Tuesday 14 August 2012

EXPLORASI KE AMSTERDAM (NETHERLAND) 2011 : Bahagian 3

AMSTERDAM 30 Oktober - 1 November 2011
 
Assalamulaikum...Explorasi penulis dan krew diteruskan di bumi eropah.  Pagi-pagi lagi penulis sudah mengingatkan krew yang lain di mana terdiri dari sepupu-sepupu, bapa dan emak saudara isteri penulis agar dapat bangkit awal disebabkan perjalanan dari Hamburg ke Amsterdam, Netherland (yang dikenali juga sebagai Belanda) akan memakan masa yang agak lama iaitu 5jam mengikut perjalanan googlemap.  Semuanya sudah diatur termasuk "GPS map setting".  Dalam kembara ini tidak ada seorang pun krew kembara yang pernah menjelajah bumi eropah dan perjalanan kami hanya berpandukan GPS, semangat survival, ketabahan dan juga ilmu pengetahuan dan kajian penulis sebelum program kembara dilakukan.  Seandainya sesat sekali pun tidak ada seorang pun dari ahli krew yang menyedari.  Nasib baik GPS banyak membantu kembara kami walau pun perjalanan ke Amsterdam di jangkakan sampai awal namun ia menjadi sedikit tergelincir dari sasaran waktu yang ditetapkan kerana GPS diprogramkan mengikut program "default" iaitu jalan singkat dan bukan jalan yang pantas (akibat terlupa melihat pada setting). Akhirnya "abang GPS" membawa kami menyusuri jalan kampung (kalau di Malaysia dipanggil jalan persekutuan atau jalan lama).  Namun kami tetap bersyukur kerana ada hikmahnya kenapa Allah memberi petunjuk untuk melalui jalan kampung.  Sesungguhnya ia lebih indah dan menarik berbanding melalui jalan highway (atau autobahn dalam bahasa German.  Krew kembara disajikan dengan pemandangan yang cukup cantik dan berwarna warni disebabkan waktu itu adalah musum luruh (autumn) di mana semua daun menjadi kekuningan dan bercampur merah dan oren disebabkan bumi eropah menghampiri musim salji.  Jika rakan-rakan kembara lain ingin ke bumi eropah, dicadangkan juga menggunakan jalan dalam bagi menikmati suasana yang cukup berbeza.  


 (Menyusuri jalan kampung di Geman)

AUTOBAHN DAN JALAN KAMPUNG

Bak orang kata, "jauh perjalanan luas pandangan"... betul kata-kata pujangga tu.  Bumi eropah yang benar-benar berbeza dari bumi betuah kita di Malaysia menjadikan penulis tidak mahu tidur sepanjang perjalanan sedangkan krew kembara yang lain sudah lama melayan mimpi yang sememangnya bukan realiti.  Sesekali penulis mengusik mereka dengan mengatakan "kalau nak tidur, kat rumah pun boleh tidur... ni modal mahal-mahal boleh pulak kau orang layan tidur ye".  Apa bila menyedari diri mereka disindir, barulah mereka gelak dan sama-sama berjaga.  Satu pekara yang menjadi pengalaman penulis apabila melalui autobahn di German, Amsterdam dan Belgium adalah, krew penulis tidak terlihat lagi pondok tol (dengan erti kata lain tol percuma di sana), namun satu pekara yang berbangkit pula ialah kawasan rehat (R&R) mereka tidak menyediakan kemudahan asas yang mencukupi.  Jika hendak dibandingkan dengan negara kita Malaysia, highway dan kemudahan R&R kita jauh lebih maju jika dibandingkan dengan negara-negara yang penulis sebutkan tadi.  keadaan jalan yang kadang kala bergerigis (tidak rata spt baru ditolak dengan jentolak), kemudahan tandas percuma yang kotor, kawasan R&R yang hanya dilengkapi satu atau dua biji kedai yang rata-rata menawarkan makanan yg tidak halal dan yang lainnya status halal diragui, penulis da krew hanya membeli air minuman panas sebagai pemanas badan sahaja.  Tandas dikenakan bayaran sebanyak 0.50euro (RM2) sekali masuk.  Namun penulis cepat memahami kerana highway diberikan percuma maka tandas perlu dibayar bagi kos penyelenggaraan, jalan bergerigis mungkin disebabkan kawasan tersebut begitu bahaya pada musim salji, maka rekabentuk sedemikian mungkin dilakukan oleh pihak highway.  Yang pasti setiap pekara yang dilaksanakan pasti ada timbalbalik dan telah difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa negara-negara tersebut.  Pun difahami oleh penulis bahawa inilah di antara nilai-nilai dan sudut perbandingan yang cuba difahami oleh penulis tentang kembara ini.

("UIT" dalam bahasa Belanda bererti susur keluar)


AMSTERDAM

Netherland tidaklah sebesar mana.  Hanya berkeluasan 41,543 Km persegi (lebih kurang besar Sabah dan Sarawak) dengan kepadatan penduduk lebih kurang 17 juta (anggaran 2012 sedangkan Malaysia ketika ini mempunyai penduduk hampir 30juta), namun negara ini pernah menjajah ekonomi Tanah Melayu suatu ketika dahulu.  Teruja sangatlah penulis ingin menjejakkan negara yang suatu ketika dahulu pernah dikatakan di antara negara yang mempunyai kuasa besar lagi berpengaruh sehingga Tanah Melayu dan Indonesia pernah dijajahnya. 

SISTEM PENGANGKUTAN
Dipenuhi dengan bangunan-bangunan lama, jalan yang sempit dan banyaknya tram-tram (keretapi yang bergerak di tengah-tengah jalan dengan menggunakan kuasa letrik) menjadikan Amsterdam sebuah kotaraya yang sebuk tapi tidak mengalami kesesakan.  Bayangkan jalanraya utamanya dikongsi oleh semua jenis kenderaan dari kereta, motor, bas, keretapi.... nasib baik kenderaan laut tidak boleh menggunakan jalan yang sama... hehehehe. mereka tidak menyediakan jalan khas untuk basikal, namun lane pasikal disediakan dijalan raya yang sama dan kenderaan emat roda dilarang melaluinya.  Kenderaan seperti bas dan kereta dikehendaki memberi keutamaan kepada penunggang basikal memandangkan basikal menjadi pengangkutan utama rakyat Amsterdam.  Rata-rata penduduk Amsterdam menggunakan basikal ke tempat kerja walaupun mereka memakai baju kot dan bertali leher (tak dapat bayangkan jika ini berlaku di Malaysia... hehehehe).  Jika ternampak pejalan kaki melintas di zebra crossing (walaupun lampu isyarat sudah bertukar berwarna merah, kenderaan diwajibkan berhenti walaupun terpaksa menunggu sehinggalah semua orang termasuk orang cacat atau tua melintas.




















(Candid camera - gadis Amsterdam pergi ke pejabat)

BUDAYA SOSIAL

Kebanyakan penduduk Amsterdam suka berfesyen dan cukup bergaya.  Tidak hairanlah kota Amsterdam terkenal dengan kota berfesyen.  Kita akan dapat melihat pelabagai fesyen digayakan di kota Amsterdam bagaikan terdapat pertunjukan fesyen besar-besaran dibuat di kota ini.  Setiap manusia terutamanya golongan muda akan memperagakan fesyen yang pelabagai dan ini dapat dilihat dengan ketara dikawasn sebuk.  Di satu kawasan berhampiran dengan pelabuhan terdapat deretan kedai menjual cenderamata dan di situ juga kita akan dapat melihat lautan manusia sama ada pelancong atau rakyat Netherland sendiri bergerak bersempang siur.  Di situ juga kita dapat melihat rata-rata penduduk kota Amsterdam memang suka bergaya.
 (Gaya penduduk Amsterdam)

Dalam usaha penulis menyusuri deretan kedai di Amsterdam, penulis tertarik dengan sebuah kain rentang berbentuk banner yang tertulis "Good Girls Go To Heaven, Bad Girls Go To Amsterdam".  Penulis cuba menghayati makna disebalik kata-kata tersebut.  Namun apabila disoalselidik baru lah penulis memahami bahawa itu adalah "tag line" bagi kota Amsterdam yang terkenal dengan budaya hidup liar para gadis-gadis dan juga perniagaan "kupu-kupu" malamnya.  Penulis dan krew kembara saling bertukar senyum antra satu sama lain apabila membaca tag line tersebut.  Bagi membuktikan kebenaran tag line tersebut, pada waktu malam penulis cuba menyusuri makna yang tersirat dan tersurat, ternyata benar.  Apabila kita menyusuri deretan bangunan kedai, ada sahaja lelaki atau perempuan yang menjadi "peraih" di luar pintu mempelawa pejalan kaki yang lalu di luar pintu kedai untuk "mampir" atau singgah dan melihat wanita-wanita dalam akrium berkeadaan bogel untuk dilanggan.  "Sir, come sir... it's free... hehehehe.  Memanglah percuma tenggok tetapi bayar bila nak "guna".  Atas bekalan ugama dan objektif kembara yang tidak mahu dipesongkan... alhamdullilah, dugaan itu dapat dihadapi tanpa sedikitpun terpedaya dengan hasutan syaitan yang nyata.

("Tag Line" bandar Amsterdam)


KOS HIDUP
Penulis dan krew kembara hanya menghabiskan masa selama 3 hari sahaja bagi setiap bandar yang dilawati bagi memenuhi jadual lawatan.  Kos perbelanjaan di Amsterdam agak mahal walaupun menggunakan tukaran matawang yang sama iaitu Euro.  Lebih mahal jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain di eropah.  Parking kereta di tepi jalan sahaja berjumlah 2euro satu jam iaitu bersamaan RM8.  So, kami lebih betah berjalan dan meninggalkan kereta sewa di parking yang disewa 24euro sepanjang kami mengginap di hotel (2 malam).  Begitu juga dengan makanan, minuman, semuanya mahal-mahal belaka.  Di dalam usaha kami menyusuri deretan kedai untuk mencari makanan halal, kami tertarik dengan satu menu yang tertulis di salah sebuah kedai "Malayam".  Semua masakan yang berada di dalamnya adalah masakan melayu/jawa.  Wowwww... terubat barang sedikit kerinduan terhadap masakan Malaysia setelah berhari-hari "melantak" kebab dan "chocolete Bar" bagi mengekalkan tenaga.  Menu seperti "soto, tahu, tempe, rendang, sambal dsb" masih dikekalkan pengistilahannya.  Apabila ditemubual barulah kamu menyedari bahawa pemilik (suami isteri) dan pekerja (meliputi saudaramara) adalah dari kaum malayam iaitu satu keturunan kaum melayu yang berasal dari Afrika Selatan (yg dahulunya datang dari Tanah Melayu).  Namun mereka tidak dapat bertutur di dalam bahasa melayu disebabkan mereka lahir dari generasi ke tiga.  Mereka hanya dapat menyebut beberapa pengistilahan bahasa melayu dalam pertuturan mereka seharian seperti mana kita membahasa Malaysia kan beberapa pengistilahan yang diceduk dari bahasa asing seperti arab, hidustand, jawa dsb. Namun business tetap business... harga yang tertulis dalam menu tidak boleh untuk ditawar menawar.  Hanya air kosong yang boleh diberi percuma atas nama persaudaraan.  Itu un kalau kalau mengikut menu harus dibayar juga.  Harga sepinggan nasi campur adalah antara 8 - 10euro (RM35-40)... :(.
 

RAKAMAN PENGALAMAN
Banyak pekara yang penulis rakam di dalam kembara ini namun jika dikongsi semuanya ia akan menjadi seperti sebuah novel.  Memadailah dengan cerita cerpen (cerita pendek) namun impaknya boleh dikongsi sesama apembaca yang gemarkan explorasi pelancongan ini.  Namun jika para pembanca ingin mengetahui tau bertanyakan sesuatu, boleh sahaja mencatatkannya di bahagian komen di bawah setiap page di dalam blog ini.

Kebanyakan di negara-negara eropah di mana terdapat kawasan tumpuan ramai terutama di bandar-bandar utama, bagi pengiat seni jalanan mereka akan mengenakan kostum pada badan mereka menyerupai watak-watak terkenal novel, filem, kartun atau sebagainya untuk menarik perhatian para pelancong bergambar bersama mereka.  Setiap kali bergambar, pelawat akan dikenakan bayaran sebanyak 1euro.  Ada juga yang berdiri kaku dan jika kita ingin melihat mereka bergerak atau menari, kita hendaklah meletakkan 1euro di tempat yang dikhaskan dan barulah mereka bergerak atau menari (umpama meletakan duit di dalam kereta mainan di supermarket-supermarket di tempat kita untuk anak-anak menaikinya).

 
 (Salah satu cara untuk mereka mencari sumber pendapatan)


Penulis bukanlah peminat bola sepak antarabangsa dan bukan juga peminat fanatik sehingga ingin mencari stadium bola sepak mereka untuk bergambar (tidak ada dalam jadual).  Namun bagi memenuhi permintaan krew kembara yang lain, dituruti juga permintaan mereka sebelum perjalanan diteruskan ke bumi Belgium.  Pagi-pagi lagi kami bertolak dari hotel yang disewa ke "Stadium Ajax".  Punyalah besar kawasannya sehingga penulis dan krew kembara tercari-cari di mana kawasan masuk atau main entrance nya. Pusing punya pusing tanpa kami sedari, kami telah tersalah masuk sehingga dihalau oleh pegawai keselamatan stadium.  Apa yang kami dapat lakukan lagi selain memohon maaf seperti "ayam dan itik" kerana mereka tidak tahu berbahasa Inggeris.  Akhirnya penulis secara sukarela menanti dalam kereta dan membiarkan krew kembara yang lain berjalan kaki ke main entrance untuk bergambar.
(Stadium AJAX, Amsterdam, Netherland/Holand)

Seperti yang dinyatakan dari awal siri jelajah, bumi eropah memang sungguh cantik dan kami sempat juga merakamkan gambar di bawah pohon yang rimbun di mana daun kelihatan semangkin menguning akibat kehadiran musim luruh.
(Macam kulit album lagu pulak... hehehehe)
Kami juga berusaha mencari satu kawasan yang bertulis "I AMSTERDAM" untuk kami rakamkan bagi membuktikan bahawa kami sudah sampai ke bumi Amsterdam ini.  Namun kedudukannya yang tidak ada dalam GPS serta peta Amsterdam sedikit sebanyak menyukarkan kami semua.  lalu kami menggunakan teknik pepatang melayu "segan bertanya sesat jalan".  Walaupun sekali lagi kami menghadapi masalah bahasa dengan penduduk Amsterdam, namun kesabaran kami menjadi seperti "badut" yang hanya menggunakan bahasa tangan membuahkan hasil.  Akhir kami sampai ketempat yang dituju seawal pagi sehingga menjadi satu kehairanan kepada pekerja-pekerja pembersihan majlis pembandaran.  Namun kami tidak bersendirian kerana pelancong-pelancong lain juga ramai yang sudah berada di sana.  Seawal pagi lagi kami sudah menghadapi kesukaran untuk mendapatkan parking, apatah lagi kalau kami datang lewat.
(I AMSTERDAM)
Perjalan kami diteruskan ke Bandar kinderdijk iaitu suatu daerah yang terkenal dengan deretan kincirair nya yang dipanggil "wind mill".  Perjalankami mengambil masa selama lebih kurang 2jam 30 minit dari Amsterdam. Holand atau Netherland terkenal dengan wind mill.  So, alang-alang dah sampai di sini kenapa tidak diselusuri terusan ini bagi melihat sendiri bagaimana petani-petani di Belanda suatu ketika dahulu menggunakan kepakarannya bagi menyelesaikan permasalahan pengaliran air ke ladang-ladang mereka.  Sungguh mengkagumkan bila difikirkan.  Dengan menggunakan hampir 80% bahan kayu bagi menghasilkan maknikal kincirair ini, ia menyerupai maknikal yang dibuat dari besi dalam sesebuah injin.

(Windmill, kinderdijk, Netherland)
  
Siri pengembaraan ke Belgium dan kembali ke frankfurt, German sebelum kembali ke tanah air akan di sambung di dalam penulisan akan datang.

~Salam Explorasi~

No comments:

Post a Comment