ANDALUSIA SPAIN and PORTUGAL
Next explorasi insyaAllah : 19 - 29 Oct 2016... nak join jom huhuhuhu
Dengan lafas Bissmillah..AD kongsikan sedikit coretan hasil explorasi AD yang lepas di bumi Andalusia Spain dan juga sempat terjah ibu negara Portugal Lisbon.
AD di hadapan Mezquita De Cordoba, SPAIN |
AD nak kongsi lerr sesikit hasil kembara AD ke bumi Andalusia ni dan apa istimewanya . Ni jangan lerr anggap satu penulisan travelog. Anggap lerr ia sebagai satu bacaan rengan tuk melepaskan rasa stress sewaktu tengah sibuk-sibuk ni. ANDALUSIA atau dalam sebutan Spanish "Andalucia" mengikut Wikipedia mengandungi 8 regional iaitu jajahan Almeria, Cadiz, Cordoba, Granada, Huelva, Jaen, Malaga dan Seville. Mengikut definasi perkataan "Andalucia" bermaksud dari sebutan bahasa Spanish ialah Ande bererti "to walk" dan Lutier "easy".. to walk easy. Ye tak ia tak pasti sbb cuba tenggok dalam tenet.. belum jumpa satu maksud yang tepat pun...huhuhhuu. Tak pe kita lupakan soal nama tu sebab AD sendiri pun bukannya terror pasal sejarah ni kehkehkehkeh.
VIDEO EXPLORASI ANDALUSIA
Untuk mendapatkan gambar yang cantik set pada video setting quality 720p HD
MAP EXPLORASI
Dulu kan...masa sekolah rendah dulu AD suka berangan nak jadi mcm pengembara Portugal seperti Alfonso De Albuquerque. Kenal mamat ni pun sbb masa sekolah dulu belajo sejarah... kalau tak belajo sejarah tak ingat derrr. Masa tu di kabo kan bahawa mamt ni berlayar dari Portugal sampai ke Tanah Melayu. terfikir gek yek...jauh mamat ni belayar naik kapal layar. Kalau kita naik kapal terbang yang transit tu pun naik kematu bontot kita dibuatnya. Mahu lebih 15jam hehehehe. Tak perrr lerrr tahu lerrr mamat tu mcm mana nak belayar. Kalau ikutkan Dato Azhar pelayar negara lagi terror beb... naik kapal layar kecik jek...hehehehe. Ni haaa AD siapkan route AD bersama 17 deligasi yang "berani mati" ikut AD ni haaa. Wpun baru first time AD jejakkan kaki ke Spain dan Portugal... mamat-mamat dan minah-minah ni semua berani ikut AD kehkehkehkeh.
Routes MEC ke bumi Spain dan Portugal |
Dari Msia AD ke Madrid Spain...dari situ baru AD gerakkan deligasi AD ke selatan. Jauh tu beb... ada gek yang mengeluh ni kang... turun dari flight terus jek drive... bontot tak habis kebas lagi, AD dah kerah terus gerak...biasa lerrr nama pun "EXPLORERS"..huhuhuhuhu.
PENGHARGAAN
Ni ha barisan ahli explorasi tuk xpdc kali ni. Tak ramai beb 17 org jek tapi AD suka sebab senang nak kawal dan senang nak monitor. Tapi dia orang ni semua best beb...spoting tahap mabuk ketum hehehehehe.
17 Deligasi MEC ke benua Andalusia Spain dan Portugal... AD tak dek sbb jadi tukang ambik gambo lerrr |
KLIA - MALAYSIA
30 May 2015
Macam biasa lerr beb... sebelum g kita buat warm up dulu kat sini dalam aksi bergambar. AD mcm bias jadi tukang tangkap gambar sepenuh masa...lepas dia...dia. Lepas dia...dia...gambu AD jek yang tak ada orang tangkap...sadiskan. Belumpun sampai ke destinasi dah habis filem kodak 36 keping satu roll kehkehkehkeh. Jenuh menunggu flight kat sini beb. Sebahagian geng naik KLM ... KLIA -Amsterdam - Madrid dan sebahagian lagi merempit hop in hop on...ala melompat-lompat lerrr. Dari KLIA-Singapore-Sitzerland-Spain...letih punggung. Ada seorang tu lak KLIA-Paris-Madrid... AD and aweks-aweks ni lak naik British Airways...kebetulan lak British Airways dah buat penerbangan dari London ke KLIA di mana sebelum ni dihentikan kejap penerbangan terus tu. Kebetulan gek ada sales lak tu dari Msia Ke Madrid cuma RM3000++... murah lerr tuh...hahahaha. AD dan aweks-aweks ni buat penerbangan KLIA-London Heathrow-Madrid... jauh lerr gek... sempat lerrr main one two som dalam kapal terbang kehkehkehkeh. Di mana ada AD ...di situ lerr ada aweks-aweks...atau terbalik...hahahahaha. Lama beb AD fly...naik mabuk ketum dibuatnya tapi tak pe... steward dan stewardess boleh lerr di katakan cun-cun. Masa book ticket jangan lupa beb... "Muslim Foods".
DI KLIA MALAYSIA : Dari kiri Faizah, Fareeza, Rohani, Sazila dan Wan Hanisah |
Sorry lerrr... Nasi Lemak tak dak dalam British Airway ni...hahahaha |
31 May 2015
Pagi lagi dah sampai kat sini. Seperti dijanjikan semua ahli explorasi dan adikberadik mesti berkumpul kat sini. Ada seorang mamat tu (Li Ipoh) dah lama berkampung kat sini dah...rasa-rasanya Mat Bangla dan Mat apa tah yang keje jadi cleaner kat airport ni sampai dah kenal dia ni hehehehe. Lepas settle down ambik kereta dan beli data line tuk "bekalan" sepanjang explorasi ni kami terus merempit ke Toledo. Biasa lerrr AD mmg tak suka buang masa dan kalau boleh nak memenafaatkan masa yang sedikit ni sebaik-baiknya. Kalau nak tahu ni lerr kali pertama AD menjejakkan kaki di bumi Spain... bumi Andalusia/Andalucia yang orang kata suatu ketika dulu pernah dijajah hampir keseluruhannya oleh oleh tentera kepimpinan Tariq Bin Ziad... ala tu sejarahnya. Macam AD kata lerr di mana-mana blog AD, AD ni bukan pengkaji sejarah tapi boleh lerrr layan kalau sekadar nak tahu...hahahaha. Dari Madrid sebelum bermalam di Cordoba, AD dan team singgah di Toledo...tak dek apa kat sini cuma nak tenggok satu side tu jek yang orang kata pernah menjadi pusat pentadbiran Islam suatu ketika dulu di bahagian utara / tengah Spain. Kat sini AD dan team singgah kat satu laluan baik punya celok tuk sesi berjimba dgn kamera sambil berlatarbelakangkan satu pemandangan bandar Toledo khususnya "Alcazar Of Toledo". Bangunan tu sebenarnya dulu sebuah istana zaman kerajaan roman dalam abad ke 3. masih berdiri kukuh sampai ke hari ini.
Kat belakang tu Toledo City Spain |
Tak tahu mcm mana lagi nak tarik nafas... lebihan lemak tetap ketara...kehkehkeh |
Ehem...ehem...ehem... mana lerr awek2 ni g...senyap jek yek |
AD tenggok di Cordoba sama jek mcm Turkey. Hotel budget ni susah nak dapat parking. Bilik punya lerr banyak tapi parking tuk guess susah nak ada. Kalau ada pun kena parking kat building lain... biasa lerrr tak reti-reti bayo...hahahaha. Masa ni lerrr adikberadik yang lain belajo susun bagasi dalam MPV... tahu pun susah. Haaa lain kali kalu AD bagi tahu specifikasi beg ikut yek....hehehehe. Ada yang koje dia memangku beg sepanjang jalan...kalau ada confirm keluar mengengkang. Jauh tuh perjalanan nak pangku beg galas yang berat tuh..
Part time keje jadi porter bang...kehkehkeh |
Cordoba
01 Jun 2015
Bandar Cordoba tak lerr sesak beb. Tempat hotel yang kami duk tu lenggang jek jalan dia. So ari ni AD nak ke mana kau tahu?...tak tahu kan....? Hahahahaha. Hari ni AD nak redah Mezquita atau Cordoba Mosque iaitu bangunan yang pernah menjadi masjid terbesar di Spain dan mungkin di europe ketika itu, ketika kekuasaan kerajaan Othman. Berderau darah AD ketika menjejaki ke kawasan ini...apa tak nya. Apabila melihat kesan senibina bangunan dan juga kesan peninggalan keilmuan pemerintahan para wali dan ulamak ketika itu, terasa diri ini cukup kerdil dan jauh tersempang mengikut arus kemodenan masa kini. Jelas nampak bahawa minda kita banyak yang terjajah oleh teknologi maklumat sehinga kita mampu menjadi "hamba" teknologi. Sedangkan orang dulu tanpa ada semua itu boleh embina empayar yang cukup kukuh dan tersusun. Dapat membina peradapan tanpa bantuan tekonologi yang canggih lagi mampan.
Merenung jauh Mezquita atau Cordoba Mosque dari kejauhan |
AD jejaki lagi laluan dan menyusuri laluan yang dibina merentasi sungai yang mengalir lesu namun nampak tenang dan tersisih dari kebisingan dan kebingitan kota Cordoba. Ingin AD layari sendiri keagongan kisah Islam di bumi eropah seperti yang digambarkan dalam satu filem Indonesia yang bertajuk " 99 Cahaya Di Langit Eropah". AD tonton filem itu bagi menguatkan lagi informasi serta mood AD ketika dalam siri pengembaraan itu. Sekurang-kurangnya filem tersebut dapat membantu AD beremosi secara rasional ketika siri penjelajahan dilakukan.
Filem yang cukup berinformatif dan mempunyai jalan cerita yang cukup menarik |
Dalam bangunan ni setelah keruntuhan kerajaan Othman, ia ditukar menjadi gereja. Namun pihak gereja sedikit pun tak menjejaskan atau meruntuhkan ukuran ayat-ayat suci malah dikekalkan sehingga hari ini. Cuma sebelum memasuki bangunan ni pihak keselamatan tanya AD.
Security : Are you Muslim..?
AD : Yes I am...
Security : Once you already inside, you are not allowed to pray ya..
AD : Sure.. no problem
Nota: Mungkin sebelum ini ramai umat Islam yang melawat kawasan ni "solat sunat" dua rakaat dan mungkin juga ada yang solat fardu yang membuat pihak pengurusan kurang senang lalu mengeluarkan arahan larangan bersolat di dalam bangunan tersebut.
AD masuk seperti yang dijangka kat dalam tu luas beb dan terdapat satu sektor yang dipaggar dan disitulah senibina bangunan yang terdapat paling banyak ukuran-ukiran ayat suci Al Qurang pada dinding dan ukiran binaannya masih dikekalkan. Di satu sektor lagi terdapat tempat sembahyang orang-orang Kristian di mana lambang-lambang spritual Kristianiti terpampang. Semuanya dalam satu kawasan dalam bangunan. Tak apa lerrr AD hanya nak tahu dan nak tenggok jek tentang apa yang ditulis dalam sejarah....hehehehehe. Apa yang AD buat kat dalam tuhhh?.... Buat bodoh lerrr...AD sebukkan diri snap sana ...snap sini..... Dalam tu memang dibiarkan kelam beb... bukan terang benderang...tak tahu kenapa. Tu yang mencabar ilmu photography AD tu sbb merakam gambar dalam keadaan cahaya yang cukup minimum huhuhuhu. Tak banyak gambar yang AD berjaya rakam apa tah lagi travel mcm AD ni, AD cuba meminimakan tuk membawa camera gears AD seperti "Flash light".
Kat sini kita sempoi jek beb...lepak mana yg kami nak lepak sambil berkongsi makanan... "Ala kita kan Adikberadik" beb... kat sini pun kita boleh tggk view dgn cantik dan boleh skodeng dari jauh.. |
Ni lak ukiran bangunan Mezquita dari luar. Semuanya terukir dengan ayat-ayat suci Al Quran. Bangunan sekarang emmm hampehhhhh. Nampak seninya beb...nak cete banyak tak tak tahu ler macam mana nak cete dengan perkataan. Yang pasti ia cukup indah...
Pas tu kami cuba cover "Madinat Al-Zahara" iaitu tapak bandar pentadbiran kerajaan Islam Othman yang telah runtuh dan ia memang merupakan impian AD untuk menjejakkan kaki ke tempat itu setelah membaca sejarah keagongan pentadbiran yang ditinggalkannya. Hari ni hari Isnin...jejak punya jejak punya jejak tak jumpa. Jumpa lerrr satu tempat tu bertulis Madinat Al-Zahara... tapi kosong jek dan yang ada cuma kawasan parking tempat kereta. Pelik AD rasa sebab selama berexplorasi AD tak pernah mengalami suasana seperti ni. Selalunya jumpa jek...kalu ni tak jumpa. Sesat ke aku ni yek... tak pe, tggk GPS balik...dan ia tunjuk nuhhh atas bukit, redah lerr juga naik atas bukit. Ada satu bangunan ala arabic sikit...ni la kot..? La bukan juga...hotel rupanya. Tanya orang kat atas bukit tu dia kata kat bawah...emmm turun lagi tapi tak perr lerr pemandangan atas bukit tu cantik beb. Sampai kat bawah kami gi balik ke parking tadi dan sampai di pintu/gate rupa-rupanya bertulis "closed on Monday"...macam haremmmm kehkehkehkeh. Lepak le kejap kat parking kereta tu ...apa lagi sambar DSLR AD ler tu menembak kat situ. Rupa-rupanya kalau nak g ke kawasan tu memang betul lerr ke parking kereta tu...park kat situ nanti ada bas datang bawa ke tempat kawasan Madinat Al Zahara tu. Hari Isnin memang tutup ...menci...menci...menci AD rasa... hehehehe. Tak pe lerrr janji dah sampai...apa lagi jom berjimba dgn kamera lak...
Cakkkk... ni namanya gaya "A go go"...hehehehehe |
Levender yeyyyyyy |
02 Jun 2015
AL Hambra bererti dalam bahasa Arab "Dinding Merah". Kalau ke Granada tak singgah di Al Hambra ni ibarat makan sayur tak letak garam... tawar beb. Seperti di Cordoba dengan Mezquita Mosquenya dan Granada juga senonim dengan Istana Al Hambranya. Al Hambra dipenuhi dengan kesan legenda sejarah Islam dengan para wali dan ulamak yang mentadbirnya. Setiap inci bangunan diukir dengan "Ayat-Ayat Cinta AL Kareem-Nya"...indah dan cantik. Memang meremang bulu roma dan sesekali terasa sayu dan sebab melihat kesan peninggalan kerajaan Othman ni. Nak ke sini dari Cordoba kena bangun sebelum subuh dan selepas subuh harus gerak beb sbb diberitahu bahawa nak masuk Al Hambra pagi sekali dan petang sekali. Kalu kita miss pagi atau lewat... kita kena tunggu petang lak beb. Letih lerr mcm ni... pasal apa yek? Pasal Al Hambra tu luas dan besar lagi pun pihak pengurusan tak nak bagi sesak-sesak dalam tu dengan org sebab tu dia hadkan slot kemasukan. Tiket pun terhad. AD rushing lerr ke sana tapi tak sempat juga beb. Adikberadik MEC hanya beberapa orang jek dapat slot pagi dan yang lain terpaksa gi slot petang termasuk AD lerrr...padan muka kehkehkeh. Apa kita buat yek sementara tunggu minah-minah yang tinggalkan kita orang yg dapat sebelah petang ni....apa lagi..."soru lerrr" kehkehkehkeh
Soru time...makan berjemaah tu best beb...kat hotel masing2 masak, bila makan kita ramai-ramai jamah |
Granada ni satu tempat yang paling AD suka gi, pasal apa...pasal kat sini ramai awek-awek Spain beb. Awek Spain kacuk Arab la. Macam AD lerrr Jawa Kacuk Belanda kehekhekehkehkeh. Punya lerrr beratur panjang beb nak beli tiket. Dia ada pakej-pakej dia gek kalau nak masuk sini tapi to be frank kalau nak cover satu hari memang tak masuk akal. Istana ni besar beb dan banyak benda nak cover... sekurang-kurangnuya 2 hari kalau nak cover semua. Malam pun boleh melawat tuk dapatkan night experience...tapi guna tour guide lerrr. Kau orang tenggok sendiri lerr package2 dia ni kat bawah ni yek... ada kos sekali pun. Tak lerr mahal sangat tapi pastikan kekuatan fizikal tk masuk Istana Al Hambra ni... huhuuu.
Pakej di Al Hambra d Spain |
Malaga
03 Jun 2015
Malaga
Berhenti sat la...tak larat lerrr idea tengah koyak ni
p/s : Kalau kau org tak nampak perkataan ~The End~ tu bererti cerita merapu AD ni belum habis beb... biasa lerrr bukan senang nak bersengkang mata nak habiskan cerita upin ipin ni... kalau ada idea jek baru menyengat...klu tak ayat tah apa2 hehehehe
No comments:
Post a Comment