Friday 10 August 2012

KEMBARA KE BUMI UNITED KINDOM 2008


Keterujaan penulis yang ingin melawat bumi orang yang pernah menjajah negara kita Malaysia tercapai akhirnya.  Perjalanan yang mengambil masa selama 12jam dari KLIA - London Heathrow Airportbegitu membosankan.  Nasib baiklah sahabat penulis encik Rahim dari Maybank mempunyai kenalan di syarikat penerbangan MAS.  Entah bagaimana dan macam mana (yang mana penulis tak mahu ambil tahu), beliau dapat membuat "arrangement" pertukaran tempat dari kelas ekonomi kepada Business First Class.  Difahamkan untuk duduk di kelas tersebut, 
penumpang perlu membayar antara RM21- RM27 ribu untuk penerbangan pergi balik.  Patut pun dengan harganya kerana sepanjang perjalanan sehala ke kota Landon, penulis mendapat layanan yang cukup istimewa apatah lagi keadaan kerusi yang cukup berteknologi tinggi dan selesa yang boleh diubah menjadi katil.  Tidak lah terasa penat sepanjang perjalanan ditambahlagi dengan pramugara dan pramugari yang cukup muda dan manis.  terasa rugi pulak kalau tidur sepanjang perjalanan... hahahaha.  Jika dengan faktor kewangan penulis, penulis rasa tidak termampu untuk duduk di "Business First Class" tersebut.
 Atas dasar lawatan sambil belajar di samping kunjungan untuk melengkapkan siri kembara menuntut ilmu bagi menerima segulung kertas yang dipangil DBA ( Doctor In Business Admin) di bandar Oxford menjadikan kembara kali ini menjadi kembara berkembar. 


Lawatan selama 10 hari ini benar-benar dimanafaatkan secukupnya apatah lagi jadual yang begitu ketat.  Namun begitu, penulis cuba juga "meloloskan" diri bagi mencuri sedikit ruang untuk melihat keunikan bandar Oxford iaitu sebuah bandar yang tidak begitu luas namun lebih dikenali sebagai bandar universiti kerana hampir keseluruhan bandar tersebut dipenuhi dengan bangunan-bangunan, dewan-dewan kuliah universiti terkemuka.

United Kingdom merupakan salah sebuah negara yang maju, sistem pengangkutan yang cekap, "bullet train" yang menepati waktu menjadikan penulis begitu mengkagumi bumi penjajah itu.  Satu pekara yang amat mengkagumkan penulis tentang negara uncle sam ini adalah mereka teramat menjaga kebajikan rakyatnya dengan pelabagai kemudahan sehingga rawatan perubatan di hospital kerajaan tidak dikenakan bayaran langsung.  Bagi pesakit yang memerlukan rawatan ke hospital swasta mereka perlu melalui saringan ke hospital kerajaan terlebih dahulu sebelum dibenarkan ke hospital swasta.  Tidak seperti di Malaysia, siapa yang memerlukan perkhidmatan hospital swasta kita boleh berbuat sedemikian asalkan kita mempunyai sumber kewangan yang kukuh.  Di negara uncle sam ini, selagi kerajaan boleh mengendalikan kes pesakit, mereka tidak dibenarkan untuk ke hospital swasta.  Penulis sendiri mempunyai pengalaman apabila secara tiba-tiba diserang sakit dada lalu sahabat-sahabat menghantar ke hospital swasta namun kami difahamkan bahawa mereka tidak boleh menerima pesakit selagi tidak ada pelepasan dari hospital kerajaan.  Di hospital kerajaan pula pelabagai rawatan diberikan kepada penulis dan apabila sampai waktu "discharge"  mereka mengatakan rawatan diberikan pecuma walaupun kepada bukan warga negara.  Syukur alhamdullilah... jika tidak tak tahulah berapa kadar dikenakannya apatah lagi pertukaran mata wang asing waktu itu ialah 1Pound bersamaan RM7.

London Tower Bridge yang selama ini diperhatikan dari kaca TV akhirnya dapat ditatap secara langsung dari kaca mata penulis.  Tidaklah sebesar mana namun monumen tersebut sudah cukup memberi gambaran tentang sejarah silam kota London.  Mereka masih mengekalkan keunikan bangunan-bangunan lama dan mengekalkan rekabentuk yang berungsurkan kristianiti seperti mana Turki yang mengekalkan unsur senibena Islamnya.


Terasa belum begitu puas untuk menyusuri lorong-lorong di kota Landon, bagaikan ada sesuatu yang masih tertinggal dan tersembunyi untuk diexplorasi.  Insyallah jika ada peluang dan ruang, penulis akan ke kota ini lagi sekali untuk mengutip banyak pekara yang tertinggal.

~Salam Explorasi~

No comments:

Post a Comment