Monday 13 August 2012

KEMBARA KE BUMI GERMAN, NETHERLAND DAN BELGIUM 2011 BAHAGIAN 1 : HARI 1 - 3

Assalamulaikum pengemar-pengemar DUNIA EXPLORASI,

"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesannya yang tersebut akan tergerak hati mereka untuk memahaminya, atau ada telingga yang dengannyamereka dapat mendengar.  (Tetapi kalau dengan mengembara pun mereka tidak juga berguna) maka keadaanya sebenarnya bukan  mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu adalah mata hati yang ada di dalam dada. (QS Al Hjj : 46).

Bagaikan suatu impian yang berpanjangan untuk meneroka keindahan alam ciptaan-Nya agar kita dapat mengerti dan memahami secara spiritual akan betapa Maha Hebatnya Dia dengan ciptaaan-Nya.  Kembara penulis kali ini ialah satu perjalanan explorasi bagi meneroka utara bumi eropah dengan menyusuri bumi Frankfurt - Berlin - Hamburg - Amsterdam - Brussel - dan akhirnya Frankfurt sebelum kembali ke tanah air. Jika diukur kepada tahap kemampuan kewangan kembara yang bermula dari 25 oktober sehingga 5 November 2011 ini sebenarnya bukanlah satu ukuran kemampuan penulis kerana kadar mata wang Malaysia yang begitu kecil berbanding kadar pertukaran mata wang eropah yang ketika itu 1Euro = RM4 (lebih kurang).  Bayangkan satu cawan teh tarik di Malaysia kita terpaksa membayar dengan harga RM4 di eropah.  Satu potong  kebab berharga 8 euro bermakna kita terpaksa membelanjakan lebih kurang RM32.  Itu belum termasuk air minuman lagi... hehehehe.  Namun atas dasar perancangan awal bagi mengenalpasti percutian "MAMPUMILIK" dan penjimatan, pekara itu semua dapat di atasi dengan cukup berhemah.

(Frankfurt International Airport-outside view)
(Frankfurt International Airport - inside view)
















Perjalanan dari KLIA - Frankfurt German mengambil masa selama lebih kurang 12 jam begitu memenatkan namun gambaran keindahan negara europah lebih banyak bermain di dalam kota fikiran.  Keterujaan ini lebih meyakinkan dengan gambaran para pelajar yang belajar di German yang sempat penulis temui di dalam kapalterbang.  Lanser kamera yang sandang telah lama penulis kosongkan memori kadnya bagi memastikan setiap perjalanan dirakam dengan teliti agar kejadian 2005 kembara ke Australia tidak berulang lagi (memori kad "corrupted"). Mendarat sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt, penulis dan krew kembara terus mendapatkan seorang sepupu yang belajar di sana yang akan mengiringi sebahagian lokasi dari kembara kami.  Walaupun masih berada di dalam perut terminal namun cuaca luar yang sejuk sudah dapat dirasai.  Lalu kami bergegas mendapatkan kereta sewa yang kami uruskan 2 bulan sebelum kembara bermula.

FRANKFURT - BERLIN (GERMAN) 25hb Oktober 2011

(Berlin, Main Train Terminal)
Perjalanan yang mengambil masa selama 4 jam yang cukup mencabar disebabkan sistem pemanduan sebelah kiri dan penggunaan jalan sebelah kanan.  Seringkali tersasar pandangan jika tidak cepat-cepat diprogramkan di dalam minda pemanduan kita.  Namun sifat "keterujaan" penulis dan krew kembara sekali lagi menjadi seolah-olah satu "sistem penenang" di dalam pemanduan kami.  Kami memandu dalam keadaan "zon selamat" (berhati-hati ketika pemanduan).  Bagi mereka yang baru pertama kali memandu di bumi yang mempunyai sistem yang bertentangan dengan kita di Malaysia, dicadangkan agar meletakkan rakan penumpang sebelah pemandu yang mempunyai pengetahuan membaca GPS dan juga mereka yang mempunyai tahap emosi yang paling stabil (tenang).  Ciri-ciri ini dapat membantu pemandu supaya lebih berhati-hati dan tidak cepat melatah apabila pemandu tersalah arah tujuan atau melanggar peraturan dijalan raya.  Biasalah... dalam keadaan ini pemandu sebenarnya akan cepat panik dan "gabrah" jika melanggar peraturan di jalanraya.  perjalanan kami ke kota Berlin tidak banyak menimbulkan masalah disebabkan panduan GPS yang tepat berserta krew kembara yang sentiasa ceria dan berjenaka.  Perjalanan yang jauh juga terasa dekat kerana sepanjang perjalanan ada sahaja cerita yang direka. Sampai sahaja di Berlin, penulis dan krew kembara terus "chack-in" di hotel apartment yang disewa dan kami pun terus istirehat disebabkan keletihan bagi mengimbangi perbezaan waktu antara German dan Msia.


BERLIN, GERMAN..
Siapa yang tak pernah dengar nama bandaraya ini? Bandaraya yang meninggalkan kesan sejarah yang begitu senonim dengan nama "Adlof Hitler".  Zaman pentadbirannya yang penuh konflik dan dikatakan begitu kejam terutamanya kepada kumpulan Yahudi.  Lawatan penulis ke Berlin sedikit sebanyak dapat merasai kesan pentadbirannya itu dengan melihat kesan-kesan bangunan yang masih teguh berdiri, kesan-kesan tembakan pada tembok yang sengaja dikekalkan bagi rujukan genarasi akan datang.  Salah satu daripada kesan yang masih utuh ialah tembok Berlin yang menjadi pemisah antara timur dan barat, "Bunker" (kubu bawah tanah) hasil daripada perang dunia ke 2 (WW II) di mana satu ruang bawah tanah yang sempit dan "dipaksa" untuk memuatkan lebih kurang 1 juta penduduk Berlin ketika itu.  Ruang dapur yang berkeluasan 20kaki x 20 kaki bagi menyiapkan makanan untuk mereka yang berlindung di dalam Bunker.  Difahamkan orang yang berada dibarisan paling belakang akan menerima makanannya seminggu selepas orang yang berada dibarisan hadapan.  Ini bermakna untuk mereka mendapatkan semula makanan mereka, mereka terpaksa menunggu seminggu lagi.  Bayangkan betapa seksanya mereka yang perlu berada di bawah tanah tanpa dibenarkan keluar bagi mengelakkan daripada terkena bom atom atau bom beracun.  Mereka terpaksa duduk berasak-asak di dalam ruang yang amat terhad dan setiap dari mereka hanya boleh tidur dalam keadaan duduk.  Bayangkan juga dengan kemudahan tandas yang tiada, penulis tidak dapat membayangkan bagaimana kondisi mereka ketika itu.  
(Holocaust monument)
(Berlin Wall)



















Nota: gambar Bunker (kubu bawah tanah tidak dapat diambil disebabkan larangan pihak berkuasa)

"Berlin holocaust monument" merupakan tugu peringatan bagi kisah pembasmian/pembunuhan beramai-rami kaum Yahudi oleh Aadlof Hitler.  Berkeluasan 19,000 sq meters (4.7 ekar) dan setiap satu monumen dibena seperti kotak atau "cube" bagi mengambarkan keranda kematian mangsa pembunuhan gas beracun di dalam peristiwa yang dipanggil "Holocaust" (Cerita selanjutnya sila baca http://en.wikipedia.org/wiki/Memorial_to_the_Murdered_Jews_of_Europe).  Dikabarkan antara 1 hingg 1.5juta Yahudi dieropah dibunuh oleh tentera Nazi di dalam peristiwa Holocaust ini. Sebenarnya banyak lagi kesan sejarah yang dilawati oleh penulis termasuk pintu kemanan yang dipanggi.... 

~Brandenburg Gate, Berlin German~
King Friedrich Wilhelm II telah mengarahkan pembenaan "Brandenburg Gate" atau dikenali sebagai "Brandenburger Tor" oleh orang-orang German bagi mewakili keamanan di bumi Prussia. Satu monumen yag amat terkenal di Berlin dan menjadi lokasi wajip para pengembara. Ia merupakan pintu utama memasuki kota berlin ketika itu dan semenjak October 22, 2002, kabinet German mengistiharkan Brandenburg Gate adalah kawasan larang untuk semua jenis kenderaan bagi menghormati peranannya sebagai gagasan keamanan dan tumpuan pelancong. Direkabentuk oleh manusia bernama Karl Gotthard Langhans, dan dibina pada tahun 1791 dan mempunyai 12 tiang yang kukuh... Satu Landmark yang harus d lawati jika ke Berlin, German.. sungguh mengkagumkan.
(Brandenburg Gate, Berlin German)
 
"Charlie Check Point" merupakan satu lagi kesan sejarah German di mana ketika itu German Timur dikuasai oleh Rusia dan german Barat dikuasai oleh Amerika.   Lalu kerajaan Amerika membina pondok pemeriksaan yang dikenali "Charlie Check Point" (difahamkan nama diambil dari salah seorang tentera yang pertama berkawal di situ)  disebelah jambatan barat yang menghubungkan antara German Barat dan German Timur di mana "tembok berlin" (Berlin Wall) sebagai pemisahnya  http://en.wikipedia.org/wiki/Checkpoint_Charlie .

Sebenarnya banyak lagi tempat yang dilawati oleh penulis namun cukuplah sekadar bercerita tempat-tempat yang wajib dilawati oleh explorer yang berkenan untuk menjejakkan kaki di bumi Berlin.


(Charlie Check Point, Berlin)
(Charlie Check Point)
MAKANAN..Pada keseluruhannya untuk mendapatkan makanan HALAL di bumi Berlin tidak menjadi satu kesulitan disebabkan oleh banyak pendatang-pendatang Islam dari Pakistan, India, Algeria, Turki dsb yang berada di sini.  Namun krew penulis lebih selesa untuk masak sendiri disebabkan kami membawa kelengkapan masak mudahalih.  Tambahan pula di Berlin kami duduk di aparment hotel yang mempunyai kemudahan dapur yang ringkas dan selesa.

BERSAMBUNG HARI 3-5 DI BUMI HAMBURG, GERMAN PADA BAHAGIAN KE 2...




No comments:

Post a Comment