SATU PEKARA yang AD nak kongsi dan ia juga mungkin boleh diperbincangkan dengan panjang lebar berserta alasan-alasannya. Namun dalam semua persoalan yang memerlukan akal untuk berfikir jawapan tetap berpaksikan "it depends..." jawapannya tetap terawang-awang dan bergantung kepada seseorang. Ia jawapan yang di anggap "selamat" untuk mengelakkan pergeseran pendapat serta bermuncung-muncungan demi menegakkan alasan masing-masing. Jangankan pergi jauh, untuk mendapatkan kata sepakat dengan adikberadik dalam rumah tentang destinasi pelancongan juga membawa pertikaian apa tah lagi untuk mengjustifikasinya hehehehe. Jangankan hal besar... nak dapat kata sepakat menentukan tarikh perkahwinan pun terkadang ada masalah apatah lagi menyentuh duit hantaran...larikkkk. Perancangan biarlah teratur dan mencapai matalamat semua adikberadik yang mengikuti explorasi ini...
EXPLORASI DENGAN PECUTAN
AD sering ditanya oleh bakal para peserta akan explorasi yang mempunyai "ukurlilit" perjalanan yang cukup jauh dalam masa terhad. Contohnya 8-10 hari namun diminta untuk explore 6 hingga 8 negara. Dari France ke London - Netherland-Belgium-German-masuk ke negara-negara Balkan-Austria-Switzerland-Italy dan akhirnya kembali ke Paris France. Ia merupakan satu jadual perlumbaan 1000 meter yang habis dibelasahnya satu pusingan padang. Tentu meletihkan huhhuuhuhuhu. Mungkin kita tak sempat nak melihat persekitaran apabila membuat pecutan dalam larian. Yang kita dapat hanyalah sebuah rekod larian dan elemen kepenatan. Kita tak sempat untuk melihat sekeliling dengan tenang kerana matalamat untuk mencapai di garisan penamat di dalam masa yang diberikan. Apa yang kita dapat adalah "rekod" larian dan kenikmatan untuk melihat persekitaran terpaksa dikorbankan.
It takes some hours to explore - why rush : Mezquita Cordoba Spain |
"I was Here" - Then what? have you covered everything? : Berlin German |
SEPANJANG explorasi AD, AD sering menjadi pemandu kepada adikberadik dalam MEC (Malaysian Explorers Club). Pemanduan dalam kelajuan yang dibenarkan dan terkadang terkucil juga serta tak terlepas dari rekod pernah kena saman kehkehkehkeh. Jarak kelajuan MPV yang pandu bukan sederas kereta api laju di China/Jepun/German/France/UK dan sebagainya. Hanya dalam kitaran 100 - 130KM/HOUR. Dan jarak dari satu tempat ke satu tempat tarikan atau homestay atau hotel memerlukan perjalanan antara 3-6jam. Sudah pasti penat beb. Para meter lawatan pulak hanya 2 atau 3 buah negara sahaja dalam masa 7 atau 8 hari. Itu pun dah cukup membebankan apa tah lagi pemanduan mengelilingi 7 atau 8 negara yang disebutkan tadi.
BERAPA LAMA nak menghayati keindahan serta beronok-ronokkan ditempat lawatan sebenar berbanding dengan masa yang dihabiskan dalam perjalanan. Pengalaman AD ketika d dalam pemanduan. Boleh dikatakan penumpang akan "merasa lebih keletihan" dari pemandu kehkehkehkeh. Malah pemandu tak sempat berdengkur tapi penumpang lebih kuat dengkurannya. AD tak perlu buka radio kerana kesan radio yang sedia ada dah cukup klasik buat AD. Mereka separuh mati kerana akal mereka dan roh mereka sebahagiannya dah terbang ke mana-mana. Bila dianggarkan betul-betul selama 8H7M tu, pelaburan mereka habis dibayar untuk membayar kepenatan dan tidur disepanjang perjalanan. Hanya 1 atau 2 hari sahaja digunakan atau dimenafaatkan sebenar-benarnya ketika sampai di detinasi lawatan. Itu pun dalam kedaan tergesa-gesa even tak sampai pun satu jam kemudian bergerak semula ke destinasi baru. Sepanjang perjalanan kita hanya mampu sama ada melihat pokok bergerak atau melihat kereta yang bergerak ... bergantung dengan mainan imejinasi akal. Hakikatnya semuanya serupa kecuali jemaah yang berada di dalam kereta pandai membuat "lawak seram" huhuhuhuu. Kalau mempunyai jemaah di dalam kereta yang beraksi seperti kekasih yang baru bertengkar maka perjalanan itu seolah-olah seperti perjalanan mengiringi jenazah...senyap dan sunyi.
JALAN atau HIGHWAY di europe keadaannya tak sama seperti highway di Malaysia. Dalam hal ni AD puji highway kita yang cukup cantik dengan disediakan banyak kemudahan di RnR. Berbaloi lerr kita bayo toll mahal-mahal.. Kalau di europe semuanya berbeza. Sebaut jek macam RnR... hanya sebuah petrol pump dan mini market sahaja yang menjual barangan yang cukup asas. Makanan...emmm tenggok jek la dan kalau bernasib baik jumpa lerr makanan yang kedudukannya bersebelahan dengan makanan berperisa babi...larikkkk. Tu pun berhenti sekadar nak mensucikan diri dari najis di dalam perut atau melaksanakan solat jamak bagi memenuhi tanggungjawap diri sebagai muslim. Selebihnya terkejar-kejar untuk sampai ke destinasi seboleh-bolehnya sebelummatahari tenggelam. Cukup padat dan penat...
Exit Highways To Chamonix France |
EXPLORASI DENGAN SANTAI
AD dah terbiasa dengan method perjalanan AD yang mempunyai para meter yang pendek tapi "details". Pun begitu AD akui ia bukan lerr sesuatu explorasi yang terbaik. Ibarat berjalan di dalam lingkungan 100 meter di dalam taman sambil berlenggang lengguk. Pasti mendamaikan dan banyak ruang. Boleh melihat keadaan sekeliling dengan jangka waktu yang tidak "memaksa" sama sekali. Ambil lerrr seberapa banyak waktu yang boleh untuk berguling-guling di atas padang dan tukar ler seberapa banyak memory card camera yang kau orang suka. Buat lerr selfie dan panjat lerr mana-mana tiang yang kau rasa selamat untuk dipanjat dan lompat le setinggi mana yang boleh bagai "Kijang mabuk ketum" agar memori yang nak dirakam boleh ditunjukkan kepada 7 keturunan sbb itu lerr harga yang telah dibayar.
EXPLORASI MEC mempunyai latarbelakang umur dan jantina yang berbeza dan bukan mudah nak menyesuaikan dengan selera mereka semua. Dari bab keperluan amal ibadah, makan, tidur hinggalah ke soal-soal shopping. Jika kita berjalan, kita hanya ingat diri kita dan rakan-rakan namun golongan otai ni ni akan ingat anak dan cucu segala bagai. Ye...keperluan berbeza dan bergerk dengan cara berbeza dengan tenaga berbeza. Bagaimana lah rasanya jika golongan ini mengikuti explorasi yang begitu "rushing" dan tergesa-gesa agaknya. Kalau golongan muda pun tidak mampu mengikut rentak dan gaya apa tah lagi golongan yang jalan "slow motion" ni... pasti ia memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Namun AD dah biasa semuanya dan hanya memberi mereka masa dan waktu untuk berjimba mengikut keselesaan mereka. Yang muda dan remaja ... gi ler ke mana-mana yang dia suka asalkan kembali ke tempat yang dijanjikan.
Otai - Ini ler masanya mereka menghidupkan memori lama |
AD bukanlah seorang explorer yang terbaik namun ingin menjadi terbaik dalam penghayatan kembara sebenar...
"Ala kita kan Adikberadik"
~Abg Duta~