Friday 10 August 2012

KEMBARA KE BUMI AUSTRALIA 2005

Catatan yang telah lama ingin dipahatkan dalam buku nota maya ini, namun waktu itu kebuntuan mengenali "makhluk" yang dipanggil "Blog" ini amat terhad apatah lagi hari-hari yang berlalu membuat catatan kembara ini menjadi sepi dimamah waktu.  Lalu... catatan yang amat bermakna ini menjadi tepu lalu menjadi sejuk di dalam bilik beku yang dipanggil "cold storage".  Sebenarnya isteri penulis dahulu berkerja dengan Malaysia Airlines System dan saban tahun mempunyai "privilege" tiket percuma (FOC) untuk diri suami dan anak-anak menaiki kapal terbang ke mana sahaja di dunia ini selagi ia mempunyai hubungan deplomatik dengan kerajaan Malaysia.  Paling tidak pun (jika tidak ingin menggunakan tiket percuma), kami mempunyai keistimewaan untuk membeli tiket dengan kadar potongan 90% (hanya membayar 10% dari harga tiket).  Malangnya itu bukan sesuatu yang dapat menarik perhatian penulis untuk mengambil kelebihan tersebut untuk melancong keluar negara. Ia disebabkan perasaan "takut" dan "syak wasangka" terhadap sistem penguatkuasaan negara luar apatah lagi waktu itu penulis tidak pernah ke luar negara.  Apa yang ada di dalam kotak fikiran penulis waktu itu adalah tentang tahap keselamatan penulis dan keluarga sekiranya penulis pergi ke luar negara bersama keluarga... maklumlah tak pernah pergi langsung...

Namun akhirnya setelah mendapat pujukan si isteri secara berterusan apatah lagi dengan menggunakan kekuatan "si manja" (anak-anak waktu itu masih kecil lagi) sebagai galasan , akhirnya hati yang mengeras menjadi lembut lalu diberanikan diri juga untuk kembara di bumi AUSTRALIA pada tahun 2005.  Inilah kali pertama penulis pergi bertandang ke luar negara selain pinggiran Danok, Thailand dan juga Tanjung Pagar, Singapura atas urusan tugas.  Perjalanan yang mengambil masa 8 jam dari KLIA ke Brisbane Australia amat memeritkan.  Tujuan hanyalah satu iaitu ingin melayani keperluan isteri dan anak-anak untuk "berlibur" di Goldcoast iaitu bandar theme park yang sering menjadi sebutan penduduk dunia jika ke Australia.  Persepsi penulis sebelum ini benar-benar tersasar, kembara ke Australia sebenarnya amat mengujakan.  Tiada apa yang perlu ditakutkan dan rata-rata orang Australia memang baik dan peramah.  Dari pegawai Imigresen, Kastam, Polis dan rakyatnya semuanya baik-baik belaka malah pemandu teksi yang membawa kami sekeluarga juga amat lucu orangnya.  Namun kekangan "slang" mat salleh yang sungguh pekat membuat penulis sedikit terkedu untuk memahaminya... maklumlah "telingga jawa" penulis yang amat tebal dan ditambah lagi kemahiran bahasa Inggeris penulis waktu itu dianggarkan hanya 40% sahaja tahap pemahamannya.  Sejak dari itu tekad penulis untuk melancong ke luar negara menjadi agenda utama jika diberi peluang dan ruang.  Apatah lagi  setelah melihat kebesaran ciptaan-Nya yang berada di merata-rata di mana sebahagiannya terdapat di bumi bertuah penulis yang dipanggil Malaysia.  Cuma satu yang membuat penulis cukup tertekan dan terkilan kerana sepanjang kembara ke bumi Australia, semua gambar-gambar yang diambil dari kamera digital kompak tidak"menjadi" kerana memory card yang tiba-tiba "corrupted".  Oleh itu kenangan bergambar kembara tersebut tidak dapat dikongsi di sini.. ianya hanya terakam dalam bentuk memori yang belum pasti kekal dalam ingatan...

~Salam Explorasi~

No comments:

Post a Comment