Tuesday 14 August 2012

KEMBARA KE BUMI GERMAN, NETHERLAND DAN BELGIUM 2011 BAHAGIAN 2 : HARI 3 - 5

BUMI HAMBURG, GERMAN...28 - 30 Oktober 2011



(Ausfahrt bermakna "Susur Keluar")

"AUSFAHRT" dalam bahasa German bererti SUSUR KELUAR (di highway), sementara "DUNKE" pula bererti TERIMA KASIH.  Bumi Berlin ditinggalkan dengan penuh kenangan. Satu-satunya bandar di German yang penulis rasa cukup efektif sistem penganggkutannya.  Rasa kebab yang lazat dari sebuah "stall" kebab di tengah-tengah kota Berlin masih terasa di hujung lidah penulis.  Namun apakan daya perjalanan mesti diteruskan bagi memenuhi explorasi dan jadual yang telah dirancang.  Perjalanan yang mengambil masa 4jam 30minit ini begitu mengasyikkan.  Betul lah seperti apa yang diberitahu selama ini bahawa "jika kita ingin melihat satu panorama indah sepanjang perjalanan, pergilah ke europah kerana ia menjanjikan satu panorama bumi bersalin kulit dari bulan ke bulan disebabkan oleh empat musim"  yang disajikan oleh yang Maha Kuasa.  Namun begitu tidak juga dinafikan keindahan kampung halaman kita Malaysia bumi tercinta terutamanya bagi pelancong-pelancong yang tidak pernah hinggap di bumi kita.  Biasalah, sudah menjadi fitrah manusia bahawa sesuatu yang lain (bukan kebiasaan ada di bumi kita) itu memang istimewa dan indah.

Sepanjang perjalanan menuju ke utara, penulis dan krew sekali lagi disajikan dengan panorama seluas mata memandang.  Pandang penulis tertumpu kepada satu bentuk teknologi penjana kuasa yang berbentuk kipas gergasi.  Di fahamkan negara eropah yang kurang mempunyai tasik-tasik yang boleh menjana kuasa hidro, kebanyakan negara-negara eropah menggunakan teknologi ini bagi menjana kuasa letrik mereka.  Ini ditambah pula kawasan bentuk muka bumi yang landai memudahkan aliran angin bergerak dengan laju sehingga dapat menggerakkan kipas gergasi ini untuk menjana kuasa.  Patutlah pengeluar kereta Mercedes yang terkenal yang berasal dari German menggunakan kipas ini sebagai logo resmi kenderaan mereka.





(Kipas Gergasi bagi penjanaan kuasa letrik)


Perhentian pertama sebelum sampai ke Hamburg ialah sebuah istana lama (Penulis lupa dan tidak teringat untuk mencatat namanya).  Difahamkan ia merupakan sebuah istana lama yang dimiliki oleh salah seorang raja di German suatu ketika itu.  Satu kawasan yang cukup luas dan cantik lanskap pemandangan di depan istananya.  Ia juga dikatakan lambang kekuasaan raja yang zalim di mana ketika itu rakyat Germen menderita kemiskinan, raja tersebut mengarahkan rakyatnya membina sebuah istana mewah di mana persekitarannya dikelilingi rumah rakyat yang cukup daif.



Hanya sebentar singgah di sini sebagai alasan untuk melepaskan lelah dan penat kerana seharian memandu, penulis dan krew meneruskan perjalanan ke Bandar Hamburg.  Dalam perjalanan keluar dari istana ini, penulis di sapa oleh kakitangan yang memakai kostum pengawal istana.  Senyuman yang cukup manis menambat penulis untuk merakamkan gambarnya sebagai kenang-kenangan.  Yang paling memeranjatkan penulis, gadis manis ini mengucapkan "Selamat Datang dan Jumpa Lagi" kepada krew penulis.  Berbekalkan beberapa perkataan Bahasa Malaysia yang dimiliki, penulis merasakan betapa betuahnya menjadi anak melayu dan rakyat Malaysia kerana di pelusuk ceruk bumi Hamburg sendiri ada insan terasing yang boleh mengucapkan beberapa patah perkataan Bahasa Malaysia.  Melalui temubual, gadis ini pernag mempunyai teman lelaki melayu yang berasal dari Sabah, Malaysia.

(Gadis Pengawal Istana bersama penulis)

Hamburg adalah bandar pelabuhan, tidak ada sesuatu yang menarik di sini kecuali menyusuri sungai bagi melihat panorama indahnya.  Hamburg merupakan salah satu bandar pelabuhan yang begitu pesat namun disebabkan penulis dan krew kembara merupakan orang asing di sini, setiap pemandang begitu mengujakan apa tah lagi melihat sesuatu yang begitu asing dan tidak terdapat di bumi kita Malaysia.  Sesuatu yang paling menarik berkaitan dengan pelabuhan Hamburg ini ialah ketika laut bergelora dan nelayan tidak dapat ke laut untuk menangkap ikan, kebanyakan kelasi-kelasi kapal akan berkumpul dipinggiran pelabuhan untuk mencari sesuap nasi dengan menghiburkan para pengunjung.  Mereka semua memang berbakat dan mempunyai kemahiran memainkan alat musik dan menyanyi.  Bagi pengunjung yang bersimpati, mereka akan memasukkan duit ke dalam bakul yang disediakan.





(Para nelayan yang tidak turun ke laut kerana cuaca menghabiskan masa menjadi penyanyi jalanan)



(Tidak kurang juga persembahan kaum peribumi German yang menggunakan musik tradisional mereka)



(Seperti negara-negara lain di dunia, mereka juga tidak ketinggalan dibanjiri oleh pengemis warga asing terutamanya dari Algeria dan Maroco)

Persisiran pelabuhan yang berupa dataran itu juga menjadi simbol kasih sayang diwaktu petang bagi menunjukkan bahawa orang-orang eropah sebenarnya mempunyai jiwa yang cukup penyayang terhadap pasangannya.  Lensa kamera penulis sesekali tertumpu kepada pasangan suami isteri ini yang mengambil kesempatan merakamkan kedinginan petang di pelabuhan Hamburg dengan menunjukkan kemesaraan ikatan perhubungan mereka.  Penulis mula terfikir seandainya ini dilakukan oleh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu... hehehehe, apalah agaknya pandangan masyarakat sekeliling apabila melihat aksi "Pak Haji" yang memakai ketayap dan "Mak Hajjah" yang memakai tudung berkucup seperti ini. 


 
(Dilihat dari sudut positif tentang kemesraan mereka walaupun "usia sudah menjengah senja")

BERSAMBUNG KE BAHAGIAN KE 3...

No comments:

Post a Comment