Nikan pula adikberadik yang dah otai-otai dan remaja ni...bijak pandai lak tuh.. hissssss

Kita gi nak enjoy dan nak happy-happy..kalau semua adikberadik faham, MEC pun suka nak merempit lagi dengan kau orang ...seronok apa tah lagi kita dah kenal dan memang dah anggap mcm adikberadik...

"Ala kita kan Adikberadik"


Kanak-kanak dapat main salji...
4) MEMAHAMI TANGGUNGJAWAP DIRI SENDIRI
Ni penting gek ni...selalu AD yang kena.  Sampaikan belum solat pun salahkan AD....  Jangan lerr gitu kehkehkeh.  Biasanya kalau sempat sampai ke rumah/homestay/hotel AD akan maklumkan kepada adikberadik bahawa kita sempat sampai ke hotel sebelum magrib dan sempat buat jamak.  Namun, kalau terasa nak selamat dan tak sempat solat lerr di mana-mana kawasan yang terasa selesa tuk solat.  Kat "ober c" bukan mcm kat Msia senang nak jumpa surau atau masjid di mana-mana. Di sana semua rumah pun jarang-jarang kalau nak berhenti pun di restoran-restoran milik mereka.  Setiap kali AD gi, perhentian berbeza-beza dan AD pun mcm kau orang juga ...musafir dan mana yang patut AD berhenti AD berhenti.  Dalam keadaan musafir ni kita sama-sama selesaikan atau pandai berdikari.  Bagi yang wanita, AD pasti tentu tahu apa yang perlu dipakai dan tahu aurat dalam solat.  So, jangan menyusahkan..kalau selesa dan terbiasa pakai telekong pakai lerr wpun ramai jek yang memerhati... pedulikan mereka... mereka pun nak tahu apa yang kita buat.  Ada di antara mereka yang tak pernah pun melihat muslim solat/sembahyang.  Kebaikannya kita boleh tunjuk dengan mereka bahawa kita setiap masa ingat Allah.  Satu hari 5 kali kita sembah Dia...tak kira di mana-mana sebab Allah berada di mana-mana.  Ok kan gitu...hehhehehe.   Kalau dah biasa travel, kebiasanya dengan pakai baju yang bersih dan menutup aurat yang dipakai pun sudah memadai melakukan solat asalkan tutup semua bahagian kecuali muka dan dua tapak tangan kira ok apa....  Tak perlu pakai telekong pun tak apa hehehehe.  Sepanjang dalam musafir kami solat tepi kereta, bawah pokok, tepi jalan atau mana-mana sekali pun lerr asal nama bersih.  Jangan pertikai kat AD (dari pengalaman lepas), "tak kan nak solat tepi tasik ni, takan nak solat dalam keadaan sejuk mcm ni... AD kat sini tak ada surau atau masjid ke...?, AD mana arah kiblat , AD mana nak ambil air wuduk (wpun sebelah tasik besar), tak kan nak ambil wuduk pakai air tasik ni...kita tak tahu kotor atau bersih" Ni juga persoalan yang AD memang susah nak jawap dan handle... Tu sebabnya AD mengambil pendekatan diam dari bercakap, daripada menimbulkan konflik antara adikberadik... terkadang apa yang dipertikaikan itu dapat memberi gambaran tentang personaliti kita sendiri...  kalau naik bas persiaran dan pemandu tu "kafir"...tak berani lak nak tanya... "hello sir, can you stop some where because I want to perform my prayer".  Agak-agak dia layan tak apatah lagi kita dua atau tiga orang muslim jek dalam bas tu...hehehehe.  Sebagai muslim, kita tahu peranan kita dan bagaimana nak laksanakan tanggungjawap kita ...pandai-panda lerr... AD pun solat bawah pokok dalam keadaan "sejuk bingai" ... nak baca surah wajip Al Fateha pun terketar-ketar... tajuwid jangan cete lerrr memang lari terketaq-ketaq habis...hehehhe sejuk beb.  Namun Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui...Jangan risau, AD juga muslim dan AD tahu tanggungjawap AD sebagai seorang muslim... biasanya adikberadik boleh jek berbincang dengan rakan-rakan dalam kereta tuk berhenti mana-mana tuk solat sekiranya terpisah dengan group kereta mpv yang lain... insyaAllah.

Dalam hal ni, bio lerr kita susah sikit kat dunia...senang kat akhirat.  Ni bumi Allah yang punya sbb bila bermusafir ni lerr kita belajar banyak pekara.  Selalu kat Msia senang jek...tak habis satu batuk dah jumpa surau dan masjid...tak habis sebatang rokok dh jumpa masjid dan surau lagi...(sambil toleh kanan kiri...tu pun tak singgah...kehkehkeh larikkkkkkk).

Relax la bro..."Ala kita kan Adikberadik"


Don't worry ...kat mana-mana kita jumpa qiblat... solat lerr kat mana-mana pun
Q: AD, Boleh bawa baby dak..?
Apa lak tak boleh... tapi betul-betul kena prepare lerrr.  Ubat-ubatan dia dan sebagainya... biasanya AD memang tak galakkan baby di bawah 1 1/2 tahun dibawa sebab bagi AD baby tu belum cukup fit tuk menghadapi suasana persekitaran cuaca khususnya di luar negara.  Namun jika ibubapa dah pernah membawa baby tersebut sebelum ini dan ok jek...bawa lerr AD tak kisah namun persiapan harus dilakukan dengan begitu rapi kerana perjalanan merempit AD sebenarnya mengambil masa juga...jauh beb dalam satu-satu tempuh pemanduan...AD tak mahu disebabkan ada baby yang meragam, ibubapa baby terasa tak selesa dan  peserta adikberadik lain pun hilang mood merempit ... tentu ibubapa baby juga yang susah nanti.  Namun jika ibubapa baby rasa boleh kawal dan tahu mcm mana nak kawal...AD ok jek kerana baby pun layak dan berhak untuk melancong dan merasa happy kehkehkehkehkeh

Mereka tak boleh berjauhan

BEBERAPA PERKARA YANG HARUS DIAMBIL PERHATIAN OLEH WARGA KILAUAN EMAS BILA BERSAMA AD NI..

Al maklum lerr beb, nama pun "Kilauan Emas" pasti sedikit sebanyak susut nilai kesihatan sudah bertambah.  AD yang muda remaja ni pun (kehkehkehkeh), Allah dah tarik sedikit demi sedikit nikmat kesihatan tu... tu lerrr sombong sangat hahahahaha.  Namun tak mengapa, setiap dari kita masih berhak untuk melakukan sesuatu yang sebelum ni kita tak lakukan.  Namun persiapan yang rapi harus dilakukan.

1) Ubat-ubatan : Ubat-ubat beb, darah tinggi, kencing manis, ubat demam, ubat pening, ubat lutut, ubat kuat, tongkat ali, kacep fatimah...bawa semua yek...sebab kat sana tak derrr.  Tongkat Ali dan Kacep Fatimah tu "wajip" beb... kat sana sejuk... best kalau bawak "bantal peluk hidup" kehkehkehkeh.  Kalu berani berhenti lerr kat klinik atau sepital sana...kehkehekhekh RM terbang mcm air.

2) Surat penyakit (kalau ada) : Beb, kat sana doktor tak ada rekod sakit kita beb, so...siap-siapkan surat dari doktor tentang sakit yang kita ada dan ubat-ubatan apa yang kita makan.  Bila ada kes (setakat ni tak pernah lagi), senang doktor nak bagi rawatan terus berdasarkan surat doktor tuh... Kena ingat beb, kalau kita gi ober c, kebanyakan negara tersebut bukan penutur bahasa Inggeris dengan baik.  Dah lerr kita pun cakap bahasa Inggeris mcm ayam patuk sudu...last-last kita jadi mcm ayam dengan itik lerr dengan mereka.  Sebab tu surat tu penting kalau kita pernah ada kes dengan hospital.

3) Travel Insuran : Beb kena ingat, nilai matawang kita mmg ada sedikit menjunam...bukan sikit beb banyakkkkk. Contoh nilai euro sekarang ni 1 Euro = RM4.60.  Pound lak 1 pound = RM5.80, 1 USD = RM4.01... bayangkan kalau ada apa2 yang tak diingini di ober c nanti.  Masuk sepital atau kehilangan harta benda atau apa2 sahaja lerr .. jenuh beb... Kalau kita pandai main gitar boleh la gek nyanyi tepi jalan dengan letak kan tin susu kosong depan kita... ni nyanyi pun katak tak suka dengar apatah lagi orang.  Bil hospital kita kat sini kalau kena RM1500 pun kita dah bising...klau kat europe kena Euro 1500 kali jek ler dengan 4.6 = RM6900... ala relax laaaa, AD bukan nak bagi takut tapi lebih kepada kebenaran situasi "jika berlaku".  Setakat ni tak ada berlaku lagi lerrr Alhamdullilah.  Bagi kakitangan kerajaan mungkin tak ada masalah bagi yang ada "paku" kat bahu...bagi kakitangan yang cuma ada calit kat lengan kena check balik hal2 berkaitan dengan insurance tu.  Bagi yang bukan kakitangan kerajaan check balik jika ada ambil "medical card"...cover atau tak d ober c tuh...Bagi yang tak ada apa-apa insurance, AD sering mencadangkan supaya ambil sekurang-kurangnya premium paling asas.  Jika tak ada, biasanya AD akan tolong uruskan tuk hal berkaitan Travel Insurance ni...terima kasih AD...

SETIAP MANUSIA BERHAK UNTUK GEMBIRA DAN BERHAK UNTUK "MEREMPIT" KE LUAR NEGARA SEPERTI ORANG LAIN JUGA.

Ingat... merempit keluar negara ni bukan hak mutlak orang-orang kaya dan banyak duit lagi.  Ia menjadi hak setiap manusia yang berkeinginan dan mempunyai impian serti misi dalam hidup.  Jangan lerrr mempunyai persepsi rendah diri dan beranggapan bahawa hanya orang yang banyak duit sahaja boleh travel...kita yang kurang duit pun boleh travel asalkan kita tahu siapa diri kita, had-had kemampuan kita, misi kita, objektif kita dan yang paling penting sedo (sedar) diri bila travel.  Sebab itu MEC ditubuhkan, untuk kita semua adikberadik merempit sebagai adikberadik.  Jimat mana yang patut jimat, tak perlu masuk tempat berbayar jika ia tidak penting dan bukan preference kita, tak perlu ambil tour ketika sesi lawatan jika ia bukan keinginan kita, tak perlu masuk factory outlet jika itu bukan impian kita, jangan lengang kangkung ketika merempit dan bawa lerr bekalan makanan dari Msia jika tak mahu duit habis di sana.  Kena ingat beb...secawan kpi di Norway boleh mencecah RM45, secawan kopi layan diri di petrol pump d highway europe boleh mencecah RM15, kebab untuk seorang boleh mencecah RM45-RM50 beb.... lalu ke hari-hari nak belanja banyak tu.  Sebab tu AD selalu sarankan... pikul beras dari Msia, angkut sardin dari Msia... Meggi ke...atau apa2 sahaja ler.  Kopi 3 in 1 dari Msia pun hanya RM1 lebih jek satu pack... jimat lerr.  Tu yang AD kata, kalau kita nak merempit ke luar negara dgn kos mampu milik... buat cara kita tak mampu kerana kita kena berbalik kepada objektif asal... TO EXPLORE.  Perkara-pekara lain banyak lagi tapi yang paling penting jangan macam-macam...kehkehkehkeh


Abang Long Kawasan MEC perati jek...hahahaha
Kegembiraan akan wujud jika kita tidak tertekan, tidak ada sifat takbur kerana ilmunya, tidak banyak kerenah, tidak leceh, sentiasa ikut perancangan "Abg Long Kawasan" , tidak meminta yang bukan-bukan, sentiasa memelihara hubungan sesama adikberadik, sentiasa bersyukur kerana diberi kekuatan untuk merempit... blablablabla...jika ini semua ada, InsyaAllah perjalanan kita akan sentiasa tenang dan explorasi kita sentiasa diberkati dan kita kembali dengan memori yang cukup indah.  Dan, kalau boleh kita nak merempit lagi bersama-sama semula sebab kita dah kenal dan kita dah bina rangkaian keluarga yang cukup besar dalam explorasi... iaitu keluarga MALAYSIAN EXPLORERS CLUB.. travel exactly like adikberadik..

Jauhkan persepsi bahawa merempit ini hanya layak untuk orang berada.  Kita yang kurang berada travel ikut cara orang yang kurang berada.... Ada persepsi juga tak mahu ikut MEC sebab dia tenggok MEC mcm semua orang berada... silap beb.  Ada kerani yang berpendapatan tak seberapa, ada pembaca meter letrik TNB yang berjiwa ketal tuk travel bersama, ada misi (nurse) yang gaji ala-ala aje, ada juga golongan excutive bukan kerani pun bukan...nak panggil apa pun tak pasti la...pun ada hahahaha, ada juga sebahagiannya AD taja (sebab kerja ala-ala aja - tak mampu) sebab bantu AD  jadi pak supir dan itu menjadi sebahagian rezeki dia.  Ada juga golongan berada tapi selesa dengan cara MEC yang ala keluarga dan mereka menerima seadanya dan kekadang mereka lebih spoting dan memahami dari kita-kita ni haaa.... huhuhuhu.  Dari orang yang tak ada nama dan tak ada jawatan AD pernah bawa semua.  Dari cik/encik/puan/tuan/Haji/Hajah/Ir/Dr/Professor/Dato semua ada.  Mereka cukup spoting dan bagus kerana boleh menyesuaikan diri ibarat masuk kandang kambing mengembak dan masuk kandang rimau cepat-cepat dia mengucap kahkahkahkah.  Mereka mengamalkan cara hidup bersederhana dan memakai dan mengamalkan "7 Hats" (faham...tak fahammmm? Tak faham tak apa ...tak ya pening2 fikir kehkehkehkeh) Ok jekkk... 2017 projek AD ke Iceland semula.  Dari senarai nama ada Dato Paduka dan Dato Sri... kekadang AD jadi seperti halus jek bila berdepan dengan mereka...pasti terasa leceh bila bawa "makhluk-makhluk" ni...tetapi sebagai seorang yang pernah berkerja dengan corporate dan dah lama menjadi corporate trainer.. AD ok jekkk. Boleh handle semua tu dan persepsi ini lah menjadikan orang takut nak merempit dengan AD... jangan risau, mereka itu semua manusia dan di anugerahkan gelaran oleh manusia juga.  Pengalaman AD membawa mereka semua ni sebenarnya mereka ni semua ok...enjoy.  Kalau kita bawa pangkat bersama, siapa nak dekat dengan mereka...mereka juga yang akan terasa terasing nanti...   Biasanya mereka akan sangkut pangkat yang mereka ada tu di belakang pintu bila keluar dengan kita...Relax la beb...klu mereka terasa berkedudukan, mereka tak ikut program kita ni...sebab mereka ok lerr mereka join...

"Ala kita kan Adikberadik"


Warga ADIKBERADIK MEC

WAJAH-WAJAH CERIA EXPLORASI
Ni lerr Adikberadik kita...hehehehehe


Biarkan..ni honeymoon mereka >> FRANCE
Biarkan orang kata mcm budak-budak...peduli apa...asalkan enjoy huhuhuhu >> FRANCE
Tak kira pangkat dan kedudukan... semua ceria  >>> ITALY
Buat lerr apa aksi sekali pun asalkan bahagia >> NEW ZEALAND
Daripada berdua...baik bertiga >> GERMAN
Hahahahahaha... kereta tak bayar sewa, kena tarik dan sekarang nak tumpang org pulak... >>> ICELAND
Lambai kapal ...dah lama sangat terdampar di pulau ni...kehkehkeh >>> ICELAND
Tak perr kalau tak pandai berenang ...Safety Jacket kan ada : MALDIVES
Tak sangka kita sampai sini yek...huhuhuhu : SPAIN-PORTUGAL
Alahai...redah dalm ribut salji pun redah lerrr asal ada memori >>> SWITZERLAND
Ala hentam jek la >>> TURKEY

Tak perr lerrr senang-senang nanti AD update lagi lerr gambar-gambar kat sini...banyak sangat lerr beb...kalau tak pun nanti AD kongsi dalam catatan AD dalam topik yang lain pulak yerrr..

Akhir kalam... jangan khuatir kalau orang lain tak sejiwa... MALAYSIAN EXPLORERS CLUB tetap menerima anda se adanya..."ALA KITA KAN ADIKBERADIK"


ABANG DUTA
Malaysian Explorers Club (MEC)

No comments:

Post a Comment